Monday 29 February 2016

Punca-Punca Tangan Cepat Kasar Dan Berkedut

Tags

1. :!:Pencuci Ada Bahan Kimia

:!:Pilih pencuci daripada bahan alami yang lembut dan tidak memberi kesan sampingan. Pencuci yang mempunyai kandungan kimia tinggi menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Ia juga membuatkan tangan anda kasar.


2. :!:Kerap Cuci Tangan

:!:Jangan terlalu kerap mencuci tangan kerana ia boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit. Ia menyebabkan kulit mudah kering dan proses penuaan berlaku dengan pantas.


3. :!:Tak Urut

:!:Majoriti wanita melakukan urutan pada wajah dan tubuh. Namun tidak ramai yang memfokuskan kepada urutan tangan. Anggota tubuh ini sering digunakan untuk melakukan pelbagai kerja. Lantaran, kita mesti bersikap adil dengan tubuh. Wanita disarankan melakukan urutan tangan setiap hari. Pagi dan malam adalah waktu yang terbaik. Urutan ini dapat melancarkan perjalanan darah dan menghilangkan keletihan tangan.


4. :!:Malas Pakai Losen

:!:Alasan leceh dan cepat sering diberikan kaum Hawa. Mereka merasakan amalan memakai losen tangan tidak begitu penting. Sikap ini mesti dihentikan, jika mahukan tangan yang menawan. Anda mesti mengoles losen sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama mereka yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin.


5. :!:Tak Guna Krim Tabir Suria

:!:Tangan sering terdedah kepada cahaya terutama ketika memandu kenderaan. Gunakan krim tabir suria untuk melindungi kulit tangan daripada selaran matahari. Krim ini membantu kulit kekal cerah dan anjal.


6. :!:Kerap Merias Kuku

:!:Jangan terlalu kerap merias kuku kerana gel manikur mempunyai kesan yang sama seperti cahaya matahari. Ia menjadikan kulit menjadi kering, kusam dan kelihatan tua.


7. :!:Guna Hand Sanitizer

:!:Kebanyakan hand sanitizer ada kandungan alkohol yang tinggi. Sudah tentu ini menghakis kelembapan kulit dan menjadikan kulit kering dan penuaan berlaku dengan pantas. Kurangkan penggunaan hand sanitizer, sebaik-baiknya elakkan.

Resepi Cikedut Enak

Tags

Bahan-Bahannya ialah

(*)1 sudu teh serbuk agar-agar
(*)1000 ml air
(*)1/2 cawan gula halus
(*)1 cawan susu cair atau susu segar
(*)1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
(*)1 sudu teh esen vanilla
(*)pewarna makanan
(*)esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa

Cara Penyediaan ialah

(*)Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
(*)Kacau rata
(*)Masak atas dapur hingga mendidih
(*)Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa.Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
(*)Sediakan botol kaca secukupnya
(*)Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'.
(*)Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
(*)Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan.
(*)Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna.
(*)Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.
(*)Saya juga sediakan perasa Nescafe, moca, Milo dan vanilla.
(*)Untuk Nescafe atau Milo pula, bila agar-agar dan mendidih, ambil dalam 2 senduk tuang dalam cawan atau mangkuk.
(*)Kemudian letakan serbuk Nescafe atau Milo mengikut citarasa
(*)kacau rata.
(*)Kemudian tuangkan dalam adunan yang lain dan sebatikan.
(*)Barulah tuang dalam botol dan dinginkan.

Muka Lebih Berseri Dengan Telur

Tags

(&)Putih telur adalah sahabat baik kulit khususnya buat kaum Hawa. Putih telur mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu melambatkan penuaan, menegang, menghaluskan, melembap dan mencerahkan kulit.

(&)Selain itu, putih telur juga adalah cara terbaik yang selamat dan berkesan untuk membuang noda pada wajah tanpa mencederakan kulit serta meninggalkan parut.

(&)Caranya:

1. (&)Oles wajah dengan putih telur seminggu tiga kali.

2. (&)Biarkan masker ini kering antara 15 hingga 20 minit.

3. (&)Kemudian bilas dengan air limau nipis atau air suam.

4. (&)Bagi membuang noda pada wajah terutama di bahagian hidung, celup kapas muka di dalam mangkuk berisi putih telur.

5. (&)Kemudian lekapkan kapas tersebut pada bahagian bermasalah.

6. (&)Biarkan sehingga kapas kering, kemudian cabut perlahan-lahan.

(&)Segala kotoran dan noda akan tertanggal dan melekat pada kapas. Anda boleh melihatnya sendiri. Selamat mencuba!

Resepi Bebola Roti Goreng Yang Menyelerakan

Tags

Bahan-Bahannya

(*)14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
(*)2 biji telur (saiz besar)
(*)3 batang cili merah ~ dihiris
(*)1 biji bawang besar ~ didadu halus2
(*)sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
(*)2 sudu teh serbuk lada putih
(*)garam secukup rasa
(*)perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
(*)minyak utk menggoreng

Cara-caranya

(*)Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
(*)Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
(*)Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
(*)Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
(*)Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Petua Untuk Masalah Kulit Kering


anda boleh cuba beberapa petua ini.


1. (^)Sayur kubis
(^)Khasiat yang terkandung di dalam kubis dapat mengatasi kulit kering dengan berkesan. Hancurkan kubis kemudian jadikan masker. Sapu pada bahagian wajah dan tubuh yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih. Lakukan secara konsisten sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


2. (^)Minyak zaitun
(^)Kulit wajah dan tubuh yang kering dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun yang mempunyai vitamin E secara konsisten. Amalkan tip ini setiap hari, pasti anda dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.


3. (^)Masker avokado
(^)Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Gaul bahan ini sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit akan menjadi halus dan tidak lagi kering.


4. (^)Madu lebah asli
(^)Ini paling senang, sapu wajah dengan madu setiap malam sebelum tidur dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau air putih. Hasilnya kulit menjadi lembap, halus dan kemerahan. Wajah kusam tampak berseri.


Bahan yang sesuai untuk kulit kering:

1. (^)Gel Pencuci
(^)Jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Pilih gel pencuci kerana ini berasas air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekali gus mengelakkan menggelupas.

2. (^)Pelembap jenis krim
(^)Gunakan pelembap berbentuk krim bukannya losen untuk mengatasi masalah kulit kering. Krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Kulit akan dapat khasiat yang terkandung di dalam produk itu.

