Thursday 3 March 2016

Tanda Cara Diet Anda Salah, Tolong Ubah Segera!!

Tags


1. Rambut makin teruk
[+]Folikel rambut yang sihat juga tidak terkecuali. Kelaparan membawa kepada kekurangan tenaga daripada protein menyebabkan kerapuhan pada rambut atau paling teruk, keguguran rambut. Diet yang rendah protein dan kekurangan asid lemak perlu, vitamin C, zink serta zat besi dikaitkan dengan keguguran dan penipisan rambut.

2. Penuaan pramatang
[+]Diet yang kaya dengan vitamin A,C, D dan E, serta mengandungi antioksidan memiliki kesan baik terhadap had penuaan kulit. Nak kekalkan penampilan muda, anda kenalah makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber perlindungan kulit.


3. Gusi berdarah
[+]Kalau anda selalu menghadapi masalah gigi seperti radang atau pendarahan pada gusi, kehilangan gigi, sakit mulut dan karies pergigian ini boleh jadi tanda besar yang anda kena tukar cara pengambilan diet. tanda tabiat pemakanan yang perlu diubah. Kekerapan terdedah kepada gula boleh memberi kesan negatif pada gigi.

[+]Nak kurangkan bengkak dalam mulut, kena ambil makanan kaya vitamin C seperti strawberi, tomato, sayuran hijau dan ubi kentang.


4. Berat badan naik turun
[+]Kehilangan berat badan yang tak dijangka penunjuk besar kepada kekurangan zat. Berat badan yang tidak dijangka pula menunjukkan bahawa diet anda banyak mengandungi kalori kosong yang menambah berat tapi memberikan nilai khasiat yang sedikit pada tubuh. Untuk membantu mengekalkan berat yang sesuai dengan tubuh, anda kena tningkatkan pengambilan makanan yang penuh dengan serat dan protein tanpa lemak.


5. Otak lambat 'tangkap'
[+]Tanda paling mudah, anda cepat lupa dan lambat 'pick up'. Otak manusia bergantung pada khasiat pemakanan yang baik, terutamanya dalam pengambilan asid lemak omega 3 yang secukupnya bagi memastikan sihat dan berfungsi dengan sempurna.


6. Ada masalah pencernaan
[+]Masalah pencernaan boleh kerap menjadi tanda pengambilan serat rendah, terutamanya serat boleh larut. Cirit-birit dan sembelit boleh berlaku sebagai kesan pengambilan serat yang tidak secukupnya.


7. Luka lambat sembuh
[+]Penyembuhan luka yang buruk menunjukkan bahawa anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan tubuh.  Pengambilan kalori dan protein adalah perlu untuk penyembuhan luka dengan sempurna.

8. Jejas sistem imun
[+]Kalau selalu sangat sakit, anda perlu memilih makanan kaya nutrien. Pengambilan vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, dan E, zink, selenium, besi dan asid folik memainkan peranan penting dalam merangsang imuniti.


9. Jadi cepat lemau
[+]Menggabungkan bijirin penuh dengan protein tanpa lemak boleh membantu menstabilkan tahap gula dalam darah dan membantu tahap tenaga bertambah. Rasa lesu juga boleh disebabkan oleh kurangnya pengambilan vitamin C.