Wednesday 7 December 2016

Cara-Cara Membuat Biskut Lidah Kucing{Rainbow Cookies} Mudah & Sedap

Tags


Bahan-Bahan Untuk Membuat Biskut Lidah Kucing{Rainbow Cookies} Mudah, Ragup & Sedap

  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)


Dulang khas lidah kucig rainbow
{boleh didapati di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22(kalau tak silap)}

Cara-cara Untuk Membuat Biskut Lidah Kucing{Rainbow Cookies} Mudah, Ragup & Sedap
  • ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex. pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim , guna mixcer. masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati. masukkan tepung yg telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula. bahagikan adunan beberapa bhgian dan masukkan warna utk setiap bahagian, masukkan adunan dlm piping bag atau bag plastik,potong muncung bag plastik dan paipkan adunan kedalam loyang khas utk biskut lidah kicing. kalau ada nozzel gunakan yg bulat. bakar dalam oven suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit. jaga jaga jgn sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah. angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.


Mudah je kan??? 

Sekian sahaja yang sis dapat kongsikan..

Selamat mencuba uolsss.. jangan lupa share tau..hehehe