Sunday 21 August 2016

Doa Ketika Hendak Keluar Rumah

Doa Keluar Rumah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Doa keluar rumah sebenarnya termasuk dalam kategori doa yang harus kita hafal kerana doa keluar rumah ini penting. Ketika kita keluar rumah kadang2 ada pekara yang tak dijangka, sama ada benda buruk atau pun benda baik. sekiranya baik alhamdulillah dan tidak ada masalah, tapi kalau ada sesuatu benda yang buruk terjadi pada kita, ini akan mengakibatkan masalah bagi kita. Oleh kerana itu selalulah baca doa keluar rumah ketika hendak keluar rumah agar kita selalu dalam lindungan Allah SWT.


بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِالله
Bismillahi tawakkaltu 'alallaahi laahaula walaa quwwata illa billaah.
Maksudnya;
Dengan menyebut nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dari Allah.



P/S..
Bacalah secara berulang-ulang doa keluar rumah ini, paling kurang setiap hari sekali baca. insyaallah kita akan cepat menghafal.Dan jangan lupa untuk berdoa setiap kali keluar rumah agar kita selalu dijaga oleh Allah dan dihindarkan dari keburukan.


SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI MANA YANG SALAH.
JOM SHARE, SEMOGA MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.