Thursday 28 January 2016

KHASIAT AIR KELAPA MUDA YANG HARUS ANDA TAHU

Tags

1. (*)Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. (*)Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. (*)Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. (*)Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. (*)Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. (*)Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. (*)Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. (*)Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. (*)Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. (*)Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. (*)Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. (*)Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. (*)Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. (*)Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Wednesday 27 January 2016

RESEPI SUP CENDAWAN (MUSHROOM SOUP)

Tags
sup-cendawan

Resepi Sup Cendawan (Mushroom Soup)

Bahan-Bahan:

250 g cendawan butang
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam “Maggi”
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 – 5 biji cendawan tadi dan dipotong dadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.

2. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu.

3. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.

4. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.

5. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat.

7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit daun parsley yang dicincang dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih.

5 MAKANAN PUNCA SELULIT



Selulit adalah perkataan yang pasti akan mengerunkan mana-mana wanita yang mendengarnya apatah lagi yang mengalaminya. Mana taknya, selulit akan membuatkan kulit wanita jadi tak cantik dan secara tak langsung akan mengurangkan keyakinan penampilan diri wanita tersebut.

Apakah punca terjadinya selulit? Faktor utama munculnya selulit ialah pemakanan tidak sihat, perubahan hormon, dehidrasi dan faktor genetik.

Salah satu yang penyebab selulit adalah pemakanan. Ketahui 5 makanan yang mungkin jadi punca terjadinya selulit pada tubuh anda!

1. Makanan bergaram

5 Makanan Ini Punca Selulit 1

Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana garam menyebabkan pembendungan cecair dalam badan dan ia jadi punca pembentukan selulit.

2. Makanan berlemak

5 Makanan Ini Punca Selulit 2

Lemak penting untuk fungsi normal badan kita, tetapi jangan ambil dalam jumlah yang berlebihan. Pemendapan lemak akan berubah kepada selulit.

3. Gula berlebihan

5 Makanan Ini Punca Selulit 3

Gula adalah pembunuh senyap. Gula mampu meningkatkan pembentukan insulin, yang boleh merangsang pembentukan lebih tisu adipos dan terjadinya selulit.

4. Makanan segera berlebihan

5 Makanan Ini Punca Selulit 4

Makanan segera mengandungi perisa tambahan, bahan pengawet dan bahan tambahan lain yang menyebabkan selulit.

5. Makan coklat banyak

5 Makanan Ini Punca Selulit 5

Pengambilan coklat boleh menyebabkan selulit. Ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam coklat. Kandungan gula tinggi boleh menyebabkan selulit.

RESEPI KUIH LAPIS GARDENIA

Tags
Kuih Lapis Gardenia

Resepi Kuih Lapis Gardenia

Bahan-Bahan :

6 keping roti sandwic
buang kulit tepi, siat kecil & rendam dengan 150 gm air
75 gm gula pasir
3/8 tsp garam
300 gm santan
150 gm air
90 gm tepung beras
30 gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
pewarna kuning & oren

Caranya Membuat :

1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi. Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.

2. Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.

3. Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

4. Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas. Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati

5. Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning, bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren, bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco. Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.

6. Bila kukusan dah betul-betul mendidih, letakkan loyang dalam kukusan. Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit. Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit. Diikuti dengan selapis adunan oren. Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan. Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

PETUA HILANGKAN PANAS BADAN



Petua hilangkan panas badan

Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?

Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.

1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.

Selamat mencuba.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Tags


Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

400gm ikan bilis sederhana besar
15 tangkai cili kering | dikisar halus
5 biji bawang merah | dikisar halus
20gm belacan | dikisar halus
2 biji bawang besar | dipotong bulat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak | untuk menumis
100ml air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis ikan bilis hingga garing. Ketepikan.

2. Untuk sambalnya pula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan biarkan hingga naik baunya.

3. Masukkan sos tomato, garam dan juga serbuk perasa.

4. Tambahkan sedikit air supaya sambal tidak melekat.

5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan biarkan hingga sebati.

6. Angkat dan hidangkan.

7 PETUA UNTUK HALAU TIKUS



Tikus merupakan binatang dalam kategori parasit rumah yang membawa kekotoran dan sentiasa memberi kerosakkan terutama di sekitar ruangan dapur di samping membawa risiko penyakit berjangkit seperti kencing tikus. Kehadiran binatang ini sememangnya menjelikkan tetapi bagaimana cara mengatasinya?

Berikut adalah 7 petua halau tikus dari rumah yang boleh anda ikuti, lebih penting petua yang di perturunkan adalah mudah dan jimat.

