Tuesday 23 August 2016

Doa & Petua Menghindari Mimpi Buruk

Doa & Petua Menghindari Mimpi Buruk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Antara petua2 yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa di bawah.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِوَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

~ Keterangan & Petua Beramal ~


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud :
 “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

.

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1.  Meludah ke kirinya, tiga kali
  2.  Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3.  Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4.  Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5.  Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

.
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

a) Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
b) Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
c) Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
d) Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
e) Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
f) Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
g) Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.