Monday 15 August 2016

Khasiat & Kebaikkan Buah Delima

Tags


Kebaikan dan Khasiat Buah Delima

***Buah delima merupakan salah satu antara buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di muka bumi ini. Buah delima ini berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.***

***Buah delima ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.***

***Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan kita. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!***

Dalam entri ini, anda akan disajikan dengan:

7 Fakta Nutrisi Buah Delima
4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima (dari pelbagai sudut)
3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
Kesimpulan

 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:

***Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.
4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima.

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

***1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan.***

##Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.##

##Minyak biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.##

##Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.##

##Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.##

##Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.##

##Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.##

##Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.##

##Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.##

##Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.##

##Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.##