Monday 30 November 2015

Al-Fatihah, Pak Yus Jambu Meninggal dunia.

Tags


Pelakon dan pelawak terkenal, Yus Jambu meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Selayang dipercayai serangan jantung sebentar tadi.

Pak Yus yang sebelum itu dikatakan rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke Hospital Selayang.

Perkara ini juga disahkan oleh rakan seperjuangannya tauke dan juga Afdlin Shaukin menerusii instagram mereka.


"Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Al-fatihah" tulis Afdlin menerusi akaun facebooknya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Saturday 28 November 2015

6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah

Tags

Sakit Hati

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.

Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda;

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini  yang tidak benar.

Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.


Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga. Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..


Resepi Kuih Tepung Gomak Popular di Bagan Datuk, Perak. Antara kuih yang tersedap...

Tags



Kuih Tepung Gomak merupakan kuih antara yang tersedap di Malaysia. Antara negeri yang paling popular adalah Bagan Datuk, Perak. 

Kalau singgah di Bagan Datuk Perak, di waktu pagi, ramai berniaga kuih ni.. sekejap je abis...

Kuih ini sebenarnya tidaklah sepopular kuih apam, kuih donat, kuih talam ataupun kuih-kuih lain. tapi kena cara pembuatankan dengan inti kelapa yang cukup rasa....saya pasti 5 biji pun tak kenyang....

ini resipi yang boleh dikongsikan kepada pembaca

Resepi : Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak

Bahan Inti:

2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 air


Bahan Kulit:

150 gram tepung pulut
1/2 cawan air
sedikit garam


Bahan Sadur : 

75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.


Cara Membuatnya:


Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.

Panaskan periuk yang mengandungi air.

Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak). Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

Seterusnya  apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar.(boleh juga guna tepung kacang hijau)

selamat mencuba...

Antara tabiat lelaki yang tidak diGEMARI Oleh Wanita....

Tags


Kebiasaannya sifat malu seorang lelaki adalah kurang jika dibandingkan dengan wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia menggelikan wanita apabila melihatnya. Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah.....

(1) Kuku yang panjang

- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya....

(2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya

- Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita....

Buat mereka yang sudah berumahtangga : Baca disini khasiat air mani kepada isteri (umum)

(3) Nafas berbau

- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga....

(4) Masalah bau badan

- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda....

(5) Rambut terlalu nampak basah

- Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir....

(6) Rambut yang langsung tidak bergerak

- Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi....

(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka

- Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda....

(8) Gigi berkarat

- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita....

(9) Sendawa

- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain....

(10) Kebersihan telinga

- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya....

Friday 27 November 2015

Petua Halau LALAT paling berkesan


Masalah lalat pasti mengganggu terutamanya di rumah. Kadang-kala ia boleh membahayakan kesihatan kita kerana lalat boleh membawa penyakit. Lalat juga merupakan serangga yang cepat membiak. Pasti anda tercari-cari apakah langkah atau petua untuk mencegah lalat dari hinggap ke makanan kita.

Buat mereka yang sudah berumahtangga : Baca disini khasiat air mani kepada isteri (umum)

Disini ingin kami kongsikan Petua Paling berkesan menghalau lalat.

Mudah sahaja, Caranya dengan menggunakan limau nipis, dipotong empat bahagian ( bahagian kulit sahaja, jangan potong terus limau tu, selepas itu ambil cengkih cucukkan disetiap 4 bahagian itu. Mudahkan. Letakkan di tempat yang lalat gemar sangat datang.



GULA MELAKA HILANGKAN BATUK??? - PETUA


Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri.

Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK.

Dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yang memuaskan setelah beberapa ketika.

CARA YANG MENGENAL LELAKI YANG BAIK

Tags


(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

Wednesday 25 November 2015

Resepi Kek Batik Marie Leleh

Tags
(Gambar sekadar hiasan)

Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh


  • 1 paket biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 150 gram coklat masakan
  • 3 biji telur
  • ½ cawan kecil susu segar
  • 3 sudu susu pekat
  • 80 gram milo/horlick


Bahan Hiasan


  • ½  Coklat masakan / Ganache
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 kiub mentega


Cara Membuatnya:


  • Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.
  • Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.
  • Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
  • Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan   berkilat.
  • Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  • Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.
  • Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:


  • Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
  • Masukkan susu pekat dan mentega.
  • Kacau hingga sebati.
  • Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.


Tuesday 24 November 2015

SIAPA LELAKI? Wajib Baca!!

Tags

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.

Dia korbankan coklatnya.. untuk adik beradik perempuannya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk gadis .. yang dia cinta.. hanya 
untuk melihat dia tersenyum

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja 
lewat malam tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan meraka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan 
membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss.

Kehidupan Dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau Dia keluar rumah, jadi dia lalai

Kalau dia duduk dirumah, jadi dia malas

Kalau Dia marah anak2, jadi dia raksaksa

Kalau dia tak marah, jadi dia lelaki yang tak bertanggungjawab

Kalau dia tak benarkan isteri daripada bekerja, jadi dia seorang yang mengongkong

Kalau dia benarkan isteri bekerja, jadi dia adalah orang yang hidup dibawah pendapatan isteri.

Kalau dia dengar cakap emak, jadi dia anak emak

Kalau dia dengar cakap isteri, jadi dia hamba isteri

Hargai setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum & ke semua wanita supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga

Wednesday 18 November 2015

PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN [MESTI BACA]


PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN [MESTI BACA]


Sebahagian wanita mengalami KesaKitan sengugut KetiKa datang bulan. UntuK mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

1. SerbuK halia : PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

  • CampurKan serbuK halia atau halia yang ditumbuK lumat dengan serbuK lada hitam . Kuantiti sama banyaK antara Kedua-dua bahan. IsiKan dalam Kapsul Kosong. MaKan 2 biji selepas maKan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


2. Teh pahit : PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

  • Semasa saKit KetiKa haid, minumlah air teh pahit tanpa gula. 


3. Biji pinang tua :

  • Ambil sembilan biji pinang tua, dibaKar tanpa minyaK hingga menjadi arang, dan Kemudian ditumbuK hingga halus. CampurKan serbuK pinag baKar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


4. Halia : PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

  • Ambil segenggam halia, tumbuK hingga lumat dan masuKKan Ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahuluKan dengan selawat.


5. Rumput jarum emas : PETUA & CARA MERAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

  • Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengKih padang semasa Kedatangan haid atau sebelumnya.


Selamat mencuba