Monday 22 August 2016

Doa Menghindarkan Diri Dan Keluarga Dari Melakukan Maksiat

Doa Menghindarkan Diri Dan Keluarga Dari Melakukan Maksiat



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .
Maksudnya : Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku .

~~ Keterangan & Petua Beramal ~~

*** Menurut al-Imam Syaraf al-Haq Muhd Asyraf Al-Siddiqi Al-Azim Abadi, Nabi s.a.w mengajar kita agar memohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan yang disenaraikan dalam versi ini iaitu : mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci olehNya, berkata tentang perkara yang sia-sia yang menjurus kepada dosa dan melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menjuruskan daku kepadanya. ***

*** Menurut Ibnul Qayyim , antara langakah menghindarkan diri dari mengikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya.Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah ini :

~ 1. Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya.Apabila sudah mengenalpastinya maka hendaklah dilakukan prkara-perkara yang dapat membendungnya.

~ 2. Hendaklah dia menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.

~ 4. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat

~ 5. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu di dunia lagi.


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.