Wednesday 17 August 2016

RESEPI PULUT DURIAN DAN SANTAN KELAPA

Tags






Bahan-bahan:

**500gm beras pulut  direndam selama tiga jam

**10 ulas durian - mengikut citarasa

Bahan Kuah: 

**1 liter santan pekat
**Sedikit garam
**2 helai daun pandan,| disimpul - untuk dimasukkan dalam santan, jika suka
**Air suam

1. Tanak pulut/masak pulut. Caranya, panaskan periuk kukusan, lapik periuk kukusan dengan daun pisang, tuangkan beras pulut atas daun pisang dan kukus selama 15 minit.

2. Kemudian perah santan bersama dengan air suam dan masukkan sedikit garam dalam pati santan tersebut. Panaskan sebentar atas dapur, jangan sampai mendidih. Sekadar panaskan sahaja.

3. Angkat pulut, masukkan dalam bekas, tuang separuh daripada santan masak tadi sikit-sikit dan gaul hingga sebati.

4. Masukkn semula dalam periuk kukusan dan masak lagi selama 30 minit. Angkat dan isikan dalam bekas.

5. Tuangkan baki santan masak tadi dan gaul sebati. Siap. (Kalau tak nak tuang santan pun boleh...)

6. Boleh la di makan bersama durian.

JOM CUBA