Thursday 18 August 2016

Tanda-Tanda & Pencegahan Penyakit Kencing Tikus

Tags

Tanda-Tanda & Pencegahan Penyakit Kencing Tikus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Tanda dan gejala penyakit kencing tikus muncul dalam tempoh 2 -10 hari (adakalanya sehingga 30 hari) dari masa terdedah kepada jangkitan.

11 Antara simptom dan gejala tersebut adalah:

1-Demam yang tinggi
2-Sakit kepala
3-Menggigil (chills)
4-Sakit otot
5-Muntah
6-Jaundis (penyakit kuning)
7-Radang mata
8-Sakit perut
9-Cirit-birit
10-Batuk
11-Ruam di kulit

SEGERA DAPATKAN RAWATAN  jika mengalami tanda dan gejala penyakit ini dalam tempoh 2 minggu selepas mengunjungi tempat-tempat rekreasi atau berkelah.

Rawatan

Penyakit kencing tikus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengelakkan komplikasi dan kematian.

8 Golongan yang Berisiko terkena kencing tikus

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit kencing tikus:

1-Pengunjung tempat rekreasi atau perkelahan
2-Pemburu
3-Kaki pancing
4-Petani / pesawah /peladang
5-Penternak
6-Pekerja veterinar
7-Pekerja penyelenggaraan perparitan dan pembetungan
8-Pekerja dan pelanggan premis makanan yang kotor

9 cara Pencegahan dari terkena kencing tikus

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit kencing tikus:

1-Elakkan aktiviti rekreasi air semasa dan selepas hujan atau pada musim banjir
2-Elakkan bermain atau mandi di sungai atau kolam jika ada luka atau kudis
3-Pekerja berisiko perlu memakai kasut but dan sarung tangan getah
4-Tampal luka dan kudis dengan plaster yang kalis air jika terpaksa bersentuhan dengan air
5-Elakkan minum air sungai / kolam yang tidak dimasak
6-Elakkan premis makanan yang kotor
7-Jaga kebersihan kawasan tempat rekreasi atau berkelah
8-Buang sampah sarap dan sisa makanan secara sempurna
9-Basuh tangan dan kaki dengan air dan sabun selepas aktiviti rekreasi air


JOM SAHRE.. ^_^