3. (^)Suhu air
(^)Adakah anda tahu suhu air panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Gunakan suhu air yang sederhana untuk mandi atau mencuci wajah. Ini akan membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit.

Resepi Apam Pisang Gebu

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:

[+]2 cawan tepung gandum
[+]8 biji pisang emas (sederhana besar)
[+]3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) ,
[+]4 biji telur
[+]1 sudu teh baking powder
[+]1 sudu teh baking soda
[+]1 cawan gula
[+]secubit garam

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

1. [+]Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. [+]Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. [+]Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. [+]Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Kulit Kering Buat Wanita Nampak Tua, Cegahlah Segera

Tags

#Tanda orang kulit kering ialah anda akan rasa 'ketat' selepas mencuci muka. Mudah merengsa dan mungkin rasa gatal. Terdapat kecenderungan terjadinya garis halus kering, terutama di keliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat. Ok, semak dulu apa anda perlu tahu tentang kulit...

#Ciri-ciri kulit kering

(_) Selepas muka dicuci dengan pencuci muka atau sabun pembersih dan air, kulit terasa 'ketat', seolah-olah ia terlalu kecil untuk muka anda.
(_) Kulit berasa agak selesa selepas mencuci muka dengan pembersih krim.
(_) Tompok berkelupas mula muncul pada waktu tengah hari.
(_) Anda hampir tidak mengalami masalah jerawat.
(_) Kulit akan kepedihan selepas menggunakan toner muka.
(_) Kulit berasa sangat selesa selepas menggunakan krim malam.

#inilah sebabnya kulit makin kering, Kak!

(_) Penggunaan alat solek yang salah.
(_) Mencuci muka dengan cara salah.
(_) Keadaan kelenjar tiroid anda.
(_) Penuaan kulit.
(_) Keadaan genetik.

#wanita lepas ni anda perlu ambil tahu cara penjagaan kulit yang betul bagi kulit kering adalah satu langkah penting dalam memperbaiki keadaan kulit.

Resepi Talam Pisang Lazat

Tags

Bahan-bahan yang anda perlu sediakan ialah

Bahagian bawah

(_) 3 1/2 cawan santan
(_) 1 1/4 cawan tepung beras
(_) 1/2 cawan tepung gandum
(_) 1/2 cawan gula pasir
(_) 1 cawan pisang lenyek
(_) sedikit garam
(_) sedikit pewarna kuning

Cara-cara untuk membuatnya ialah

(_)Panaskan kukusan. Sediakan loyang 9". Alaskan dengan plastik dan sapu minyak.
(_)Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau hingga tepung larut. Tapiskan ke dalam periuk.
(_)Tambahkan pisang. Masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
(_)Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus 15 minit atau sehingga masak.
(_)Sementara tunggu lapisan bawah, kita siapkan lapisan atas pulak...

Bahan-bahan yang anda perlu sediakan ialah

Bahagian atas
(_) 3 cawan santan
(_) 3/4 cawan tepung gandum
(_) 1/4 cawan tepung jagung
(_) 1/4 cawan gula pasir
(_) sedikit garam

Cara-cara untuk membuatnya ialah

(_)Satukan semua bahan. Kacau hingga tepung larut.
(_)Tapiskan ke dalam periuk.
(_)Masak sehingga naik wap.
(_)Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah.
(_)Kukus 20 minit atau sehingga masak.
(_)Selepas masak, buka tudung kukusan dan kukus lagi 10 minit. Ini untuk menyejatkan lapisan air di atas permukaan kuih talam.
(_)Biarkan sejuk sebelum dipotong dgn pisau plastik.

Guna Garam Lagi Bagus 2x Ganda Dari Guna Produk Yang Mahal

Tags

(!)Macam-macam produk dah cuba tapi kulit tetap dipenuhi jerawat. Wanita, tahukah anda jika membasuh wajah dengan air garam boleh normalkan pertumbuhan sebum, yang menyebabkan munculnya jerawat? Air garam yang mengandungi anti bakteria dan alkali secara luar biasa boleh bebaskan kulit wajah dari serangan jerawat. Tapi garam yang digunakan bukan garam dapur (table salt), ya. Garam yang digunakan adalah garam laut (sea salt).

(!)Ok jom tengok bahan apa yang diperlukan.

(!)Bahan-bahannya:

(!)100 gram garam laut
(!)250 air

(!)Cara membuatnya:

(!)Didihkan air
(!)Masukkan garam laut, adun rata hingga larut
(!)Biarkan hingga suhu air sejuk.

1. (!)Sebelum membasuh wajah dengan air garam, bersihkan dulu wajah dengan pembersih yang biasa anda pakai. Biarkan pembersih meresap selama 30 saat. Kemudian basuh wajah dengan air sejuk untuk menghilangkan sabun di wajah.


2. (!)Masukkan tangan ke dalam air garam yang sudah dibuat. Sapu ke wajah. Biarkan 10 saat, kemudian sapukan air garam ini lagi ke wajah hingga air habis. Bilas dengan air, keringkan wajah dengan tuala bersih. Air garam ini boleh buat kulit kering, atasi dengan menggunakan pelembab yang tak mengandungi minyak (oil-free moisturizer) setelah kulit dikeringkan.


3. (!)Bagi anda yang mempunyai kulit terlalu kering atau kusam, anda tidak digalakkan guna cara ini. Jenis kulit tertentu boleh mengalami iritasi setelah membasuh wajah dengan air garam. Petua ini lebih sesuai untuk anda yang kulit berminyak.

Resepi Bayam Celup Tepung Yang Sedap

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah

(*)20 hingga 30 helai daun bayam
(*)2 cawan tepung beras
(*)3/4 cawan tepung jagung
(*)2 sudu makan jintan manis
(*)2 susu makan air kapur
(*)1 biji telur
(*)1 sudu the garam
(*)1/4 sudu the serbuk kunyit
(*)3 cawan air
(*)2 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara-cara untuk membuatnya ialah

1. (*)Campurkan tepung beras, tepung jagung, jintan manis, kunyit dan garam. Gaul hingga sebati.
2. (*)Masukkan air, air kapur, dan telur. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3. (*)Panaskan minyak di dalam kuali.
4. (*)Celupkan daun bayam satu persatu dan masukkan dalam minyak panas. Pastikan setiap daun terasing dan tidak terlekat sesame sendiri.
5. (*)Goreng sehingga kekuningan dengan api sederhana (lebih kurang 1 – 2 minit).

