Monday 29 February 2016

Resepi Mee Rebus Singapura Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk di Kisar/Rempah –

[=]3 batang serai
[=]1 inci lengkuas
[=]4 biji bawang besar
[=]5 ulas bawang putih
[=]2 inci halia
[=]1-2 sudu besar cili kisar
[=]1 tbs serbuk jintan halus
[=]1 tbs serbuk jintan kasar
[=]1 tbs serbuk ketumbar
[=]1 tbs serbuk kunyit
[=]1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
[=]5 tbs taucu – blend
[=]1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
[=]1 biji keledek – rebus dikisar
[=]Garam dan gula
[=]2 tbs tepung beras
[=]Daging – rebus

Bahan-bahan untuk Sampingan –

[=]Taugeh
[=]Telur rebus
[=]Daun bawang dan daun sup
[=]Bawang goreng
[=]Lada Hijau/Merah
[=]Tauhu – goreng
[=]1 kilo mee kuning – celur dan toskan
[=]dan potong dadu
[=]Limau
[=]Isi daging rebus

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. [=]Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.

2. [=]Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.

3. [=]Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.

4. [=]Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.

5. [=]Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)

6. [=]Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.

7. [=]Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.