Monday 29 February 2016

Khasiat Halia Yang Anda Harus Tahu

Tags


1. (*)Merahkan bibir

(*)Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Oles halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Jangan gosok kuat bimbang kulit bibir yang lembut ini cedera. Amalkan petua ini sekali sehari, sangat membantu membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan secara semula jadi.

2. (*)Buang angin & toksin

(*)Rendam hirisan halia bersama uncang teh dan air panas. Masukkan sedikit gula perang untuk rasa yang lebih enak. Tutup minuman selama dua minit, kemudian nikmatinya setiap hari. Kombinasi ramuan ini sangat baik untuk membuang angin dan menjadikan tubuh segar serta jadi ringan.


3. (*)Langsingkan badan

(*)Halia juga boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara alami. Hiris halia halus, campurkan dengan air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong. Ini membantu proses pencernaan. Halia juga digunakan sebagai ramuan utama menghasilkan krim pelangsingan. Krim atau pati halia dapat mengatasi selulit, rekahan dan kempiskan perut serta mengecilkan bahagian bermasalah seperti paha.


4. (*)Hilangkan bau badan

(*)Ramai wanita yang mengalami masalah bau badan. Walaupun sudah menggunakan deodoran tapi badan tetap berbau hamis. Amalkan minuman air halia bersama teh. Atau kunyah halia yang ditumbuk hancur. Jika tak mampu makan atau minum halia mentah, gunakan halia sebagai ramuan dalam masakan.


5. (*)Naikkan seri wajah

(*)Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas. Minum setiap pagi. Kombinasi ramuan ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Cara ini juga menaikkan seri wajah.


6. (*)Bersihkan kulit

(*)Halia juga boleh digunakan untuk melulur tubuh. Sangat membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat. Jadikan lulur.


7. (*)Redakan tekanan

(*)Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Manfaatkan halia dalam bentuk yang anda suka. Ini kerana halia dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman tubuh. Kalau dapat relaks, wajah dan tubuh akan tampak segar.