1. Pokok durian belanda :
Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

2. Daun durian belanda :
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

3. Jering dan tangkai jering :
Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul. Bau jering akan menjengkelkan tikus itu, percayalah…

4. Lada hitam :
Taburkan kawasan yang di syaki tempat laluan tikus dengan lada hitam. Tikus tak suka lada hitam kerana hidungnya sangat sensitif.

5. Perangkap :
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui tikus. Letakkan sedikit tepung pada perangkap itu untuk menarik tikus ke situ.

6. Kucing :
Bela kucing kampung, kucing kampung adalah jenis pemburu hebat, rumah yang mempunyai kucing kampung biasanya jarang ada tikus.

7. Burung hantu :
Bela burung hantu, tikus juga merupakan diet utama pada burung hantu. Juga merupakan pemburu hebat seperti kucing, (jika anda tinggal berhampiran sawah padi atau ladang sawit).

7 Petua halau tikus dari rumah ini adalah alternatif terbaik dalam mengatasi tikus yang membiak di rumah kita, pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Semoga masalah tikus di rumah anda dapat di atasi.

PETUA HILANGKAN BATUK DENGAN GULA MELAKA


Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri.

Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK.

Dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yang memuaskan setelah beberapa ketika.

RESEPI AYAM MASAK BALI

Tags


Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-Bahan:

5 Paha Ketul Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Cara Memasak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.

2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.

3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.

4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

7 TIPU DAYA SYAITAN

Tags


* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

"Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

"Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)

RESEPI LAMB CHOP

Tags


Resepi Lamb Chop

Bahan-Bahan:

8-10 Lamb shoulder slide (1/2 atau 1 inci tebal)
2 Sudu rosemary segar dicincang
1/4 Cawan jus lemon
3 Sudu makan bawang putih cincang
1/2 Sudu teh lada hitam
3 Sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaul bersama kambing.

2. Perapkan 30-60 minit.

3. Kemudian grill sehingga masak.

4. Sesuai dihidangkan bersama black pepper sauce/garlic sauce/mint sauce.

TIPS DAPATKAN ZURIAT YANG SEMPURNA

Tags



Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"


Masa & Tempat yang tidak elok Untuk Berjimak:


1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yangberbuah.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaaban.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari).
~Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
~Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir Dalam tempoh tiga hari tiga malam.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam
(sebelum isyak).
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut:

1. Berjimak pada malam Isnin.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t.

2. Pada malam selasa. 
~Jika Allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. 
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit
~Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar.
~Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
~Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
~Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

RESEPI CENDAWAN BROKOLI MASAK SOS TIRAM YANG MEMIKAT HATI

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

{&}1 tangkai brokoli

{&}Cendawan (ikut kegemaran masing-masing)

{&}1 sudu minyak masak

{&}2 sudu sos tiram

{&}1 sudu kicap

{&}2 ulas bawang putih ditumbuk

{&}Sedikit gula dan air secukupnya

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

{&}Rebus brokoli bersama cendawan, saringkan. Untuk sos, tumiskan bawang putih, masukkan air, sos tiram dan kicap. Masak hingga mendidih. Perisakan. Seterusnya masukkan sayur direbus dan siap untuk dihidangkan.

PETUA UNTUK AWET MUDA MENGIKUT KAEDAH ISLAM


1. (*)Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. (*)Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. (*)Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. (*)Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. (*)Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. (*)Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. (*)Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. (*)Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. (*)Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. (*)Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. (*)Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. (*)Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. (*)Amalkan solat tahajud.

14. (*)Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. (*)Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. (*)Maafkan semua orang sebelum tidur.

RESEPI SUP TULANG POWER

Tags

Bahan-bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

(#)1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
(#)2 sudu besar minyak masak
(#)1 sudu besar minyak sapi
(#)1 batang kulit kayu manis
(#)3 kuntum bunga lawang
(#)5 kuntum bunga cengkih
(#)3 biji buah pelaga
(#)1 labu bawang besar - di hiris
(#)1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
(#)Air rebusan tulang secukupnya
(#)1 batang lobak merah ~ dadu
(#)2 biji kentang ~ dadu
(#)1 sudu kecil lada sulah
(#)Garam secukup rasa
(#)1 biji tomato - potong dadu
(#)1 batang celery - hiris
(#)Daun sup dan daun bawang ~ hiris
(#)3-4 biji cili padi - hiris
(#)Bawang goreng - tabur

Bahan untuk di Kisar:

(#)5 ulas bawang merah
(#)3 ulas bawang putih
(#)1 inci halia
(#)1/2 batang lobak merah
(#)1 batang celery
(#)1 batang leek

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

(#)Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

(#)Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.