Khasiat Halia Yang Anda Harus Tahu

Tags

1. (*)Merahkan bibir

(*)Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Oles halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Jangan gosok kuat bimbang kulit bibir yang lembut ini cedera. Amalkan petua ini sekali sehari, sangat membantu membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan secara semula jadi.

2. (*)Buang angin & toksin

(*)Rendam hirisan halia bersama uncang teh dan air panas. Masukkan sedikit gula perang untuk rasa yang lebih enak. Tutup minuman selama dua minit, kemudian nikmatinya setiap hari. Kombinasi ramuan ini sangat baik untuk membuang angin dan menjadikan tubuh segar serta jadi ringan.


3. (*)Langsingkan badan

(*)Halia juga boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara alami. Hiris halia halus, campurkan dengan air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong. Ini membantu proses pencernaan. Halia juga digunakan sebagai ramuan utama menghasilkan krim pelangsingan. Krim atau pati halia dapat mengatasi selulit, rekahan dan kempiskan perut serta mengecilkan bahagian bermasalah seperti paha.


4. (*)Hilangkan bau badan

(*)Ramai wanita yang mengalami masalah bau badan. Walaupun sudah menggunakan deodoran tapi badan tetap berbau hamis. Amalkan minuman air halia bersama teh. Atau kunyah halia yang ditumbuk hancur. Jika tak mampu makan atau minum halia mentah, gunakan halia sebagai ramuan dalam masakan.


5. (*)Naikkan seri wajah

(*)Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas. Minum setiap pagi. Kombinasi ramuan ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Cara ini juga menaikkan seri wajah.


6. (*)Bersihkan kulit

(*)Halia juga boleh digunakan untuk melulur tubuh. Sangat membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat. Jadikan lulur.


7. (*)Redakan tekanan

(*)Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Manfaatkan halia dalam bentuk yang anda suka. Ini kerana halia dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman tubuh. Kalau dapat relaks, wajah dan tubuh akan tampak segar.

Resepi Aiskrim Sumi Yang Digilai Ramai

Tags

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

['']1 tin susu pekat
['']1 tin susu cair
['']4 tin air kosong
['']secubit garam
['']2 bungkus sumi

cara-cara untuk membuatnya ialah:-

['']Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
['']Masak air sampai garam hancur
['']Masukkan baki 3 air tin
['']Kacau rata
['']Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut

Bahaya Keringkan Pakaian Di Dalam Rumah Jom Baca 5 Sebab Ini

Tags

(_)Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...


1. (_)Boleh Jadi Kanser

(_)Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.


2. (_)Pengaruh Alergi

(_)Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.


3. (_)Beracun

(_)Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.


4. (_)Asma

(_)Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.


5. (_)Lemahkan sistem ketahanan tubuh

(_)Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

(_)Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Resepi Mee Kung fu Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan Mee –

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan Kuah –

"""3 ulas bawang putih diketuk
"""100gm isi ayam dipotong kecil
"""5 ekor udang dibuang kulit
"""2 ekor sotong dipotong bulat
"""1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
"""2 cawan air
"""2 sudu makan sos tiram
"""3 batang baby corn dipotong memanjang
"""3 tangkai cili padi diketuk
"""carrot dipotong panjang & halus
"""hirisan brokoli
"""hirisan kobis bunga
"""garam & gula secukup rasa
"""serbuk lada sulah
"""sedikit bahan perasa
"""minyak untuk menumis

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:

1. """Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.

2. """Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

3. """Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.

4. """Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. """Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. """Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

Ikuti Teknik Ini Untuk Kecilkan Lengan Yang Gelebeh

Tags

1. [!~!]Angkat berat

[::]Jadikan gim sebagai rumah kedua anda demi mendapatkan tubuh yang diinginkan. Kalau anda nak sangat sepasang lengan yang cantik maka amalkan latihan angkat berat ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Mulakan dengan beban yang mampu diangkat tetapi dapatkan bantuan daripada jurulatih bertauliah. Jika tidak ada kelapangan masa untuk pergi ke gim, beli dumbbell di kedai yang menjual peralatan senaman dan praktik di rumah.

2. [!~!]Makanan kena pandai pilih

[::]Kena bijak gabungkan kumpulan makanan bagi mendapatkan bentuk tubuh menawan dan lengan yang cantik. Utamakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Dengan mengambil makanan daripada kumpulan tersebut, hasilnya cukup baik dan cepat berbanding diet dengan cara berlapar.

3. [!~!]Minum air yang cukup

[::]Ramai sedia maklum bahawa air cukup penting bagi membuang sisa toksik di dalam badan. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan termasuklah di bahagian lengan.

4. [!~!]Ringankan tubuh bersenam

[::]Aerobik adalah medium yang paling berkesan untuk menggerakkan keseluruhan badan. Gerak senam ‘windmill’ atau kincir angin pula dikatakan berupaya memberikan bentuk lengan yang kurus. Caranya mudah, dengan mengangkat kedua belah tangan. Tangan kanan dikehendaki mencapai kaki kiri dan bangun semula untuk mengulang perbuatan yang sama di tangan serta kaki berbeza. Atau lebih mudah buat seakan menumbuk sesuatu bagi mendapatkan sepasang lengan yang pejal.

5. [!~!]Tekan tubi

[::]Lengan kurus dapat dibentuk dengan senaman tekan tubi. Pergerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Cita-cita anda untuk mendapatkan sepasang lengan cantik mungkin tercapai apabila dilakukan secara konsisten.

Resepi Mee Rebus Singapura Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan untuk di Kisar/Rempah –

[=]3 batang serai
[=]1 inci lengkuas
[=]4 biji bawang besar
[=]5 ulas bawang putih
[=]2 inci halia
[=]1-2 sudu besar cili kisar
[=]1 tbs serbuk jintan halus
[=]1 tbs serbuk jintan kasar
[=]1 tbs serbuk ketumbar
[=]1 tbs serbuk kunyit
[=]1 mangkuk kecil udang udang kering dikisar
[=]5 tbs taucu – blend
[=]1 mangkuk kecil kacang tanah – goreng dan dikisar halus
[=]1 biji keledek – rebus dikisar
[=]Garam dan gula
[=]2 tbs tepung beras
[=]Daging – rebus

Bahan-bahan untuk Sampingan –

[=]Taugeh
[=]Telur rebus
[=]Daun bawang dan daun sup
[=]Bawang goreng
[=]Lada Hijau/Merah
[=]Tauhu – goreng
[=]1 kilo mee kuning – celur dan toskan
[=]dan potong dadu
[=]Limau
[=]Isi daging rebus

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. [=]Campur kesemua bahan-bahan rempah (jintan halus, jintan kasar, ketumbar, cili serbuk , kunyit) bersama air.

