Thursday 27 October 2016

Resepi Daun Pegaga Masak Lemak

Tags


Resepi Daun Pegaga Masak Lemak

BAHAN-BAHAN:
  • 200gm daun pegaga
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 1 ulas bawang merah | hiris
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
  2. Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan daun pegaga, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.