(#)Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.

(#)Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

(#)Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

(#)Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

(#)Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.

(Sambal Kicap)

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(#)15 biji cili padi
(#)3 ulas bawang putih
(#)1/2 cawan kicap ABC/kicap manis
(#)1 sudu besar sos tomato
(#)1 sudu kecil cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.

CARA-CARA UNTUK MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG

Tags

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??

[!]Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsli/Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

[!]Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.

[!]Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.

[!]Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

[!]Antara lain Kegunaan dan Khasiat Daun Parsli /Parsley

[!]Tahukah anda apa itu daun Parsley?

[!]Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.

[!]Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.

[!]Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.

[!]Khasiat Daun Parsley/Pasli Kaya dengan vitamin

[!]Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

[!]Khasiat Daun parsley untuk Rambut

[!]Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

[!]Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi

[!]Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

[!]Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI GITTEWW

Tags

Bahan-bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

<.>1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
<.>2 ulas bawang putih - ketuk
<.>1 labu bawang besar - hiris
<.>1 sudu besar cili kisar
<.>2 sudu besar sos tiram
<.>1 sudu besar sos ikan thai
<.>1/4 cawan sos tomato
<.>Garam dan gula secukup rasa
<.>Kacang panjang - jika suka
<.>Daun sup/daun bawang
<.>1 biji cili capsicum
<.>1 cili merah

Cara-cara untuk meMbuatnya ialah:-

<.>Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.

<.>Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

<.>Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

Nota Penting:-

<.>Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.

CARA-CARA UNTUK BUAT JAMU HOMEMADE UNTUK KEMPISKAN PERUT

Tags

--> 3 sudu halba yg direndam dalam air selama 2 minit (ditoskan)
--> 3cm halia muda diparut
--> 4 ulas bawang putih
--> 15biji lada hitam

Cara-caranya:-

--> Tumbuk halba, halia, bawang puyih dan lada hitam
--> Kemudian digentel kecil dan disimpan didalam peti sejuk
--> Amalkan makan 2 biji pagi dan 2 biji malam semasa perut kosong

-->Selain untuk mengempiskan perut, jamu ini boleh mengeluarkan angin didalam badan. Sila amalkan Jamu HomeMade ini sehingga perut anda kembali kempis.

NOTA PENTING:-

sesuai‬ utk lelaki dan wanita
‪‎ibu‬ mengandung tidak dibenarkan mencuba jamu ini
ibu menyusu sila kurangkan dos makan 1 biji pagi 1 biji malam dan banyakkan minum air kosong atau suam

RESEPI KEK MARBLE YANG UMPHH

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[=]10 biji telur
[=]450 gm marjerin - guna mentega
[=]350 gm gula kaster
[=]350 gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
[=]1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
[=]Sedikit esen vanila
[=]Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

[=]Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.

[=]Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.

[=]Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

[=]Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.

[=]Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.

Nota penting:-

[=]Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8". Boleh juga dibuat sebagai cupcake.

[=]Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN KUTIL


1--> LIDAH BUAYA -

#ambil lendirnya dan sapu pada kutil sehingga kering dan bilas dgn air suam/hangat. Lakukan sekerap yg boleh sehingga kutil hilang

2--> BAWANG MERAH ATAU BAWANG PUTIH -

#penyedap rasa pada masakan satu ini ternyata boleh kita gunakan untuk menghilangkan kutil, karena memiliki sifat anti bakteri yang terkandung di dalamnya, parut atau haluskan bawang putih atau bawang merah kemudian sapu pada kutil dengan cara di buat masker, diamkan beberapa saat sehingga kering. untuk lebih EFEKTIF, tampal plaster selepas sapu bahan tersebut pd kulit. Bilas dgn air suam/hangat. Lakukan sekerap yg boleh sehingga kutil hilang

3--> KENTANG DAN KULIT PISANG -

#Kulit dari buah pisang yang biasanya anda buang dan menjadi sampah, ternyata boleh anda gunakan sebagai bahan untuk mengubati kulit dengan di bantu oleh kentang mentah, cara menggunakannya yaitu dengan menggosokan dua bahan tersebut ke bahagian kutil anda sebanyak dua sampai tiga kali dalam satu sehari, lakukan selama dua minggu untuk mendapatkan hasil yang di inginkan.

4--> KAPUR SIREH -

#sapukan sedikit kapur sireh pada kutil. Biarkan sehinga kering dan bilas. Lakukan 3 - 4 kali dalam sehari

5--> CUKA APPLE -

#titisakan cuka apple pada kapas dan ditampal dgn plaster pada kulit kutil. Biarkan dalam 3 - 4 jam atau sehingga kapas kering dan bilas dgn air suam.

