Monday 22 August 2016

Terung Goreng Berlada

Tags

Terung Goreng Berlada


Assalamualaikum uollsss..

Jom kita tengok resepi mudah untuk menyediakan sayur Terung Goreng berlada yang sangat sedap ini.


Terung Goreng Berlada


*Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan

*Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dg ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

*Cara-caranya:

1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.

3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba uollsss..