Thursday 27 October 2016

Resepi Kubis Gulung Inti Ayam

Tags


Resepi Kubis Gulung Inti Ayam

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm isi ayam | dicincang
  • 2 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 1/2 batang timun | dihiris nipis memanjang
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris nipis memanjang
  • 1 biji lada benggala hijau | dihiris nipis memanjang
  • 1 biji lada benggala | dihiris nipis memanjang
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • 5 kelopak daun kobis cina
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air dan masukkan daun kubis cina. Masukkan sedikit garam. Bila telah layu, angkat dan toskan airnya.
  2. Seterusnya tumis bawang merah hingga wangi diikuti isi ayam cincang, lobak merah, timun, lada benggala merah dan hijau. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Teruskan memasak sehingga jus ayam kering.
  3. Padamkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar diikuti jus limau nipis. Kacau sehingga rata dan sejukkan seketika.
  4. Letakkan  inti di atas daun kubis dan gulung dengan ketat seperti membalut popia.

Selamat mencuba & Dipersilakan share.