Wednesday 17 August 2016

APAKAH YANG SEBENARNYA ISTERI MAHU DARI SUAMI?

Tags

Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.


** Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ***

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dengar..
Walaupun korang sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu semua tidak bermakna tugas korang telah selesai.
Itu semua masih belum cukup bagi wanita yang bergelar isteri.

Lelaki memang sukar untuk memahami apa yang wanita mahukan sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu apa yang mereka mahu sebenarnya.
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.

Perempuan ni bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.

Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya?
Mengapa perempuan jadi begitu?

Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca.. ^_^


1. Isteri laparkan perhatian

Berapa kali korang buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah korang selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama.
Mereka mahu diberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri. Fokus kepada mereka.
Perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.


2. Suami yang sentiasa tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu daripada apa-apa perkara yang lain.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.


3. Mampu merendahkan diri

Kebanyakkan suami (lelaki) tidak dapat lari masalah ego.
Memang benar, didalam rumah tangga lelaki adalah ketua keluarga. lelaki mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan menjadi pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, lelaki jadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

"Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
– Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. Isteri adalah sahabat kepada suami, berikan isteri penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga kita.

4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)

Memang bukan dalam sifat lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
– surah al-Nisa’ ayat 19.

Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.


5. Suami yang kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna lelaki harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah

Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
lelaki kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.

7. Humor

Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan
Jika anda seorang yang pandai buat lawak, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga. Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang alucu dengan isteri.
percayalah..Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.

8. Menunjukkan kasih sayang

Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa anda berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa isteri makan diluar sekali-sekala.

9. Beri penghargaan kepada isteri

Banyak pasangan lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

10. Menerima segala kelemahan Isteri

Daripada mencabar, mentertawakan isteri, atau mempersoalkan kelemahan isteri, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan isteri, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat isteri berasa sedih tentang sesuatu yang isteri sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. wanita rasa selalu diperhatikan.

"Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
– Hadith riwayat Muslim

Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri.
Berhenti menghakimi isteri dan terimalah dia apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu dia rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama suami.

Penutup:
memahami isteri bukannya sukar..
tapi.. Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma suami kadangkala perlu lebih peka dengan si isteri ni..
seorang isteri inginkan perhatian, ingin disayangi dan ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
– Surah an-Nisa, ayat 34


Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.