Sunday 28 February 2016

Resepi Ayam Goreng Popcorn Rangup Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(~~)500 gm dada ayam | dipotong dadu
(~~)2 ulas bawang putih| dikisar
(~~)½ sudu teh garam
(~~)¼ sudu the serbuk lada hitam
(~~)½ cawan tepung
(~~)2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
(~~)¼ sudu teh paprika
(~~)¼ sudu teh serbuk lada sulah
(~~)¼ cawan mentega
(~~)2 biji telur | dipukul
(~~)3 cawan minyak masak

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (~~)Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

2. (~~)Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

3. (~~)Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

4. (~~)Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

5. (~~)Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

6. (~~)Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

7. (~~)Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.