Monday 11 January 2016

RESEPI MEE HOON GORENG YANG TERAMAT SEDAP

Tags


Bahan-bahan yang peru anda sediakan ialah:-

[+]1 1/2 plastik mee hoon
[+]Udang secukupnya
[+]30 helai daun limau purut - buang batang
[+]4 biji bawang besar
[+]6 batang cili hijau
[+]1 biji cili merah
[+]Garam
[+]Telur - jika suka
[+]Daun bawang
[+]Bawang goreng

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

[+]Kisar bawang besar, daun limau purut dan cili hijau serta cili merah sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya masih ada rasa daun limau purut. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.

[+]Masukkan udang dan garam. Kemudian masukkan mee hoon yang telah direndam sehingga lembut. Kacau rata dan masukkan serbuk perasa.

[+]Setelah mee hoon garing dan keluar minyak, bolehlah angkat dan sesuai untuk dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun bawang dan cili merah hiris.