Tuesday 23 August 2016

Antara Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Tags

Antara Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


*Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
 “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

*Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4.  Orang lelaki yang melarikan diri.
  5.  Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8.  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9.  Orang-orang yang suka makan riba’.
  10.  Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”


*Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata :
“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.