Thursday 31 December 2015

BACAAN DOA DAN ZIKIR HARIAN DARI HARI ISNIN HINGGA HARI AHAD YANG HARUS ANDA TAHU


Hari Isnin
 لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ


Hari Selasa
اللهُّمَّ صَلَى عَبْدِكَ ورسولك 
وَنَّبِيِّكَ الا مِيْنَ
وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ


Hari Rabu
اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ


Hari Khamis
ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم


Hari Jumaat
ِيَا اللهُ


Hari Sabtu
لا اِلَهَ اِلا اللَّه


Hari Ahad
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

RESEPI DODOL DURIAN MELEKIT

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{^}500 gm tepung pulut
{^}3 cawan gula melaka(*)
{^}2 cawan gula pasir(*)
{^}3 cawan air(*)
{^}2-3 helai daun pandan (*)
{^}1 kg santan pekat
{^}2 cwn isi durian

Cara-caranya ialah :
1. {^}Masak bahan (*) hingga gula larut kemudian tapis.
2. {^}Masak bahan yg telah ditapis,  santan dan isi durian  sebentar sahaja.
3. {^}Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga sebati (tidak berketul2)
4. {^}Tuangkan  adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. {^}Tekan  butang  "Steam"  20 minit.
6. {^}Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang ' Stir Fry'
7. {^}Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)

AMALAN DAN DOA UNTUK MEMURAHKAN REZEKI ANDA


(+)Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,

(+)Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

(+)Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.

(+)Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

(+)Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,

(+)Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri

(+)Banyak berselawat
Buat kebajikan banyak-banyak

(+)Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

(+)Menjalin silaturrahim
Melazimi kekal berwuduk
Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.

(+)Amalkan solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

(+)Amalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

(+)Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

(+)Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

(+)Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

(+)Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

(+)Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.

(+)Doa Murah Rezeki

1) (+)Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

2) (+)Membaca SURAH AL-IKHLAS:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS BELIMBING SANGAT SEDAP

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(+)Segenggam ikan bilis*
(+)3 ulas bawang merah*
(+)2 ulas bawang putih*
(+)10 biji lada cili (ikut pedas)*
(+)sedikit belacan*
(+)6-7 biji belimbing*- belah 2
(+)Air secukupnya
(+)Garam dan gula
(+)Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

1. (+)Tumbuk bahan-bahan* sehingga hancur .. guna lesung batu tau..
2. (+)Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan* hingga sedikit garing
3. (+)Masukkan air lebihkurang 1/2 cawan.. lebih pun tak apa..gaul rata
4. (+)Masukkan belimbing , perlahankan api.. masaklah sehingga belimbing lembut
5. (+)Boleh tambah air untuk melembutkan belimbing.. bila dah lembut tekanlah dengan sudip/senduk.. gaul sampai rata..
6. (+)Perasakan garam dan gula.. masakkan sehingga sambal kering sedikit.

DOA TIDAK DI GANGGU SYAITAN KETIKA SEMBAHYANG



MAKSUDNYA IALAH:-

[+]Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.

SEMOGA ALLAH MAKBULKAN DOA KITA. AMIN YA ROBBAL ALAMIN

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU BY NURHAZIRAH MAMAT

Tags

[+]Ramuan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+]Bahan-bahan A

[+]400 gm kuey teow
[+]5 biji telur [ dipukul]

[+]Bahan-bahan B

[+]100 gm udang basah [buangkan kulit]
[+]150 gm ayam [dihiris]
[+]1 biji panjang fish cake [potong nipis]
[+]3 ulas bawang putih [dicincang]
[+]100 gm brokoli [dipotong]
[+]100 gm bunga kobis [dipotong]
[+]100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
[+]5 tangkai baby corn
[+]2 sudu besar minyak masak
[+]2 s/b tepung jagung ]
[+]1 cawan air ] bancuhkan
[+]1 cawan air rebusan ayam
[+]2 s/b sos tiram
[+]1 s/b lada sulah { 1/2 sudu besar je takut terlebih pedas pulak }
[+]garam
[+]minyak

