Thursday 3 March 2016

Resepi Muffin Telur Enak

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

[+]5 biji telur gred B
[+]2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
[+]1/2 batang carrot – dipotong kecil
[+]Sedikit timun – dipotong kecil
[+]Sedikit lada benggala – dipotong kecil
[+]Garam secukup rasa
[+]Serbuk lada hitam

Cara-cara Memasak:

1. [+]Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.

2. [+]Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.

3. [+]Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.

4. [+]Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.

5. [+]Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)

6. [+]Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.

7. [+]Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.