Tuesday 24 May 2016

Resepi Kuih Cara Berlauk

Tags
kuih-cara-berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan:

300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
200 ml santan
250 ml air
Garam secukup rasa
10 gm marjerin
Sedikit pewarna kuning

Bahan Inti –

30 gm daging kisar
2 ulas bawang merah | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dipotong
1 cm halia | dikisar
1/2 sudu teh lada sulah
2 batang daun sup dan daun
bawang | dihiris
2 sudu makan minyak sapi untuk menumis

Cara Memasak:

1. Untuk membuat inti, panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan lada sulah sehingga berbau wangi.

2. Masukkan daging kisar dan gaul rata.

3. Masukkan sedikit garam, daun sup dan daun bawang. Angkat dan sejukkan apabila sudah masak.

4. Untuk membuat adunan kuih cara, masukkan tepung dalam bekas bancuhan. Pukul telur dan masukkan dalam tepung gandum.

5. Selepas itu masukkan sedikit mentega dan air. Gaul rata supaya sebati.

6. Kemudian masukkan santan kelapa, sedikit garam dan kunyit serbuk supaya warnanya kuning.

7. Panaskan acuan dengan minyak, masukkan bancuhan kuih cara dalam acuan.

8. Letakkan inti yang telah disejukkan tadi di tengahnya. Masak sehingga warnanya kekuningan. Sedia dihidang.

Resepi Kek Chocolate Chiffon

Tags
kek-chocolate-chiffon

Resepi Kek Chocolate Chiffon

Bahan-Bahan:

Bahan A –

30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B –

4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Kek Filing –

400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting –

140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180C.

2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8″ dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.

6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.

7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.

8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).

9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Tags
ayam-masak-lada-hitam

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi – jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan Perap –

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara Memasak:

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Resepi Sotong Sumbat Bersos

Tags
sotong-sumbat-bersos

Resepi Sotong Sumbat Bersos

Bahan-Bahan:

400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Bahan Inti –

2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Bahan Kisar –

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik

Bahan Sos –

3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Memasak:

1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.

2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.

3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.

5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.

6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.

Resepi Laksam Kelantan

Tags
laksam-kelantan

Resepi Laksam Kelantan

Bahan-Bahan:

Laksam –

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam

Kuah –

1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
sedikit halia
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula

Cara Membuat:

Laksam –

1. Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dlm setengah jam.

2. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.

3. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)

4. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.

5. keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.

Kuah –

1. Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.

2. Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.

3. Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.Buang tulang ikan.

4.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.

5.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.

6.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.Tutup api.

Ulam –

1. kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.

2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar

3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang

Sambal –

1. Rebus semua cili selama 5 minit.

2. Buang air rebusan dan tumbuk semua cili dengan sedikit garam.

3. Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.

Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.

Resepi Mi Hong Kong

Tags
mi-hong-kong

Resepi Mi Hong Kong

Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Resepi Kek Chocolate Buttermilk

Tags
Kek-Chocolate-Buttermilk

Resepi Kek Chocolate Buttermilk

Bahan-Bahan:

300g tepung gandum
400g gula perang
50g gula kastor
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
1 sudu teh garam
240ml buttermilk
240ml minyak masak
1 1/2 sudu teh esen vanilla
240ml air panas

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 150°C.

2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air panas.

3. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.

4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Resepi Ayam Masak Serai

Tags
ayam-masak-serai

Resepi Ayam Masak Serai

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Cara Memasak:

1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya.

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Resepi Tart Kentang Bersama Mozarella Cheese

Tags
tart-kentang

Resepi Tart Kentang Bersama Mozarella Cheese

Bahan-Bahan:

5 biji kentang – dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick/hot dog dipotong kecil
1/4 cawan susu segar
3 biji telur
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk Lada Hitam

Cara Memasak:

1. Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.

2. Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati.

3. Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.

4. Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.

5. Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

Tags
puding-karamel-lapis-coklat

Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung kastad

Bahan B –

1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C –

2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

Cara Membuat:

1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.

2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200′C. Boleh juga kukus atas dapur.

4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5. Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.

6. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

7. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.

8. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.

