Friday 17 June 2016

Resepi Roti Jala Berinti

Tags

roti-jala-berinti

Resepi Roti Jala Berinti

Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

300 gm daging cincang
5 biji bawang besar- dimayang halus
1 inci halia- dimayang halus
Minyak untuk menumis
Bahan perasa secukupnya
5 biji telur gred A

Bahan Roti Jala –

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara Memasak:

Cara Menyediakan Inti –

1. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.

2. Masukkan rempah beriyani dan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang masak. Setelah kering dan masak, masukkan garam dan gula.

3. Ketepikan terlebih dahulu.

4. Untuk 3 sudu besar daging cincang yang telah masak, masukkan sebiji telur, ulang langkah ni sehingga habis 5 biji telur, digaul rata ketepikan.

Cara Menyediakan Roti Jala –

5. Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala

6. Tapis untuk mengelakkannya berketul.

7. Kemudian Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan biarkan masak di atas kuali leper tanpa lekat.

8. Masukkan daging cincang yang diadun bersama telur di atas roti jala, dan lipat roti jala menjadi empat segi.

9. Kemudian Goreng sehingga garing.

10. Roti jala berinti Sedia untuk dihidang bersama sos cili. Selamat mencuba!