Tuesday 27 December 2016

[ Wajib Baca!! ] Bintik Putih Bawah Mata Petanda Kolestrol Tinggi

Bintik bawah mata menandakan kandungan kolestrol tinggi di dalam badan seseorang


;;Assalamualaikum w.b.t


;;Hari ini sis nak share satu info mengenai KOLESTROL. Kolestrol ialah kandungan lemak di dalam badan.


;;Satu perkara yang uolsss perlu ketahui ialah orang kurus tidak semestinya tidak mempunyai masalah kolestrol tinggi!


;;Jom periksa sama ada uolsss ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

#Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

  • ;;Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • ;;Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • ;;Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • ;;Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • ;;Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • ;;Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.