2. [=]Tumis bahan dikisar (serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, halia) sehingga naik bau.

3. [=]Masukkan rempah dalam periuk dan goreng sehingga pecah minyak.

4. [=]Masukkan pula bahan kisar seperti udang geragau, kacang, keledek dan tauchu. Kacau hingga sebati selama 5 minit.

5. [=]Masukkan garam dan gula. Masukkan air ke paras yang diingini (Boleh guna air rebusan daging dan kulit udang)

6. [=]Bila kuah dan mendidih, masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah. Kuah hendaklah pekat dan agak manis sikit.

7. [=]Hidangkan mee dengan kuah dan juga bahan-bahan sampingan lain.

Cara Untuk Memujuk Anak Anda Ke Sekolah

Tags

Tak boleh nak manjakan sangat, ibu ayah kena usahakan anak minat masuk sekolah. Apa kata anda pujuk anak dengan beberapa langkah ini...

1. (>)Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya.

2. (>)Ibu ayah kena cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi anda banyak mempengaruhi emosi anak.

3. (>)Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. (>)Tolonglah jangan ambil lambat setiap kali anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. (>)ini memang kena buat kalau awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Jangan beli mainan pulak! Hantar anak ke tadika secara konsisten, elak daripada ponteng.

6. (>)Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

7. (>)Banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. LEbih bagus amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.

8. (>)Ada anak yang tak suka pakaian sekolahnya sebab warna atau kain. Mungkin juga tengok pakaian yang sama dipakai anak lain. Haa... masa ini anda kena lebih pujuk dan selalu puji. Biar dia rasa dirinya sangat CANTIK!

(>)Kalau anak terus meragam, bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ini boleh meredakan banyak masalah emosi anak.

Resepi tiramisu Mocha Enak

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

<?>250g cream cheese
<?>250g whipped cream
<?>150g gula
<?>coffee layer cake (boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
<?>1/2 paket nescafe or mocha 3 in 1 (untuk hiasan atas kek)

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. <?>Potong & susun coffee layer cake dalam loyang (1st layer).

2. <?>Pukul cream cheese, whipped cream & gula dengan hand mixer sehingga berkrim.

3. <?>Tuang campuran tadi diatas lapisan cake yang pertama.

4. <?>Susun selapis lagi coffee layer cake diatas campuran tadi (2nd layer)

5. <?>Tuang campuran lagi di atas lapisan cake yang kedua. Ulang sehingga habis.

6. <?>Taburkan 1/4 atau 1/2 paket nescafe 3in1 di atas kek.

7. <?>Simpan dalam peti sejuk sehingga semalaman. Hidangkan.

5 Nikmat Luar Biasa Wanita Hamil Akan Lalui Dan Doa Di Kurniakan Anak Soleh


(+)Cuba lihat 5 nikmat Allah bagi yang orang lain belum tentu dapat merasa.

1. (+)Apabila seseorang wanita itu hamil maka para malaikat akan beristighfar untuknya.

2. (+)Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapus darinya seribu kejahatan.

3. (+)Dua rakaat solat wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil kerana janin yang berada di dalam perutnya turut solat, mendengar bacaan-bacaan solat serta sujud bersama ibunya.

4. (+)Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah SWT akan mencatat baginya pahala seperti orang yang berjihad ke jalan Allah SWT.

5. (+)Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.


Doa Dikurniakan Anak Soleh

(+)“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh.” –Surah as-Safaat : 100

Resepi Tepung Bungkus Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

(-)240 gm tepung beras
(-)4 sudu makan tepung pulut
(-)½ biji kelapa parut putih
(-)1 ketul gula melaka
(-)500 ml santan
(-)Daun pisang secukupnya

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:

1. (-)Untuk membuat intinya, masukkan kelapa parut ke dalam periuk bersama gula Melaka. Kacau dan masak di atas api perlahan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.

2. (-)Masukkan tepung beras ke dalam periuk yang lain. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.

3. (-)Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan dua biji inti. Tutup dengan dua sudu lagi tepung.

4. (-)Lipat daun pisang dengan kemas. Kukus sehingga masak.

Sunday 28 February 2016

3 Tips Untuk Elak Anak Kencing Malam

Tags

1. Guna kaedah Hipnosis

{•••}Kanak-kanak perlu diberikan galakan secara penggunaan hypnotic language seperti kata-kata “Hypnotic Benediction” dan bukan “Hypnotic Malediction”.

{•••}Hypnotic Benediction adalah  kata-kata hipnosis penghargaan dan pembinaan keyakinan diri (Hypnotic Appreciation and Self Development) manakala Hypnotic Malediction adalah kata- kata sumpahan dan memalukan kanak kanak tersebut seperti: “Tak malu, tak pandai-pandai, bodoh, pemalas, menyusahkan dan lain-lain.

Perkenalkan 3 Kaedah

1. Lebih mudah cara natural:

{•••}Kanak-kanak akan berhenti kencing malam secara semula jadi dan keadaan ini akan berkurangan “overtime”. Ini akan mengambil masa selama enam bulan hingga satu tahun. Secara amnya ibu bapa perlu memahami kenapa kanak-kanak ini kencing malam. Mereka perlu membantunya untuk mengatasi tabiat tidak sedar ini. Ibu bapa juga perlu bercakap kepada kanak-kanak secara dewasa melalui pendekatan yang bijaksana (soft approach).

2. Atau cara traditional:
{•••} Kanak-kanak dilarang meminum air selepas pukul 6.00 petang
{•••} Tidak boleh memakan makanan yang masin atau yang memerlukan air untuk diminum selepas makan.
{•••} Mesti kencing sebelum tidur.
{•••} Kejutkan pada tengah malam setiap dua atau tiga jam untuk ke tandas.

