Thursday 18 August 2016

Doa Menghindari Dari Segala Kejahatan

Tags

Doa Selamat Menghindari Dari Segala Kejahatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Doa Selamat Menghindari Dari Segala Kejahatan

اللَّـهُمَّ  رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ  كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ  وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ  وَالفُرْقَانِ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ   الأَوَّلُ  فَلَيْسَ  قَبْلَكَ  شَيْءٌ ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ  شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ  فَلَيْسَ  فَوْقَكَ  شَيْءٌ ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ  فَلَيْسَ  دُونَكَ شَيْءٌ ، إِقْضِ عَنَّا  الدَّيْنِ ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ

Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh , tuhan bumi , tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ) , aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan  yang Engkau pegang ubun-ubunnya , ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu , Engkaulah yang paling akhir , tiada sesuatupun sesudahMu.Engkaulah yang Zahir , tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu , dan Engkaulah yang batin , tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu , tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .
***~ Keterangan Dalam hadith ini Nabi saw mengajar kita kepentingan memohon perlindungan dari dua kesusahan iaitu kesusahan hutang dan kemiskinan. Sebagai umat yang dinobatkan sebagai sebaik umat , kita harus peka kepada dua masalah ini yang kerap mengundang kesusahan dalam hidup . ~**

***~ Ramai manusia terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan . Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini dengan berkat beramal dengan wahyuNya menerusi lidah Nabi saw ini . * HR Muslim no 2713 ~***