[+]Cara-cara Penyediaan ialah:-

1. [+]Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan. {buat untuk 1 portion untuk 1 biji telur pun boleh juga  }
2. [+]Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. [+]Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. [+]Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. [+]Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. [+]Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas

Sumber: NURHAZIRAH BINTI MAMAT

DOA KETIKA ANDA SUSAH HATI


(1)DOA PERTAMA{=}

رَبَّنَا إِنَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

{=}Maksudnya Ialah : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"

(A-li 'Imran : 16)

(2)DOA KEDUA{=}

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ، رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

{=}Maksudnya Ialah : "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti""Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji"

RESEPI MURTABAK CHEESE MELELEH

Tags

[+]Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[+] 10 keping roti Gardinier
[+] 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
[+] 3 ulas bawang putih (potong halus)
[+] 1 paket daging hancur(Ramly burger)
[+] 1/3 biji lada benggala merah, (potong dadu)
[+] 1/3 biji lada benggala kuning, (potong dadu)
[+] 3 1/2 sudu besar rempah kurma
[+] 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
[+] 5 biji telur
[+] 1 gelas susu segar
[+] 3 sudu besar sos tomato spageti
[+] 1/2 paket cheese mozarella
[+] sedikit minyak untuk menumis
[+] Garam secukup rasa
[+] Oregano

[+]Cara memasak inti ialah:-

1 [+]Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing. Seterusnya masukkan sos tomato spageti.
2 [+]Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar, lada benggala dan kentang.Kacau biar sebati.
3 [+]Tambah sedikit air jika kentang belum empuk. Kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.

[+]Cara menyediakan murtabak daging ialah:-

1 [+]Pukul telur, susu dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2 [+]Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang (better kalau dpt 4 segi) yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3 [+]Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4 [+]Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

DOA UNTUK KURANGKAN RABUN JAUH DAN DEKAT


لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

{+}Maksudnya Ialah:-

{+}(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) pandanganmu pada hari ini menjadi sangat tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

{+}Qaf (22)

{+}Cara-caranya pula ialah:-

{+}Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.

Wednesday 30 December 2015

GULAI BATANG PISANG MADE IN UTAGHA

Tags

(^^)Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(^^)500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
(^^)1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam. (Orang tua2 kata, seelok2nya guna batang pisang hutan atau batang pisang awak)
(^^)1 cawan santan pekat
(^^)3 cawan air
(^^)1 sudu makan kesrisik
(^^)1 peket kecil rempah kari daging
(^^)2 pelepah daun kari

(^^)Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk:-

(^^)1 inci halia
(^^)3 ulas bawang putih
(^^)1 biji bawang besar

(^^)Cara-Cara untuk Memasak:-

(^^)Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
(^^)Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
(^^)Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
(^^)Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.
(^^)Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan.

** Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya perlu cair JE

DOA UNTUK DI TERANGKAN HATI KITA



[+]Dalam Bahasa Rumi : Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii.

[+]Maksudnya Ialah :

[+]"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"

(Surah Taha : 25,26,27,28)

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA YUMMYY

Tags

Bahan utama yang perlu anda sediakan ialah:

[+]Minyak zaitun
[+]Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
[+]Lada hitam
[+]1 kotak susu dutch lady
[+]1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
[+]Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
[+]Garam
[+]1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

Cara-cara membuatnya ialah:

1) [+]Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) [+]Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, Azwar ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) [+]Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) [+]Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) [+]Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

DOA DAN CARA BAGAIMANA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL

Tags

(*)Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu anak tersebut yang sedang tidur
(*)Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
(*)Selalu berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
(*)Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
(*)Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
(*)Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
(*)Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
(*)Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
(*)Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
(*)Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku."
(*)Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

(*)Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
(*)Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
(*)Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
(*)Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
(*)Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
(*)Insyaallah dengan berdoa selalu, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

RESEPI BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH YANG MENYELERAKAN

Tags

{*}Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah

{*}1 ekor burung puyuh

{*}2 inci halia[**]
{*}2 biji bawang besar[**]
{*}6 ulas bawang putih[**]
{*}7 batang serai[**]

{*}1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
{*}1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
{*}2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
{*}1 sudu besar cili kisar
{*}sedikit serbuk kunyit
{*}garam secukupnya
{*}1 sudu gula
{*}3 sudu besar tepung jagung
{*}1 biji telor (dipukul dahulu)
{*}2 sudu besar rempah kari ayam

{*}Cara-caranya ialah:

{*}Puyuh dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
{*}Semua bahan yang ada tanda [**] dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan se hingga lumat.
{*}Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula.
{*}Masukkan puyuh  dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
{*}Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
{*}Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhana, masukkan puyuh.goreng sehingga masak.
{*}Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang

DOA BILA BANGUN DARI TIDUR




{+}Maksudnya ialah:-

{+}Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.