RESEPI KARI AYAM SPECIAL

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[~]12 ketul ayam
[~]2 biji kentang - potong 4
[~]1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
[~]6 ulas bawang putih - hiris
[~]3 inci halia - hiris
[~]1 asam keping
[~]1 kotak santan kotak
[~]Air secukupnya
[~]10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
[~]Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
[~]1 pelepah daun kari
[~]Gula
[~]Garam secukupnya

Cara-cara untuk mebuatnya ialah:-

[~]Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
[~]Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
[~]Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
[~]Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Nota

[~]Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Tuesday 26 January 2016

10 PUNCA YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK ANDA

Tags

1. *Tidak mengambil sarapan pagi

(&)Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. *Terlebih makan

(&)Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. *Merokok

(&)Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. *Penggunaan gula yang berlebihan

(&)Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. *Pencemaran udara

(&)Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. *Terlebih tidur

(&)Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. *Menutup muka ketika tidur

(&)Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. *Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

(&)Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. *Kurang berimiginasi

(&)Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. *Jarang berfikir

(&)Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

RESEPI NASI TOMATO SPECIAL

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(><)4 cawan beras basmathi – dibersih dan ditoskan
(><)8 sudu besar minyak sapi/marjerin
(><)Rempah ratus => 2 kuntum bunga cengkih, 1/2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 cm kulit kayu manis
(><)1 biji bawang besar dicincang
(><)5 sudu besar tomato puree dalam tin
(><)1.8 liter air + 2 kiub pati ayam ( masak sekaligus)
(><)daun saderi yang telah dicincang dan bawang goreng (optional)

Bahan-bahan untuk ditumbuk:-

(><)2 ulas bawang putih,
(><)3 ulas bawang merah
(><)1 hiris halia
(><)secubit garam

Cara-cara untuk Memasak ialah:-

1. (><)Beras yang telah dibasuh serta ditoskan dimasukkkan ke dalam periuk rice cooker.

2. (><)Cairkan minyak sapi dalam kuali diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

3. (><)Masukkan bahan tumbuk serta bawang besar dan goreng hingga garing serta wangi.

4. (><)Kecilkan api dan tuangkan tomato puree. Gaulkan sebati.

5. (><)Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi dan kacau rata.

6. (><)Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.

7.(><)Masak nasi seperti biasa sehingga masak.

8. (><)Hidangkan nasi dan taburkan daun saderi serta bawang goreng diatas nasi.

9. (><)Siap untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda seperti ayam masak merah dan acar.

ANDA DILARANG KERAS UNTUK MINUM AIR PADA 7 WAKTU INI

Tags

^^1. Sebaik saja bangun tidur.

::Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

^^2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

^^3. Selepas memakan buah-buahan.

^^4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

::Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

^^5. Sewaktu tengah makan.

::Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

^^6. Sebelum atau sesudah makan.

::Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

^^7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

::Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

::Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Tags

Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk Inti –

{=}1/2 biji kelapa parut
{=}2 sudu besar gula pasir
{=}gula melaka secukupnya
{=}2 sudu besar gula pasir
{=}1/2 sudu kecil garam
{=}1/2 sudu besar tepung gandum
{=}1 helai dauh pandan – ikat simpul

Bahan-bahan untuk Kuih Badak –

{=}2 cawan tepung pulut
{=}1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
{=}1/2 sudu kecil garam
{=}pewarna merah
{=}pewarna hijau

Bahan-bahan untuk Kuah Santan –

{=}3 cawan santan
{=}3 sudu besar tepung beras, bancuh dengan sedikit air
{=}1 sudu kecil garam
{=}1 helai daun pandan, ikat simpul

Cara-cara untuk Membuat:

Inti Kelapa –

1. {=}Panaskan kuali. Masukkan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Pastikan inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis, tambah lagi ketulan gula melaka.

2. {=}Bila agak kering taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat, senang dibuat bulat.

Kuih Badak –

1. {=}Bancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.

2. {=}Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau, dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna merah.

3. {=}Bulatkan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas.

4. {=}Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan. Sejat air dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan.

Kuah Santan –

1. {=}Masak santan bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan.

2. {=}Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih. Pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul.

3. {=}Hidangkan bersama bebola badak berendam tadi.