3. Cara akhir, hipnosis:

Hipnoterapi akan berbual dengan kanak-kanak secara:

{•••} Hypnotic Conversation iaitu berbual tanpa sedar.
{•••} Cuba memahami dan mendalami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dari segi gangguan dan ketakutan serta sebab-sebab kanak-kanak itu tidak boleh mengawal sistem kencingnya.
{•••} Meletakkan kanak-kanak itu di dalam keadaan “Progressive Relaxation” untuk membuang stres yang sedia ada disebabkan ibu bapa, pemindahan, pergaulan dengan persekitaran dan lain lain.
{•••} Melakukan process imaginary “walk through” untuk proses kencing pada malam hari.
{•••} Bersambung dengan perbualan hipnotik dan memberitahu kanak-kanak tersebut bahawa dia adalah seorang dewasa dan bukan kanak-kanak lagi, sebab orang dewasa tak kencing semasa tidur.
{•••} Kanak-kanak akan diberi suggestive statement yang dalam terkandung kata-kata seperti:
{•••}- Kawal keadaan diri dia dan tabiat kencing di tempat tidurnya.
{•••}- Buang perasaan takut disebabkan gelap terhadap kanak-kanak tersebut agar dia boleh bangun untuk ke tandas.

Resepi Puding Roti Arab Gebu

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(0_0)4 keping roti
(0_0)4 sudu besar gula pasir
(0_0)2 biji telur
(0_0)2 sudu besar butter
(0_0)1 tin susu cair ideal – 375ml @ susu segar
(0_0)1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Kering –

(0_0)1/2 cawan cornflakes
(0_0)kismis, badam, gajus
(0_0)2 biji aprikot (dihiris)
(0_0)2 biji kurma (dihiris)
(0_0)2 biji buah tin (dihiris)

* Ikut selera nak letak bahan kesukaan anda

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (0_0)Sapukan roti dengan butter, sebelah bahagian roti sahaja.

2. (0_0)Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan. Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.

3. (0_0)Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.

4. (0_0)Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. Setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.

5. (0_0)Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap.

6. (0_0)Masukkan adunan ke dalam pengukus. Kukus menggunakan api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.

7. Bila dah masak, boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).

3 Petua Rahsia Semula Jadi Untuk Atasi Uban Di Usia Muda


1. (@@)Minyak kelapa & daun kari

(O_O)Campuran minyak kelapa dengan kari bukan hanya memperkuat rambut, namun juga dapat mengurangkan kelemumur dan rambut sihat sehingga merangsang pertumbuhan rambut hitam menggantikan uban. Sapukan 15-20 minit pada rambut secara konsisten selama 90 hari.



2. (@@)Minyak bijan & lobak merah

(O_O)Mesin lobak merah dan campurkan dengan minyak bijan, kemudian jemur selama 21 hari. Sapukan campuran ini pada kulit kepala selama 15-30 minit setiap hari. Amalkan 3 bulan untuk kesan yang cepat.



3. (@@)Bawang besar

(O_O)Mesinkan bawang besar kuning (bawang bombay) sampai halus dan sapu di kulit kepala. Ini salah satu cara tradisional untuk rawat masalah rambut dan sekali gus menghilangkan uban di kepala. Mungkin anda tidak tahan bau bawang yang kuat. Tetapi jika hasilnya cukup berkesan untuk masalah rambut rambut, langsung tidak kisah, bukan?


(@@)ada banyak produk rambut yang boleh rawat masalah uban, tetapi kenapa membazir jika anda boleh mencuba dengan petua tradisional ini.

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(**)Ketam
(**)1 Batang Serai
(**)Daun limau purut 10 keping
(**)Daun Ketumbar Segenggam
(**)Cili api – ikut selera
(**)Bawang Merah
(**)Bawang Putih
(**)Halia
(**)Asam Keping 1 (besar)
(**)Serbuk Kari 2 Sudu
(**)Cili Giling 3 Sudu
(**)Paste Cili Thai 2 Sudu
(**)Gula & Garam

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (**)Bersihkan ketam, potong dua, kemudian rebus dahulu. Air rebusan ketam jangan buang, sebab hendak digunakan sebagai kuah nanti.

2. (**)Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga naik bau.

3. (**)Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian masukkan paste cili thai.

4. (**)bila sudah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi. Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.

5. (**)Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. Bila mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu. Hidangkan.

Tips Rambut Lebih Sihat Walaupun Kamu Bertudung

Tags

1. (*)Lebihkan Makan Ikan & Kekacang

(**)Kandungan protein dalam ikan dan kekacang dikatakan dapat membuat kulit kepala sihat. Ia juga membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Protein membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Rambut akan beransur sihat dan menawan.


2. (*)Jangan Basuh Dengan Air Panas

(**)Elakkan mencuci rambut dengan air panas, ia menyebabkan rambut hilang kelembapan. Minyak semula jadi pada rambut yang bertindak sebagai perapi akan hilang apabila terkena air panas. Akibatnya rambut menjadi kering dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunakan air sejuk, ia memberi kesegaran pada rambut dan kulit kepala.


3. (*)Urut Kulit Kepala

(**)Ketika mandi, biasakan mengurut kulit kepala. Urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah. Kulit kepala sihat dan rambut juga semakin menawan.


4. (*)Elakkan Pengering Rambut

(**)Sebaik-baiknya elakkan penggunaan pengering rambut kerana dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala. Lap secara lembut kerana rambut sangat lemah ketika basah. Biarkan rambut kering secara semula jadi.


5. (*)Gunakan Sikat Yang Sesuai

(**)Pilih sikat yang sesuai, tidak mengapa jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sikat mahal. Penggunaan sikat yang betul membantu melindungi rambut daripada rosak. Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala. Gunakan sikat dengan bahagian hujung berbentuk bulat. Jika kurang pastikan dapatkan pandangan pakar rambut.


6. (*)Usah Ikat Rambut Terlalu Ketat

(**)Ramai yang mempunyai tabiat buruk ini. Mereka mengikat rambut terlalu ketat dengan alasan mahu kelihatan kemas. Mereka tidak sedar perbuatan ini menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut. Elakkan juga mengikat rambut dalam masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan kadar keguguran. Lepaskan rambut agar ia dapat bernafas dan bebas.

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Rangup

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

^^^1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
^^^5 ulas bawang putih**
^^^2 biji bawang besar**
^^^1 inci halia**
^^^5 batang serai**
^^^1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering

^^^1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
^^^1 sudu besar serbuk cili
^^^1 sudu teh serbuk kunyit
^^^3 sudu besar tepung jagung
^^^1 biji telur
^^^1 tangkai daun kari
^^^Minyak untuk menggoreng.
^^^Garam secukup rasa

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. ^^^Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. ^^^Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. ^^^Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

Keputihan Anda Melampau?! Anda Harus Baca Ni

Tags

keputihan terjadi kerana proses perubahan hormon kehamilan seperti estrogen. Tapi masalah ini tak boleh dipandang remeh sebab keputihan yang terlalu banyak boleh mengganggu kehamilan.

