Thursday 27 October 2016

PETUA MEMBASUH SAYUR YANG BERKULAT

Tags


Puas Basuh, Masih Ada Ulat Pada Sayur!

Pernahkah anda masak sayur dan tiba-tiba sewaktu mahu dimakan, anda terjumpa ulat di dalamnya? Walhal sudah puas anda mencucinya dan sudah diyakini bersih.

Kebiasaanya agar sukar untuk membuang ulat sayur dengan sekadar membilasnya di bawah aliran air begitu saja.

Antara sayuran yang sukar dibersihkan adalah seperti kobis, sawi, kangkung dan ulam-ulaman. Bagi mengelakkan anda daripada terus membazir air untuk membersihkan sayur tetapi kurang berkesan, anda boleh menggunakan tip dari RASA ini.

CARA MEMBASUH SAYUR:
  1. Bilas sayur seperti biasa. Kemudian rendamkan di dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan cuka.
  2. Biarkan seketika. Pastikan sayur anda terendam sepenuhnya di dalam air.
  3. Selepas beberapa minit, anda akan dapati ulat-ulat yang 'bersembunyi' di sebalik daun sayur akan keluar sendiri. Jangan lupa untuk membilas sayur anda sekali lagi.

PETUA: Ketika memasak sayuran hijau seperti bayam dan sawi, masukkan sedikit gula ke dalam masakan untuk mengekalkan warna hijau sayur itu.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.