Tuesday 27 December 2016

Tahniah Diucapkan Kepada Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Bakal Menimang Cahaya Mata Yang Ketiga


[:] Kami sebagai peminat ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suami( Zaquan Adha ) yang kini sedang hamil anak yang ketiga dalam keluarga bahagia mereka. Menerusi akaun Instagram, Ayu Raudhah telah berkongsikan berita gembira tersebut dengan memuat naik gambar beliau dan suami berserta kepsyen yang seakan memberitahu dirinya kini hamil.



[:] Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan pelakon tersebut dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau. Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.



[:] Apapun sama-sama kita doakan semoga Ayu diberikan kesihatan yang baik selama dalam proses kehamilan. Dan semoga dengan kehamilan untuk kali ketiga ini dapat juga menambahkan lagi kebahagiaan serta keceriaan rumah tangga beliau. Taniah Ayu Raudhah..