Keputihan normal

{•••}Warna putih bening, cair, tidak berbau hanyir atau busuk dan tidak menimbulkan kegatalan.

Keputihan abnormal

{•••}Warna kehijauan atau kekuningan, berbau hanyir atau busuk dan menimbulkan kegatalan di kulit.

Penyebab keputihan:

1. {•••}Perubahan hormon

Perubahan hormon memberi kesan kepada keseimbangan hormon estrogen dan progesteron sehingga keputihan terjadi.

2. {•••}Terlalu penat

Aktiviti berlebihan yang dilakukan wanita hamil akan mencetuskan keletihan dan kekurangan elektrolit tubuh, sedangkan janin masih memerlukan elektrolit tubuh yang disalurkan melalui plasenta. Ketidakseimbangan elektrolit antara janin dan tubuh ibu akan menyebabkan timbulnya reaksi hormon berupa keputihan.

3. {•••}Pengambilan makanan

Jangan tak tahu, makanan yang berasal daripada proses penapaian seperti keju dan tempe yang diambil semasa hamil juga akan mempengaruhi keseimbangan hormon sehingga munculnya keputihan.

4. {•••}Perubahan pH

Perubahan darjah keasidan dalam faraj dan rahim peranakan disebabkan oleh aktiviti hormon pertumbuhan dan perkembangan janin turut menyebabkan keputihan.

5. {•••}Tekanan dan kemurungan

Stres dan kemurungan terjadi semasa hamil akan mencetuskan pengeluaran hormon yang boleh merosakkan komposisi keseimbangan hormon.

Cara atasi masalah keputihan

{•••} Tak perlu risau masalah ini akan hilang setelah proses bersalin  berlaku.

{•••} Jaga kebersihan badan dan pakaian. Dapatkan rawatan seberapa segera untuk melihat kondisi
kehamilan anda.

{•••} Jika dibiarkan masalah keputihan abnormal, bimbang akan menjalar ke dalam rahim dan mengancam keselamatan janin dalam kandungan.

{•••} Elak pemakaian panty liner terlalu kerap.

{•••} Kalau boleh jangan guna cairan pembersih terlalu kerap.

{•••} Gunakan seluar dalam yang boleh menyerap peluh

{•••} Cuba elakkan sabun yang terlalu banyak kandungan wangiannya

Resepi Ayam Goreng Popcorn Rangup Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(~~)500 gm dada ayam | dipotong dadu
(~~)2 ulas bawang putih| dikisar
(~~)½ sudu teh garam
(~~)¼ sudu the serbuk lada hitam
(~~)½ cawan tepung
(~~)2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar
(~~)¼ sudu teh paprika
(~~)¼ sudu teh serbuk lada sulah
(~~)¼ cawan mentega
(~~)2 biji telur | dipukul
(~~)3 cawan minyak masak

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (~~)Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

2. (~~)Di dalam mangkuk berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.

3. (~~)Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.

4. (~~)Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.

5. (~~)Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

6. (~~)Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

7. (~~)Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

6 Punca Rambut Rosak Rosak Yang Sering Anda Lakukan

Tags

1. (!!)Tak tahu jenis rambut

(*)Mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut. Sama ada perlukan lebih minyak, kelembapan dan sebagainya.


2. (!!)Tidak minum banyak air

(*)Minum air suam bagus untuk suburkan rambut. Lagi bagus, akan melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian rambut.


3. (!!)Guna produk salah

(*)Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki. Ramai yang terperangkap dengan iklan produk yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal bersinar tanpa menghiraukan sama ada produk tersebut sesuai atau tidak.


4. (!!)Cara sikat kasar

(*)Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat menggunakan sikat bergigi jarang terutama bagi rambut yang kerinting.


5. (!!)Terlalu banyak produk

(*)Bagi yang obses dengan penjagaan rambut, mereka akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut.


6. (!!)Sambil lewa

(*)Ada juga yang tidak hiraukan langsung penjagaan rambut. Sikap sambil lewa seperti menggunakan  apa sahaja syampu yang ada di depan mata dan tidak mengeringkan rambut adalah sikap yang tidak baik. Ini adalah penyumbang rambut yang mudah rosak.

Resepi Pai Ayam Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(**)500 gm puff pastry
(**)400 gm dada ayam |dipotong kiub
(**)30 gm mentega
(**)1 biji bawang besar kuning
(**)2 ulas bawang putih |dicincang halus
(**)200 ml air rebusan ayam
(**)1 sudu teh tepung jagung
(**)2 sudu makan krim masakan
(**)Garam dan lada sulah secukup rasa
(**)2 biji kuning telur | sebagai bahan sapuan

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (**)Panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland.

2. (**)Goreng hingga wangi, masukkan dada ayam dan air rebusan ayam.

3. (**)Masak hingga ayam empuk, masukkan krim masakan dan tepung jagung yang dilarut dengan sedikit air.

4. (**)Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan inti sebelum digunakan.

5. (**)Canai puff pastry dan terapkan dengan penerap bulat. Masukkan ke dalam acuan pai.

6. (**)Masukkan inti di tengah , sapu kuning telur di tepi permukaan dan letakkan satu keping ‘puff pastry’ yang diterap bulat. Tekan dengan garpu ditepi permukaannya.

7. (**)Cucuk lubang ditengah supaya apabila bakar permukaan atas tidak tertanggal. Sapu dengan sedikit kuning telur.

8. (**)Bakar selama15- 20 minit pada suhu 200’c. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday 27 February 2016

Resepi Kuih Lapis Pelangi Lembut

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)210gm tepung gandum
(*)170gm tepung beras
(*)70gm tepung ubi
(*)1200ml santan sederhana pekat
(*)800ml santan cair
(*)320gm gula pasir
(*)1/4 sudu teh garam
(*)2 helai daun pandan di simpul
(*)Pewarna

(*)Loyang 10 x 10 – di gris

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (*)Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul.

2. (*)Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata.

3. (*)Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu). Bahagi kepada 5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan.

4. (*)Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak. Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak.

6. (*)Ulangi langkah 4, berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis.

7. (*)Untuk lapisan terakhir tuang 250ml adunan hijau, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.

8. (*)Angkat dan biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pemotong kuih plastik. Hidangkan.

Bahaya Ambil Jamu Pada Ibu Menyusu (PERLU AMBIL TAHU!!!)

