Saturday 19 March 2016

8 Cara Atasi Mabuk Laut

Tags

mabuk laut

Sebelum menaiki kapal, pastikan:

1. Elak makanan berminyak

Malam sebelum dan hari bertolak, elak makan makanan berminyak. Ia akan mengganggu penghadaman dalam perut dan meningkatkan risiko mabuk laut.

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran supaya perut anda tidak terasa sebu dan mual apabila perjalanan bermula.

2. Makan halia

Sebelum naik kapal, makan atau kunyah halia. Rasa pedas-pedas halia mampu melawan rasa mual akibat mabuk.

Juga boleh makan gula-gula pudina kerana ia sedikit sebanyak membantu menghilangkan mabuk laut.

Semasa di atas kapal, anda boleh menghirup teh halia atau teh pudina untuk melegakan rasa loya, pening, dan mual akibat perut yang bergelora.

3. Minum Pepsi

Tahukah anda minuman bergas ini dapat mengawal muntah?

Ini kerana ia mengandungi asid fosforik iaitu bahan dalam emetrol, sejenis bahan yang boleh mengawal gesaan untuk muntah.

Cuba minum sedikit demi sedikit apabila perut sudah mula rasa berangin.

4. Kunyah biskut

Lagi bagus biskut yang ada rasa masin-masin.

Salah satu biskut yang disyorkan ialah Saltine daripada jenama Ritz.

Ia akan menyerap lebihan asid dalam perut yang boleh menyebabkan mabuk laut.

5. Ambil angin luar

Ada sesetengah kapal yang membenarkan penumpangnya duduk di kawasan ‘deck’.

Jika boleh, ambil angin luar kerana ia boleh mengurangkan rasa mabuk.

Elak memandang pada gelombang air, tapi pandanglah pemandangan di sekeliling.

6. Tutup mata

Gelombang laut yang turun dan naik boleh menyebabkan rasa pening.

Untuk memgurangkan sensasi ini, disarankan agar anda tutup mata agar tidak terasa terhoyong-hayang akibat pergerakan tersebut.

Boleh juga menutup mata sambil mendengar muzik yang menenangkan supaya anda dapat melupakan kerisauan anda, lalu menjadikan anda lebih relaks.

7. Baring terlentang

Ramai yang mengambil pendekatan ini kerana berjalan-jalan mampu menjadikan keadaan lebih buruk.

Dalam pada itu, pastikan anda memakai pakaian yang selesa daripada jenis kapas, longgar, dan tidak terlalu ketat.

8. Bersihkan telinga

Ia memberi keseimbangan pada badan seterusnya mengelakkan rasa mabuk yang disebabkan pergerakan gelombang air.