Resepi Kerabu Jantung Pisang

Tags
kerabu-jantung-pisang

Resepi Kerabu Jantung Pisang

Bahan-Bahan:

1 biji jantung pisang (Saiz Sederhana)
1 biji bawang besar (ditumbuk bersama bawang putih dan cabai merah)
2 biji bawang putih
Cabai merah (ikut selera)
10 tangkai cili padi (dihiris)
1 tangkai serai (dihiris nipis)
Sedikit daun selom.
Kelapa parut (digoreng dan kemudian dikisar sedikit. Jangan kisar lama sangat, nanti jadik kerisik)
1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng, ganti dengan udang kering pun boleh)
Limau nipis (ambil patinya)
Sedikit garam.

Cara Membuat:

1. Jantung pisang dihiris nipis. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditumbuk.

2. Masukkan pula kelapa goreng tadi. Ini diikuti dengan hirisan serai dan daun selom.

3. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit garam. Kemudian, gaulkan bersama ikan bilis goreng hingga sebati.

4. Sedia dihidang.

Resepi Ayam Bakar Berempah

Tags
ayam-bakar-berempah

Resepi Ayam Bakar Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan Kisar –

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ayam
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.

2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya.

3. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.

4. Kemudian bakar ayam sehingga masak.

10 Makanan Yang Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Tags
blueberry

10 Makanan Yang Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

1. Blueberry

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pemakanan US pada tahun 2010 mendapati dos harian bahan­bahan bioaktif daripada beri biru meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes. Ini penting kerana apabila terlalu banyak karbohidrat boleh menghasilkan terlalu banyak insulin, yang boleh membawa kepada rintangan insulin dan diabetes jenis 2.

2. Avokado

Avokado penuh dengan lemak monotaktepu yang membantu memperlahankan pelepasan gula ke dalam aliran darah yang menyebabkan kurang pelepasan insulin.

3. Chia Seed

Chia Seed menstabilkan gula darah, mengurangkan kesan kencing manis, meningkatkan sensitiviti insulin dan alat bantuan gejala yang berkaitan dengan sindrom metabolik termasuk ketidakseimbangan dalam kolesterol, tekanan darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah yang melampau selepas makan.

4. Kayu Manis

Satu kajian 2003 dalam jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel­sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin, dan dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula darah yang lebih baik dandengan itu kurang insulin dilepaskan ke dalam badan anda.

5. Mangga

Mangga mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral yang berbeza termasuk vitamin C dan A, folat, dan serat. Walaupun manis, mangga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah.

6. Rempah

Menurut satu kajian, makanan yang mengandungi pelbagai rempah dapat mengurangkan gula dalam darah dan paras insulin. Biji halba dan kunyit adalah antidiabetik, dalam beberapa kajian biji jintanputih, halia, biji sawi, daun kari, dan ketumbar juga menunjukkan sifat melawan diabetis.

7. Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang sama ditemui dalam avokado dapat mencegah pengumpulan lemak perut dan juga menghalang rintangan insulin.

8. Telur

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2008 dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti mendapati orang­orang yang berlebihan berat badan dan obes diberi dua telur sehari untuk sarapan pagi hilang 65 peratus lebih berat daripada yang makan sarapan yang sama tanpa telur. Para penyelidik berkata telur boleh mengawal rasa lapar dengan mengurangkan tindak balas insulin selepas makan dan mengawal selera makan dengan mencegah turun naik kedua­dua glukosa dan insulin.

9. Cuka

Cuka telah didapati dapat menghalang kenaikan gula dalam darah malahan juga insulin. Kesan cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu prediabetes berbanding yang sensitiviti insulin normal. Carilah cuka putih atau cuka epal cider tetapi elakkan jenis balsamic kerana ia mengandungi gula.

10. Ceri

Ceri mengandungi bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai anthocyanin yang boleh membantu tahap gula darah yang lebih rendah pada orang dengan diabetes. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati antosianin boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosianin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.