10 PETANDA YANG SI DIA ADALAH JODOH KITA

Tags

1. @Bersahaja

*Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. @Senang bersama

*Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

*Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.@Terima Kita Seadaanya

*Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

*Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. @Sentiasa jujur

*Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

*Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

*Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. @Percaya Mempercayai

*Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

*Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

*Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. @Senang Bekerjasama

*Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

*Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

*Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. @Memahami diri kita

*Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

*Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

*Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. @Tampilkan kelemahan

*Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

*Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

*Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. @Kata hati

*Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

*Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

*Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. @Solat Istikharah dan Tawakkal

*Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

*Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

*Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

*Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

RESEPI ACAR BUAH ISTIMEWA YANG SEDAP

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[:]1 bungkus kecil buah kana
[:]1 bungkus buah asam manis
[:]1 bungkus buah asam bulat
[:]1 bungkus buah asam kuning
[:]10 ulas bawang merah
[:]5 ulas bawang putih
[:]2 cm halia
[:]½ mangkuk kecil cili boh
[:]1 sudu makan cuka
[:]1 sudu teh gula merah
[:]Garam secukup rasa
[:]Serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [:]Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

2. [:]Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

3. [:]Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

4. [:]Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.

16 KEGUNAAN UBAT GIGI YANG ANDA PERLU TAHU (NO 4 MESTI ADA YANG PERNAH BUATKAN?)

Tags

1. (?)Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. (?)Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. (?)Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. (?)Mengilatkan kuku

5. (?)Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. (?)Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. (?)Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. (?)Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. (?)Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10.(?)Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. (?)Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. (?)Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. (?)menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. (?)Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. (?)Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. (?)Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.

RESEPI TAU FU FAH YANG LAZAT

Tags

Bahan–Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

[;]300g kacang soya
[;]2.5 liter air
[;]2 helai daun pandan
[;]2 sudu tepung jagung
[;]1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

Bahan-bahan untuk air gula –

[;]Secawan gula
[;]2 cawan air
[;]Sehelai daun pandan

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. [;]Rendam kacang soya 5 – 6 jam

2. [;]Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)

3. [;]Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)

4. [;]Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

5. [;]Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

6. [;]Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

7. [;]Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!

8. [;]Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

9. [;]Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula. Caranya, Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul). Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

10. [;]Hidangkan Tau fu fah bersama air gula.

PUNCA WANITA NAMPAK TUA SEBELUM USIA

Tags

++SUKA TIDUR DENGAN MEKAP

(**)Keterujaan kelihatan cantik disebalik pemakaian mekap tambahan pula kecantikan itu mendapat pujian ramai, ada yang sanggup tidak mencuci mekap dan membiarkan sampai tertidur

(**)Kesannya akan membuatkan wajah tampak kusam dan kering dengan mekap. Wajah kusam dan kering adalah faktor yang akan membuat wajah kelihatan tua

(**)Sehabis malas pun, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada membiarkan wajah cantik yang mendapat pujian itu dengan kotoran mekap

++KERAP SANGAT CUCI MUKA DALAM SEHARI

(**)Ramai yang beranggapan setiap kali ada masalah kulit pasti kena cuci muka, tambahan pula rasa geram timbul dengan melihat keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari

(**)Tahukah? kesan ini akan membuatkan lebih pengelupasan mampu merengsa kulit dan turut membuat liang menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap

++SUKA IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT

(**)Tahukah, dengan mengikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. Masalah rambut juga penyumbang wajah kelihatan tua

++TAHU MAKAN APA SAJA

(**)Kurangkan makan makanan yang bewarna terang atau berjiwa garang seperti buah tomato, daging lembu dan daging ayam

(**)Banyakkan makan makanan yang ada jiwa yang lembut seperti sayuran hijau dan daging ikan. Memakan makanan yang ada jiwa yang lembut akan meningkatkan lagi seri wajah

++SUKA MENGUMPAT, BUKA AIB ORANG DAN MARAH

(**)Ini adalah sikap yang negatif iaitu cepat marah, suka mengumpat, suka mengata, suka bercakap sesuatu yang sia – sia dan suka membazir. Seri pada wajah yang dikurniakanNya itu akan ditarik balik

RESEPI UNTUK BUAT PANCAKE MUDAH SIMPLE SENANG

Tags

Bahan-Bahan Yang perlu anda sediakan ialah:-

((#))2 Cawan tepung gandum
((#))4 Sudu Besar Mentega
((#))2 Sudu Besar Jus Lemon
((#))4 Sudu Besar Gula Kastor
((#))3 Sudu Teh Baking Powder
((#))2 Biji Telur
((#))1 Sudu Kecik Garam
((#))1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. ((#))Cairkan mentega.

2. ((#))Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.

3. ((#))Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.

4. ((#))Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.

5. ((#))Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. kacau hingga sebati.

6. ((#))Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.

7. ((#))Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.