Tags

1. (@_@)Ibu sering diingatkan agar mengelakkan pengambilan jamu semasa menyusukan bayi di dalam pantang. Benarkah jamu boleh menambahkan lagi peluang bayi mendapat demam kuning atau dikenali sebagai jaudis.


2. (@_@)Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.


3. (@_@)Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya berhadapan dengan masalah yang sama agak besar.


4. (@_@)Walaupun jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat tertentu yang melalui susu ibu dan berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusuinya.


5. (@_@)Untuk selamat, adalah lebih baik jika anda menysukan bayi, tidak mengambil jamu sembarangan terutamanya jamu yang tidak dilabel dan yang tidak diketahui kesahihan kandungannya.

Resepi Lempeng Kelapa Lazat

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(&&)3 cawan kelapa parut
(&&)2 cawan tepung gandum
(&&)1 sudu baking powder
(&&)2 cawan air
(&&)garam secukup rasa
(&&)sambal tumis

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. (&&)Satukan semua bahan kecuali sambal tumis.

2. (&&)Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.

3. (&&)Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.

4. (&&)Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.

5. (&&)Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.

6. (&&)Hidangkan bersama sambal tumis bilis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.

Anda Hamil Lagi? Jom Ikut 6 Langkah Mudah Ini Untuk Jaga Emosi

Tags

(!!!)Bukan mudah melupakan kenangan pahit terutama yang melibatkan keguguran cahaya mata yang selama ini dinantikan. Sedikit sebanyak akan membuatkan anda bimbang untuk hamil kali kedua.


(!!!)Perasaan takut, bimbang dan gundah tentang kehamilan baru setelah berlaku keguguran pasti terbit kepada wanita yang mengalaminya.


(!!!)Teruskan berdoa agar anda kekal kuat untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan. Tak payah nak kalut dan dengar mulut orang, paling senang anda ikut cara ini...


1. (!!!)Sibukkan diri anda dengan aktiviti seharian. Dengan cara itu anda akan kurang memikirkan tentang perkara yang tidak sepatutnya.


2. (!!!)Buat wanita yang pertama kali mengalaminya, pasti buntu memikirkan kenapa keguguran berlaku. Pertamanya anda perlu ingat itu adalah ketentuan tuhan dan terimalah dengan hati terbuka.


3. (!!!)Kumpul maklumat. Sama ada daripada doktor atau pembacaan sendiri. Dengan cara itu mungkin perkara sama boleh anda elakkan.


4. (!!!)Lakukan senaman ringkas. Ini membantu anda berfikir lebih jelas. Gunakan masa ini untuk belajar menyayangi bayi baru.


5. (!!!)Luahkan kebimbangan. Jangan rasakan anda seorang sahaja yang mengalaminya. Suami atau orang yang rapat dengan anda boleh saling menyokong.


6. (!!!)Dapatkan nasihat doktor secara kerap. Anda boleh mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan. Perasaan risau pasti akan berkurangan.

Resepi Laksa Utara Powerr

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

:":1 bungkus laksa beras
:":1 kg ikan kembung
:":1 sudu besar belacan
:":2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
:":1 ikat daun kesum
:":4 keping asam keping
:":gula dan garam, secukup rasa

Bahan-bahan untuk kisar halus:

:":10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
:":50g ikan bilis, rendam seketika
:":2 biji bawang besar
:":8 biji bawang merah
:":6 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk hiasan:

:":5 biji telur, direbus
:":2 biji bawang besar, hiris nipis
:":1 batang timun, hiris nipis
:":Limau nipis, di potong
:":1 ikat daun selom
:":cili padi, hiris nipis

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. :":Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. :":Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya.

3. :":Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.

4. :":Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.

5. :":Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

Suami Sila Buat 9 Perkara Ini Ketika Isteri Anda Sedang Berpantang

Tags

1. Bangun awal dari bini

[*_*]Tak biasa pun, kena cuba juga. Kalau payah bangun, beli jam! Haaa... suami kena bangun lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).


2. Sarapan mudah

[*_*]Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula… Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.


3. Takut pun, kena mandikan bayi

[*_*]Cubalah belajar untuk mandikan anak sendiri walaupun kepala masih lembut. Kalau tak begitu nak mahir mandikan bayi, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.


4. Cuba uruskan anak yang lain

[*_*]Kalau anak dah ramai, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah semua nak harapkan isteri yang baru lepas bersalin untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.


5. Sediakan air pun penting

[*_*]Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).


6. Ada di sisi bukan asyik melepak

[*_*]Mungkin bini jenis berdikari tapi cukuplah anda berada di sisinya untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.


7. Bersihkan mana yang patut

[*_*]Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, jemur dan angkat pakaian boleh dilakukan anda.


8. Motivasi tanpa bayaran

[*_*]Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan dia jadi lebih murung. Elok anda cuba maniskan wajah walau kadang tak mampu nak buat.


9. Ikhlaskan hati, jangan ungkit

[*_*]Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Isteri itu kan amanah untuk suami.

Resepi Tart Telur Yang Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Untuk Membuat Tart Shell –

'''200 gm mentega
'''80 gm gula aising
'''360 gm superfine flour jenama blue key
'''1 biji telur
'''1/2 sudu kecil esen vanila

Untuk Membuat Filling –

'''1 cawan susu cair
'''4 biji telur
'''1 cawan gula
'''1 cawan air
'''1 sudu besar tepung kastard
'''1/2 sudu kecil esen vanila
'''pewarna kuning

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. '''Untuk membuat filling – Campurkan semua bahan filling dan gaul hingga sebati. Ketepikan.

Untuk membuat tart shell –

2. '''Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur.

3. '''Masukkan pula tepung sampai jadi doh.

4. '''Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.

5. '''Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.

6. '''Keluarkan dan masukkan pula filling.

7. '''Bakar lagi selama 10 minit.

8. '''Siap untuk dihidang.

Petanda Untuk Menentukan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Tags

Ok, cuba tengok macam mana masyarakat dahulu menduga jantina bayi...


!!Mitos Tanda Hamil Bayi Lelaki

1. Posisi perut si ibu

[+=+]Kandungan terlihat berada di bahagian bawah perut dan perut memboyot ke hadapan serta kelihatan tajam.


2. Timbulnya jerawat di wajah

[+=+]Ia diakibatkan keluarnya hormon selama kehamilan. Sepanjang masa kehamilan ibu hamil sering berjerawat.