{+}Maksudnya ialah:-

{+}Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

DOA SEBELUM TIDUR DAN DOA JIKA ANDA MIMPI BURUK


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

[+]Maksudnya ialah :-

[+]dengan nama mu Ya Allah aku hidup dan aku mati.
Sebelum itu bacakan surah tiga Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Annas dan surah Al-Falaq
beserta ayat kursi. InsyaAllah dipelihara Allah semasa tidur.

[+]Jika mengalami mimpi-mimpi buruk bacalah doa ini :-

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

[+]Maksudnya ialah :-

[+]Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari perbuatan syaitan dan buruknya mimpi

Tuesday 29 December 2015

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Tags


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

MOTIVASI : KITA MASIH BERNILAI [WAJIB BACA]

Tags


Seorang pensyarah berdiri di hadapan kelas. Beliau mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai RM50. Kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya.

"Siapa mahu wang ini?"

Kesemua pelajar mengangkat tangan.

"Saya akan beri wang ini kepada salah seorang daripada kamu tapi biar saya buat begini dulu kepada wang kertas ini"

Pensyarah itu lalu merenyukkan dan menggumpal wang kertas tersebut.

"Sekarang siapa yang masih mahu wang kertas ini?" tanya pensyarah itu kepada pelajar-pelajarnya.

Masih ada yang mengangkat tangan. Bukan senang nak dapat RM50 secara percuma. Kemudian pensyarah tersebut menjatuhkan wang kertas yang bergumpal itu ke lantai lalu memijak dengan kasut. Wang kertas itu sekarang menjadi lebih teruk keadaannya dari tadi, bergumpal dan kotor.

"Ada sesiapa yang masih mahukan wang kertas ini?"

Sungguh hairan, masih ada yang mengangkat tangan, bermakna masih ada yang mahukan wang kertas yang telah bergumpal dan kotor itu.

"Wahai pelajar-pelajarku, kamu telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai hari ini, lebih bernilai dari wang kertas ini. Tidak kira apa yang telah saya lakukan kepada wang kertas ini tapi kamu masih mahukannya kerana kamu tahu nilai wang kertas ini tidak berubah walaupun keadaannya sudah menjadi teruk begini. Nilainya tetap RM50"

Sesungguhnya dalam kehidupan kita samada kita sedar atau pun tidak, kita pernah mengalami kejatuhan, kerenyukan dan disalut oleh debu-debu kekotoran disebabkan kesilapan yang kita lakukan atau disebabkan persekitaran yang tidak begitu meransang kita ke arah positif. 

Keadaan ini boleh menyebabkan kita berputus asa dan merasakan diri kita tidak berguna. Walau seteruk mana sekalipun keadaannya, kita mesti selalu ingat dan sedar bahawa kita masih bernilai dan nilai diri kita tidak pernah hilang. 

Bersihkan diri dari kekotoran, lurutkan diri dari segala renyukan dan gumpalan dan ingatlah kita masih bernilai kepada orang-orang yang kita sayang dan orang-orang yang menyayangi kita .

RAHSIA 13 - YANG KITA TIDAK AMBIL KISAH

Tags


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. 

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

AIR TANGAN ORANG TIDAK SOLAT

Tags

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu.. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak 'kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Bahaya Kanak-Kanak Tidur dengan Lampu Menyala

Tags

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Wallahu’alam

DOA UNTUK JADIKAN ANAK ANDA SOLEH ATAU SOLEHAH



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

{_}Maksudnya Ialah: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

{_}Maksudnya Ialah: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

{_}Maksudnya Ialah: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


{_}“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

{_}Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


{_}“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


{_}Apa makna anak yang soleh?

