Monday 22 August 2016

Jangan Sediakan Tempat Tidur Terlalu Mewah.

Tags

Jangan Sediakan Tempat Tidur Terlalu Mewah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


~ Tempat tidur ~

**Adab tidur seterusnya bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu bermewah dengan tilam berharga ribuan ringgit dan katil terukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan.

**Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurnia Allah SWT sepatutnya digunakan untuk mencari keredhaannya

**Antara perkara yang dibenci oleh Allah adalah perbuatan membazir, Allah SWT berfirman kepada para pembazir melalui firman-Nya yang bermaksud :
“Dan hari (ketika) orang – orang yang engkar dihadapkan ke neraka (mereka menempelak): ‘kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu dan kamu telah bersenang – lenang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang telah menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq”  (surah Al-Ahqah ayat 20)


**Sentiasalah beringat akan amaran tuhan itu dengan kehidupan  ditakdirkan rezeki melimpah, mereka tidak bermewah – mewah hingga membazir dengannya.

**Adab tidur selanjutnya seseorang itu tidak tidur selagi tidak didatangi rasa mengantuk. Tidak wajar paksa diri untuk tidur kecuali bertujuan untuk bangun dihujung malam.

**Walaupun dia mampu untuk berjaga sejam dua lagi, jika dia berbuat demikian dikhuatiri akan terlepas bangun dan terlepas niatnya untuk beribadah dihujung malam

**Jika tiada kekhuatiran kemungkinan lewat bangun maka bolehlah bersengkang mata, kerana banyak kerja kebaikan dunia dan akhirat boleh dilakukan seperti membaca kitab dan menulis rencana.

**Adab tidur sebaiknya tidur mengadap kiblat, kerana  kiblat adalah tempat yang paling mulia disisi Islam, dan segala kerja kebajikan sebaiknya menghadap kiblat

**Jika ketika jenazah diletakkan dalam kubur dituntut mengadap kiblat, hendak tidur adalah ketika muhasabah untuk melatih diri menghadap kiblat. Dengan cara mengiring ke kanan dan berbantalkan dengan lengan, sebelum seseorang menghadapi mati. Demikian diri ketika hendak tidur dengan menghadap  kiblat

**Orang Islam diberi nasihat cara tidur supaya kehidupan 24 jam  alam keadaan siap sedia, kerana manusia diciptakan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

**Jika insan yang hidup sementara mendapat kurnia  Tuhan dengan kekayaan harta dunia, mereka harus sedar bahawa kekayaan bukanlah matlamat hidup umat Islam. Sebaliknya sekadar jambatan menuju keredaan Allah SWT.

**Setelah bersugi dan berwuduk hendaklah meletakkan tubuh menghadap kiblat, tibalah ketikanya yang amat mustahak untuk berdoa kepada Allah SWT, dengan sebanyak mana doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w.

Sebahagian daripada lafaz yang perlu dibaca sebelum tidur itu ialah membaca surah al-Ikhlas, surah al- Falaq serta surah an-Nas. Inilah surah yang selalu dibaca oleh Nabi s.a.w

**Dapatkan doa2 Rasulullah s.a.w yang pelbagai, di antaranya seperti :
Allahumma laka al hamdu wa minka al halaju wa minka al mustaka.
 Atau :
 Allahumma aslamtu wa bika amantu wa’alaika tawakkaltu.

**Ada amalan Rasulullah s.a.w setelah membaca surah tiga qul itu lalu beliau seperti meludahkan kepada dua tapak tangannya, diusapkan ke kepalanya hingga  ke hujung kaki. Dengan niat jaga tubuh badan dan sebagainya.

**Berdoalah dengan apa jua jenis  doa yang ditemui dalam kitab – kitab, bahawa  Nabi s.a.w baca doa tersebut sebelum tidurnya. Nabi s.a.w juga  membaca  ayat Kursi yang bermaksud :

“Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan – Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah dapat member syafaat disisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa – apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa – apa dari ilmu Allah melainkan apa – apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya (langit dan bumi), dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

**Memulakan bacaan ayat Kursi sama ada dari “wa ilahukum” atau “Allahu lailaha illahu” hingga “Hifdzuhuma wahual ‘aliyyul ‘adzim, ulang tiga kali dengan niat jaga tubuh serta keluarga dan rumah tangga, juga harta benda daripada gangguan makhluk bahaya iaitu syaitan, seteru manusia yang sebenar

**Allah SWT tidak merasa berat memelihara langit dan bumi, tentulah sangat mudah menjaga diri manusia dan keluarga, serta harta kepunyaannya yang amat sedikit jika dibandingkan Allah SWT.

**Justeru peliharalah mereka yang mohon pertolongan penjagaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kekuasaan-Nya.

**Rasulullah s.a.w juga bertaqdis, bertahmid dan bertaqbir 33 kali sebelum tidur, (Subhanallah wal hamdulillah Allahu Akbar) seperti yang diajarkan kepada puteri kesayangannya Siti Fatimah r. anha mengemukakan permohonan supaya diberikan hamba sahaya, untuk membantu tugasnya yang meletihkan.

**Nabi s.a.w tidak memperkenan permintaan puterinya. Sebaliknya diberi amalan, setelah itu puteri nabi itu tidak mengeluh keletihan lagi.



SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.