Sunday 14 August 2016

Kelebihan bersiwak(sugi) sungguh besar fadhilatnya

Tags


Kelebihan bersiwak(sugi) sungguh besar fadhilatnya

Assalamualaikum uollsss..^_^

<<>>Kelebihan bersiwak ataupun bersugi ini memang besar fadhilatnya. Bersiwak adalah salah satu amalan wajib yang Rasulullah SAW buat setiap kali hendak bersolat dan sebagainya.

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah SAW ada menyatakan dalam sabda bermaksud:

“Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (Hadis riwayat Muslim)

Seperti Saidatina Aishah RA berkata yang bermaksud:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja).” (Hadis riwayat Muslim)

<<>> Perkara ini juga yang dipersetujui oleh salah seorang hakim syari’e di Universiti Karachi Pakistan, Profesor Abdul Hamid yang mengatakan bersiwak boleh membunuh sebanyak lima jenis kuman yang terdapat pada mulut kita. Malah disokong kenyataannya oleh sahabat seperjuangannya Profesor Mohamad Walid Hamud yang mengatakan kayu siwak yang biasanya digunakan untuk bersugi adalah daripada sejenis kayu “Ud Al-Arak”{5} di antara tumbuhan perubatan yang mengandungi bahan perekat gam {adhesive}, bahan penyuci, bahan pengawet (masam), bahan pewangi, bahan hablur silika, dan bahan yang mengandungi garam mineral. 
    Kelebihan bersiwak atau bersugi
  • -Mencantikkan wajah
  • -Mengharumkan mulut
  • -Mencerahkan penglihatan
  • -Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman
  • -Memerdukan suara
  • -Memfashihkan percakapan
  • -Memperhiaskan solat
  • -Menghilangkan rasa mengantuk
  • -Mendapat keredhaan Allah SWT
  • -Malaikat berbangga atau Malaikat memuji orang bersugi
  • -Menguatkan minda
  • -Mencerahkan mata
  • -Menghimpun segala kebaikkan 

Dan lebih besar fadhilat yang kita dapat dalam bersiwak atau bersugi apabila sebelum menunaikan solat sunat atau Subuh 2 rakaat ibarat kita mendapat pahala 70 rakaat. Besar pahala yang Allah SWT berikan?


*****{SubhanAllah.. besar sungguh kehebatan bersiwak atau bersugi ini. Amalan kebersihan yang selalu Rasulullah SAW lakukan memang patut kita ikut dan diamalkan untuk kebaikan diri dan kesihatan. Sebenarnya banyak lagi fadhilat bersiwak ini. ia erlalu banyak. Jadi memang tidak rugi kalau kita selalu bersiwak atau bersugi.. Ok uollsss.. selamat bersugi semua..Mulai hari ni..jom kita hidupkan sunnah untuk lebih sihat dan halal.} ^_^ ****