{_}Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.



{_}“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)


{_}Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah Ialah

1. {_}Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. {_}Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. {_}Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. {_}Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;


  • a) {_}Selalu membaca Al-Quran di rumah

  • b) {_}Membiasakan solat-solat sunat di rumah

  • c) {_}Hidupkan budaya memberi salam

  • d) {_}Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.


5. {_}Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. {_}Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. {_}Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

DOA MENJELANG AWAL TAHUN YANG ANDA HARUS AMBIL TAHU


(*)Maksudnya IALAH:-

(*)Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat 
baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

RESEPI GULAI IKAN MASIN DARAT MUDAH DAN SENANG UNTUK DISEDIAKAN

Tags

[+]Bahan-bahan Yang Perlu Anda Sediakan Ialah:

[+]Bahan-Bahan A

[+]Ikan masin (saya selalu campur ikan duri + ikan talang - part tulang dan isi)
[+]Sepeket rempah kari ikan Babas
[+]3 cawan air untuk melarutkan rempah kari (anggaran untuk kuah juga)

[+]Bahan-Bahan B

[+]Sekotak kecil santan  atau 250g santan segar

[+]Bahan-Bahan C

[+]3 biji bawang merah - dimayang nipis
[+]5 ulas bawang putih - dimayang halus
[+]1 inci halia - di hiris nipis
[+]2 tangkai daun kari
[+]1 sudu besar halba campur
[+]Sedikit minyak untuk menumis

[+]Bahan-Bahan D

[+]1 biji terung panjang - di belah kemudia potong setengah inci panjang atau 1 biji terung bulat - di belah 6

[+]Cara Memasaknya ialah:

1. [+]Larutkan sepeket rempah kari dalam 500ml air kosong di dalam periuk. Masukkan ikan masin. Hidupkan api dapur dan biarkan mendidih.

2. [+]Apabila sudah mendidih, masukkan terung (bahan D) dan santan. Kacau sebati dan kawal kekuatan api agar jangan terlampau kuat.

3. [+]Rasa gulai anda. Tambah garam jika perlu. Selalunya ikan masin dah mengeluarkan garam. Jadi selalunya saya jarang tambah garam. Jika ok, tutup api.

4. [+]Panaskan kuali kosong dengan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan C sehingga layu dan naik minyak. Tutup api. Tuangkan semua hasil tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi.

5. [+]Gaulkan bahan tumis dan gulai. Hidangkan.

6. [+]Siap untuk di nikmati.

DOA TAUBAT YANG HARUS ANDA TAHU


<.>Lakukanlah solat taubat dan bersungguh-sungguh meninggalkan dosa itu..

<.>Antara doa-doa taubat:




رَب اﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲ وَارْﺣَﻤْﻨِﻲ وَﺗُﺐْ ﻋَﻠَﻲﱠ إِﻧﱠﻚَ أَﻧْﺖَ اﻟﺘﱠﻮﱠابُ اﻟﺮﱠﺣِﻴﻢ

<.>terjemahannya ialah:-Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku , sesungguhnya Engkau
Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang



(962) ــ وَﻋَﻦْ ﺷَﺪﱠادِ ﺑْﻦِ أَوْسٍ رَﺿِﻲَ اﻟﻠﱠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻋَﻦِ اﻟﻨﱠﺒِﻲﱢ ﻗَﺎلَ: «ﺳَﻴﱢﺪُ اﻻِﺳْﺘِﻐْﻔَﺎرِ:


اﻟﻠﱠﻬُﻢﱠ أَﻧْﺖَ رَﺑﱢﻲ ﻻَ إﻟﻪَ إﻻﱠ أَﻧْﺖَ ﺧَﻠَﻘْﺘَﻨِﻲ وَأَﻧَﺎ ﻋَﺒْﺪُكَ وَأَﻧَﺎ ﻋَﻠَﻰ ﻋَﻬْﺪِكَ

