Sunday 14 August 2016

3 cara mudah kawal tahap kolestrol

Tags





##1)Tidur
##2)Bergerak
##3)Makan

Ya! teknik yang diberikan di atas cukup mudah dan memang kita lakukannya setiap hari dalam kehidupan. Semua orang tidur, bergerak dan makan dan tak perlu belajar untuk buat kesemua itu. 

##1) Kawal kolestrol dengan tidur

Tidur sebenarnya adalah amalan yang dapat kawal hampir kesemua pengakit samada jiwa atau fizikal. Tidur mesti cukup dan berkualiti untuk merehatkan badan dan mengoptimumkan semua fungsi pemulihan yang ada secara sunnatullah pada diri setiap manusia.

Badan kita, Masyaallah!, Allah jadikan cukup hebat. Boleh dikatakan badan mampu mengubati sendiri apa saja masalah sakit yang kita dapat ketika hidup kecuali mati. Tak payah dapatkan dadah atau ubat moden untuk membantu badan berubat sendiri.

Kecuali jika ada keperluan bantuan dari luar seperti tulang terkeluar dari sendi atau seumpamanya, badan kita ada semua bahan untuk merawat serangan penyakit daripada virus atau luka atau selainnya. Fungsi rawat sendiri yang ada dalam badan akan optimum jika kita mendapatkan rehat yang cukup dan berkualiti setiap hari. Oleh itu jangan main-main dengan tidur anda untuk kawal tahap kolestrol.

##2) Kawal tahap kolestrol dengan bergerak

Maklumat terkini mendapati jumlah orang mati sebab kurang bergerak melebihi jumlah orang mati sebab merokok atau kanser atau HIV jia dikumpulkan semuanya sekali. Ini maklumat mengejutkan jika anda tak pernah ambil tahu betapa pentingnya bergerak.

Banyak kajian dah membuktikan bahwa manusia perlu bergerak dan tubuh badan manusia direka untuk bergerak dan bukannya untuk duduk malas. Tetapi sekarang kita kat rumah duduk tengok tv, pergi kerja duduk dalam kereta dan masuk kerja duduk depan meja.

Bila masanya kita bergerak berjalan tanpa duduk? Jika anda duduk selama 2 jam berturut-turut, tahap kolestrol baik akan turun sebanyak 20% senang-senang sahaja. Bayangkan jika duduk lebih dari 6 jam berturut-turut!

##3)Kawal tahap kolestrol dengan makan

Nak sihat perlu makan. Pantang makan alamat nak cari nahas. Tapi nak makan apa yang penting untuk diperhatikan. 

Mula-mula pastikan kita jangan lepas bersarapan, jangan lepas makan tengahari dan jangan lepas makan malam. Ada orang yang tahan tak makan dan bila makan disumbat masuk perut penuh sampai tersandar tak boleh bangun. Itu bukan amalan sihat sebenarnya. Makanlah bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Itu amalan terbaik.

**Makanan yang baik untuk kawal tahap kolestrol**

*Buah-buahan - Petuanya mudah sahaja. Makanlah buah-buahan yang warnanya berbagai dan terang-terang bersinar. Kombinasi semua buah itu baik untuk kesihatan manusia.

*Sayur - Dapatkan sumber protein daripada sayur-sayuran lebih banyak berbanding daripada sumber daging merah seperti lembu atau kambing. Sayur kegemaran saya yang bagus untuk kawal kolestrol adalah brocolli, bunga kobis, bayam dan asparagus

*Kekacang - Dapatkan sumber protein dari kacang seperti almond, walnuts, pistachio dan lain-lain.
Makanan laut - sumber protein dari laun lebih baik dari daging merah. Makanlah ikan lebih banyak berbanding daging

*Daging ayam - Daging ayam juga lebih bagus dari daging merah seperti kambing atau lembu. Kerap makan ayam lebih bagus untuk mereka yang ada kolstrol tinggi.

Begitulah secara ringkasnya cara mudah kawal tahap kolestrol. mudah bukan?

SELAMAT MENCUBA