Resepi Pau Sekaya

Tags
pau-sekaya

Resepi Pau Sekaya

Bahan-Bahan:

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang
Jem sekaya

Cara Membuat:

1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan jem sekaya di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

Resepi Chicken Chop Rangup

Tags
chicken-chop

Resepi Chicken Chop Rangup

Bahan-Bahan:

Bahan Perap –

2 keping paha ayam debone ( Dibuang tulang )
2 sudu kecil serbuk/pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon

Bahan Salutan –

1 biji telur – di pukul
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

Cara Membuat:

1. Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap selama 4 jam di
dalam peti sejuk.

2. Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata. Celupkan kedalam telur dan
salut rata dengan breadcrumbs.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Sos lada hitam –

1. Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih.

2. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya.

3. Kalau ada minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi.

Bahan Sampingan –

1. Kentang Goreng atau kentang putar.

2. Sayuran Tomato, daun salad, jagung, broccoli dan lobak merah.

Resepi Mi Rebus

Tags
mee-rebus

Resepi Mi Rebus

Bahan-Bahan:

250 gm mi kuning
100 gm daging kisar | direbus dan asingkan airnya
1/2 kg ubi keledek | direbus dan dikisar
2 biji cili hijau
2 keping tauhu goreng
100 gm tauge | dicelur
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
100 gm bawang goreng
3 biji telur rebus
Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:

5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.

2. Masukkan air rebusan daging dan biarkan hingga mendidih.

3. Masukkan daging dan ubi keledek kisar. Kacau rata.

4. Biarkan hingga mendidih dan angkat.

5. Hidangkan mi kuning bersama hirisan cili hijau, tauhu goreng, tauge, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan juga telur rebus.

Resepi Ayam Percik

Tags
ayam-percik

Resepi Ayam Percik

Bahan-Bahan:

1.5 kg ayam
50 gm bawang merah | dikisar
10 gm bawang putih | dikisar
10 gm halia | dikisar
10 gm buah keras
30 gm serai | dititik
20 gm tepung ubi | dibancuh dengan sedikit air
40 gm asam jawa | dibancuh dengan sedikit air
5 gm gula
5 gm garam

Cara Memasak:

1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan.

2. Gaul ayam bersama separuh dari bahanbahan yang telah ditumbuk halus. Perap selama lebih kurang 1 jam.

3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan.

4. Kacau hingga sebati dan jerang atas api sederhana.

5. Apabila mendidih, masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.

6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.

7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.

8. Pangganglah ayam hingga masak.

9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.

Resepi Kuey Teow Goreng

Tags
kuey-tiow-goreng

Resepi Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan:

1 bungkus kuey teow
3 camca besar minyak masak
200 gram isi ayam/udang
2 fillet fish cake dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis (20g)
segenggam daun kuchai
sedikit taugeh
sos tiram
kicap pekat
1 sudu besar sos ikan

Cara Membuat:

1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.

3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.

4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.

Resepi Apam Gula Hangus

Tags
apam-gula-hangus

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:

1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*

*jadikan gula hangus

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara Membuat:

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan.

2. Dalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit.

3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. Kukus lebih kurang 15 minit.

7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Resepi Kurma Ayam

Tags
kurma-ayam

Resepi Kurma Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam | dipotong kecil
3 sudu makan minyak sapi
60 gram bawang merah l dihiris
40 gram bawang putih l dihiris
3 biji bawang besar l dihiris
5 biji kentang dipotong 4
2.5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 sudu makan serbuk kurma | campurkan dengan 125ml air
250gm santan pekat
7 biji cili hijau
1 ikat daun pudina
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1 Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

2 Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3 Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati.

4 Masukkan santan, garam, ketang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga masak.

5 Angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Nasi Hujan Panas

Tags
nasi-hujan-panas

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-Bahan:

1kg beras basmathi
1.25 liter air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan Tumis:

1cm halia | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit kismis dan bawang goreng | untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Cuci beras bersih dan rendamkan selama 1o minit. Toskan.

2. Panaskan kedua minyak dan tumiskan kesemua bahan tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan beras bersama air, kiub ayam dan juga daun pandan. Gaulkan rata.

4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering.

5. Apabila kering, letakkan pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian dikaub balikkan.

6. Biarkan nasi sehingga masak dan taburkan dengan kismis dan bawang goreng.

Tip : Untuk mengelakkan warna menjadi sekata, letakkan pewarna di tempat berasingan dan biarkan nasi masak seperti biasa. Apabila sudah masak barulah dikaub balikkan nasi.