وَوَﻋْﺪِكَ ﻣَﺎ اﺳْﺘَﻄَﻌْﺖُ، أَﻋُﻮذُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷَﺮﱢ ﻣَﺎ ﺻَﻨَﻌْﺖُ أَﺑُﻮءُ ﻟَﻚَ ﺑِﻨِﻌْﻤَﺘِﻚَ
ﻋَﻠَﻲﱠ، وَأَﺑُﻮءُ ﺑِﺬَﻧْﺒِﻲ ﻓَﺎﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲ إﻧﱠﻪُ ﻻَ ﻳَﻐْﻔِﺮُ اﻟﺬﱡﻧُﻮبَ إﻻﱠ أَﻧْﺖَ.


<.>terjemahannya ialah:-Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepadaMu dengan dosa, maka ampunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni dosa kecuali Engkau.



<.>terjemahannya ialah:-Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Monday 28 December 2015

Pesanan Untuk Isteri Bagaimana Menambat Hati Suaminya

Tags

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan juga keperluan tarbiah dan ilmu fardu ain.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Untuk menghuraikan syarat ke 4 iaitu mentaati suami, terdapat 13 perkara yang perlu dipatuhi dan dihayati oleh isteri solehah supaya menjadi pelengkap kepada kebahagiaan rumah tangga dan menjadi salah satu syarat untuk mendapat syurga Allah SWT dihari akhirat nanti.

Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

Firman Allah SWT maksudnya : “Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) , kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya.”
(Surah an-Nisa’ ayat 34)


Kedua : Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, halus perkataan, bersolek setiap hari dan waktu dan bersikap manja di hadapannya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ketiga : Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Keempat : Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

Kelima : Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

Firman Allah SWT : “Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka.” (Surah an-Nisa’ ayat 34)

Keenam : Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami balik hendaklah disambut dengan baik dan bersolek pula. Melainkan jika isteri juga bekerja, seelok-eloknya isteri balik lebih awal daripada suami.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketujuh : Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

Kelapan : Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula boleh mendatangkan mengumpat atau membuka keaiban orang lain.

Jabir dan Abu Sa’id menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ” Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah SWT menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat.” (Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Kesembilan : Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa’ ayat 26-27, yang bermaksud: “…dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya”.

Kesepuluh : Jangan suka berhutang. Jika terpaksa berhutang sebaik-baiknya beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri. Jika terdapat kekurangan perbelanjaan di dapur janganlah memarahi suami dengan kata-kata kutukan kerana perkataan tersebut mendatangkan dosa besar.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: “Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, ‘semoga engkau mendapat kutukan Allah’ maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Kesebelas : Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain. Perbelanjaan yang kurang adalah aib suaminya hendaklah ditutup, jika perbelanjaan berlebihan pula dikhuatiri bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki takut mendatangkan riak.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Kedua belas : Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami. Melainkan suami dan isteri mempunyai kerjaya masing-masing dan tempat yang berjauhan. Jika bekerja ditempat yang sama atau berdekatan eloklah makan tengahari bersama untuk melahirkan kemesraan dan kasih sayang.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, mengunting misainya, mengerat kukunya, maka ia di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan ia diringankan siksaan ketika sakaratulmaut (dekat hendak mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman Syurga dan namanya tercatit sebagai orang yang lepas daripada siksaan Neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

Ketiga belas : Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.Pepatah ada menyatakan bahawa,”otak yang sihat lahir daripada badan yang sihat”.

Sahabat yang dimuliakan, Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para isteri dan suami juga sentiasa memberi kerjasama dan kasih sayang kepada isterinya, insya Allah rumah tangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Keluarga bahagia dan sakinah akan dapat dinikmati bersama dan bibit-bibit pertengkaran, pergaduhan dan penceraian akan dapat di elakkan dan dapat diatasi dengan baik.

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Sebagai contoh isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya dan dia mengajar anak lelakinya supaya membenci dan menolak dakwah baginda. Begitu juga isteri nabi Luth suka bertandang ke rumah orang dan bersekongkol dengan golongan homoseksual dan membuka rahsia suaminya supaya tetamu suaminya dijadikan ‘mangsa’ oleh kaumnya.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah SWT.