Tuesday 23 August 2016

Aiskrim kacang merah

Tags

Aiskrim kacang merah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh guys..

Sekarang di Malaysia cuaca sangat panaskan?. Apa kata jika korang sediakan aiskrim kacang merah ni untuk menyejukkan badan.

Aiskrim kacang merah ni memang sedap. Tetiba teringat nostalgia zaman budak-budak dahulu. 

AISKRIM POTONG- PERASA KACANG MERAH 
BAHAN

  • 200gm gula pasir
  • 3sudu besar susu tepung
  • 350ml air


BAHAN BAHAN

  • 2sb paras tepung ubi
  • 2sb paras tepung jagung
  • 50ml air

~campurkan tepung-tepung dengan air - kacau sampai rata.

BAHAN C

  • 80gm susu pekat
  • 500ml santan pekat
  • 250gm kacang merah dalam tin di lecek
  • sedikit pewarna merah


Cara-caranya :

***1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

***2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

***3. Tuang dalam acuan ais krim atau ice-cube tray.

***4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.


AISKRIM, MINUM PETANG, PENCUCI MULUT
SELAMAT MENCUBA..