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Tags
ayam-masak-merah-madu

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
1 cawan santan
madu

Bahan kisar ( kisar halus ) –

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis –

1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2biji bwng putih(ditumbuk)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Memasak:

1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.

2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.

4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat dan masukkan madu mengikut kesesuaian.

6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.Tunggu sehingga mendidih. Siap dan hidangkan.

Resepi Sup Ikan Merah

Tags
sup-ikan-merah

Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumis –

1 bungkus sup bunjut ikan-adabi
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk-boleh tambah

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian. Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus dan tomato dipotong empat.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup bunjut. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Masukkan cili api dan semua ikan, biarkan sampai mendidih.

3. Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut cita rasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah lagi jus limau nipis.

4. Masukkan garam dan kacau sup seketika dan boleh dimasukkan buah tomato. Bila buah tomato nampak layu boleh lah ditutup api dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

5 Petua Tradisi Merawat Batuk

madu susu

5 Petua Tradisi Merawat Batuk

1. Kicap dan Limau Nipis

Perah limau nipis, ambil airnya sesudu makan. Tambahkan kicap manis dan telan sekaligus.

2. Susu Panas dan Madu

Hangatkan susu, tambahkan madu ke dalamnya dan minum segera untuk meredakan batuk. Madu dengan khasiat anti bakteria akan meredakan batuk yang disebabkan oleh bakteria, sementara susu akan mengurangkan reaksi batuk yang dilakukan oleh paru-paru.

3. Minuman Halia Panas

Batuk juga boleh disebabkan kerana udara dingin, sehingga minuman yang menghangatkan seperti halia akan membantu menenangkan paru-paru untuk tidak melakukan reaksi batuk. Hiriskan halia, masukkan dalam gelas dan tuangkan dengan air panas. Tambahkan sedikit gula atau madu jika ingin terasa lebih manis.

4. Madu

Seperti disebutkan di atas, madu memiliki zat anti bakteria yang boleh meredakan batuk Anda. Namun khasiat ini boleh didapati jika madu Anda asli, tidak dicampuri dengan pemanis atau gula. Caranya mudah saja, telan 1 sudu makan madu asli sekaligus.

5. Daun Kencur

Kencur efektif menghilangkan kahak dan serak, serta meredakan batuk, Kerana kencur biasa dimakan oleh para penyanyi sejak zaman dahulu kala. Sekarang ini telah banyak dijual seperti kencur kering, sehingga ia mudah dikunyah saja dan dihisap sarinya ketika batuk menyerang.

Kebaikan Minum Kopi Yang Anda Perlu Tahu

Tags
minum-kopi

Kebaikan Minum Kopi Yang Anda Perlu Tahu

Kopi adalah minuman kedua yang paling popular di dunia selepas teh. Bukti terawal minuman teh dalam dunia moden adalah pada abad ke 5 di Yaman. Seterusnya ia berkembang ke Mesir dan Utara Afrika. Pada abad ke 16 ia mulai popular di sebahagian Negara Timur Tengah, Persia dan Turki. Kemudian terus berkembang ke Itali dan negara negara eropah lain. Terdapat beberapa kebaikan minum kopi antaranya;

1. Kebaikan Kafien Dalam Kopi

  • Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
  • Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
  • Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2. Kebaikan Kopi Bergula

  • Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan.
  • Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.

3. Kandungan Antioksida Dalam Kopi

  • Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
  • Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopimenawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapatmelindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
  • Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
  • Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Resepi Kuih Bakar Daging

Tags
kuih-bakar-daging

Resepi Kuih Bakar Daging

Bahan-Bahan:

Kuih Bakar –

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
sedikit garam
minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega/marjerin)
beberapa titik pewarna kuning
hirisan daun bawang, untuk hiasan
cili merah didadu kecil, untuk hiasan
sos cili sebagai pencicah

Inti Daging –

150 gm daging kisar
1 sdb rempah kari daging
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit air
hirisan daun sup secukupnya
sedikit hirisan cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Inti Daging –

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.

3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.

Adunan Kuih Bakar –

1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.

2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.

Kuih Bakar Daging –

1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.

2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.

3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.

4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.

5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.