Thursday 10 November 2016

Resepi Opah Kari Ayam Tanpa Santan

Tags


Resepi Opah Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan-Bahannya :
  • 1 ekor ayam tanpa kulit 
  • 2 biji bawang besar - dihiris halus Minyak secukupnya 
  • 1 cawan air 
  • 2 biji ubi kentang dibelah empat 
  • Daun pudina agak lebih sedikit 
  • sedikit daun ketumbar - di hiris halus 
  • 2 biji tomato dibelah empat 
  • 2 batang lada hijau dibelah dua 
  • garam 
  • optional aji-no-moto
  • 2 biji tomato - dipotong dadu 
  • 2 biji bawang putih ]- dikisar 
  • 1 cm halia ] 
  • 4 sudubesar kari daging Babas 
  • 1 sudubesar tomato puree 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2.5cm kayu manis 
  • 4 biji bunga cengkih

Cara penyedian :
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning. 
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau rata-rata. 
  3. Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit. 
  4. Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit. 
  5. Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.
  6. Tuangkan kari ayam yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun ketumbar. makanlah bersama roti perancis atau roti rengis/jala pasti enak. 

P/S: mesti gunakan daun pudina supaya kari lebih harum dan enak.