3. Warna urin terlihat lebih gelap

[+=+]Urin berwarna lebih kuning sering kali dikaitkan dengan petanda hamil anak lelaki. Namun begitu, warna urin gelap turut dipengaruhi oleh tingkat hidrasi ibu mengandung. Jika ibu kurang minum air, urin akan menjadi lebih gelap. Begitu pula sebaliknya.


4. Ukuran payudara

[+=+]Semakin hari membesar. Ibu dapat melihat ukuran payudara sebelah kanan lebih besar berbanding sebelah kiri.


5. Suhu tapak kaki lebih dingin/sejuk dari biasa

[+=+]Tubuh badan wanita hamil berubah lebih hangat/panas ketika hamil. Tetapi suhu tapak kaki menjadi lebih dingin jika mengandung anak lelaki.


6. Kira denyutan  nadi per minit

[+=+]Jika denyutan jantung anda kurang 140 berdegup per minit, maka kemungkinan bayi lelaki.


7. Periksa telapak tangan

[+=+]Jika sering kering atau mengalami pecah-pecah


8. Mengidam masin

[+=+]Ibu hamil mengidam makanan rasa masin seperti keju dan daging.


9. Posisi tidur

[+=+]Tanpa disedari ibu hamil lebih cenderung menghadap ke kiri.


10. Sakit kepala

[+=+]Ibu hamil lebih mudah diserang sakit kepala.


11. Seri wajah

[+=+]Lebih berseri-seri ketika hamil.


!!Mitos Tanda Hamil Bayi Perempuan

Bagi orang dulu-dulu yang dikatakan mengandung anak perempuan, mereka akan berhadapan dengan situasi yang dinyatakan di bawah:

1. Mood ibu

[+=+]Bakal ibu lebih mudah beremosi.

2. Rambut

[+=+]Rambut ibu hamil semakin menipis dan berwarna agak keperangan serta tidak bermaya semasa hamil.

3. Bentuk perut

[+=+]Perut ibu hamil bulat dan tinggi.

4. Mengidam

[+=+]Ibu hamil mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

5. Bentuk payudara

[+=+]Payudara sebelah kiri terlihat lebih besar sebelah kiri.

6. Morning sickness

[+=+]Ibu hamil mengandung anak perempuan akan mengalami mabuk hamil pada awal kehamilan.


[+=+]Ini gambaran orang dahulu menentukan jantina kehamilan. Tapi dengan adanya teknologi pemeriksaan USG ibu hamil boleh melakukan pemeriksaan pada usia kandungan 5 ke 7 minggu untuk menentukan tahap kesihatan bayi.


[+=+]Ya, penentuan jantina bayi akan dilakukan pada usia kandungan antara 18 ke 22 minggu iaitu pembentukan alat kelamin bayi sudah matang. Macam mana Mama, boleh tak agak bayi yang dikandung sekarang?

Resepi Tart Kentang Bersama Mozzarella Cheese Sedap

Tags

Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(^^)5 biji kentang – dikupas, basuh bersih dan diparut halus
(^^)1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
(^^)1/2 biji bawang besar juga diparut
(^^)Sedikit potongan daun bawang
(^^)2 batang crab stick/hot dog dipotong kecil
(^^)1/4 cawan susu segar
(^^)3 biji telur
(^^)1 packet mozzarella cheese
(^^)garam dan serbuk lada putih secukup rasa
(^^)2 sudu besar tepung jagung
(^^)Serbuk Lada Hitam

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (^^)Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.

2. (^^)Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati.

3. (^^)Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.

4. (^^)Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.

5. (^^)Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Tips Cepat Kurus Dengan Amalkan Minum Jus Timun

Tags

Bahan-bahan yang anda kena sediakan:

(#)Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
(#)Air (100ml) = 1 cawan
(#)Gula anggaran dua sudu


Cara-cara untuk sediakan:

(#)Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus.
(#)Tak perlu tapis, bila siap boleh terus minum.

(#)1 biji timun untuk 2 kali minum (Pagi dan malam)


Apa yang bagusnya petua ini?

1. (#)Timun adalah detox semula jadi.

2. (#)Minum bersama pati boleh buat anda cepat kenyang.

3. (#)95% timun berasaskan air, jadi kalau malas minum air banyak liter sehari, minumlah jus timun.

4. (#)Minum secawan jus timun perut terus padat.

5. (#)Membersihkan usus sangat bagus untuk bersihkan racun-racun dalam badan.

6. (#)Paling bagus boleh kurangkan perut buncit.

7. (#)Bila usus bersih, jerawat susah nak naik. Sila amalkan selama seminggu, pasti berat badan turun. Tapi makan pun kena kontrol,


Bagi ibu mengandung tidak ada masalah tetapi kalau lepas bersalin, timun sifatnya sejuk. Orang dulu-dulu tak bagi makan makanan sejuk. Jika mahu cuba juga anda boleh amalkan lepas pantang 1-2 tahun.


INFO PENTING:

(#)Ingat, jangan minum ketika period sebab timun sifatnya sejuk yang akan menyebabkan darah tersekat nak keluar.

Sunday 21 February 2016

Al-Fatihah, ustaz kazim rebah buat kali kedua



Ustaz Kazim kazim elias yang diserang sakit jantung sebelum ini dilaporkan akan menjalani rawatan ujian angiogram kerana telah disahkan doktor mengalami luka dibahagian otot jantung.

Ketika ini, kesihatan Ustaz kazim semakin stabil dan dikawal rapi oleh pihak Hospital USM Kubang Kerian.

Menurut pembantu peribadinya, menjelaskan adalah tidak benar sama sekali ada sesetengah pihak yang mendakwa Ustaz Kazim telah meninggal dunia.

 "Alhamdulillah, keadaan DUKE semakin baik dan berita kematian beliau adalah palsu. Diharap sahabat mengabaikan berita tersebut. Di HUSM ini DUKE mrndapat rawatan terbaik dr pakar2 perubatan yg terlatih dan professional. Terima kasih atas doa2 kalian."  jelas pembantu peribadinya.

Menurut beliau lagi kepada peminat Ustaz Kazim, mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka tidak pernah putus mendoakan kesihatannya.

Ini merupakan kali kedua beliau rebah selepas 2013.

Ustaz Kazim dilaporkan rebah ketika mengadakan ceramah di Bachok Kelantan yang sekadar mampu berucap hanya lima minit di hadapan ribuan peminatnya.

Beliau epatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, kelmarin.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.