Sunday 21 August 2016

Mari Mendoakan dan Didoakan Sahabat

Tags

Indahnya Di Doakan Sahabat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita.

Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH.

Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

Ini sangat indah…

Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain.

Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya.

Ini sungguh luar biasa.

Inilah sebuah ketulusan yang nyata.

Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.

Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya.

Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Bagaimana perasaan korang jika korang tahu ada seorang sahabat yang selalu mendoakan kita?

Padahal kita tidak pernah memintanya.

Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

Memaafkan kesalahan sahabat kita.

Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan.

Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.

Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita.

Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar.

Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?

Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita.

Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.

Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.

Maafkanlah kesalahan~kesalahan sahabat kita.

Sangat tidak wajar jika kita menghukum seorang sahabat dengan tidak memberi maaf dan tidak tersenyum kepadanya.

Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah… maafkanlah dia..

Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.

Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas


Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam

Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin korang mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)
Jom share..