Sunday 31 July 2016

Adab ketika mendengar Azan berkumandang.

Tags

<<>>ADAB-ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN BERKUMANDANG.<<>>


1.<<>> Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.

Apabila kita dengar muazzin melaungkan ; 

  • Allahu Akbar :  jawab “Allahu Akbar”
  • Asyhadualla ilaaha illallah :  jawab “Asyhadualla ilaaha illallah”
  • Asyhaduanna muhammadar rasulullah :  jawab “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
  • Hayya’alassolah :  jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Hayya’alalfalah :  jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Laailaha illallah :  jawap “Laailaha illallah”


AZAN SUBUH
  • ASH-SHALAATU KHAIRUM MINANNAUM : JAWAP "SHADAQTA WA BARARTA WA ANAA 'ALAA DZAALIKA MINASY-SYAAHIDIN"




<<>>2. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke masjid yang berdekatan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan sengaja dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.



Menjawab azan adalah sunat hukumnya, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan. Ini berdasarkan perbuatan Nabi saw dan para sahabat baginda yang bercakap ketika azan. 

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim menyebut lebih kurang : <<>>"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..." <<>>

As-Son'ani pula di dalam Subulus salam menyebut lebih kurang : <<>>"Dan telah berbeza pendapat {di kalangan para ulama} tantang kewajipan menjawab azan. Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketikamana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "{kamu berada} atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." {Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim}.



Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila {terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin} menjadi tanda bahawasanya arahan {menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id} menunjukkan kepada sunat atau istihab." 



Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: {Dhoief [lemah] ataupun Palsu}



‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’ 



Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka mustahil orang yang tidak mendiamkan diri ketika azan akan dikelukan lidahnya ketika hampir mati, kerana hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama. 



Berkenaan dengan hadith tersebut, salah satu daripada ciri-ciri sesuatu hadith itu palsu ataupun dhoief ialah apabila ia memberikan ancaman yang besar atas kesalahan yang kecil. Demikianlah hadith yang ditanyakan di atas. Ia memberi ancaman yang berat jika meninggalkan perkara yang sunat iaitu menjawab azan. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah hadith yang sahih. Ia sekitar hadith yang Dhoief (lemah) ataupun Palsu. Wallahu a'lam

Adab - Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.

Tags

<<>>Tidur Itu Hikmah Dari Allah.<<>>
Tidur merupakan hikmah dari Allah, dengannya kita dapat  ketenangan, merehatkan badan, mencergaskan fizikal dan mental. Rasulullah mengangkat darjat tidur dari hanya sebuah tabiat manusia  kepada ibadah dan muamalah kepada Allah. Tidur ialah ibadah jika disertakan dengan niat taqwa dalam mentaati Allah. Rasulullah bersabda: "Tidurlah sebentar sebelum masuk waktu zuhur, sesungguhnya syaitan tidak melakukannya".

Adab Rasulullah Bangun Dari Tidur.




<<>>1. Rasulullah bangun sebelum masuknya waktu subuh.
<<>>2. Rasulullah menyapu mukanya dengan tangan, iaitu menyapu kesan tidur dari wajahnya.
<<>>3.Rasulullah akan mengingati Allah dengan menzahirkan rasa syukur dan membaca doa bangun tidur.
<<>>4. Rasulullah akan segera berwudhuk dan mengerjakan solat sunat/wajib.


Rasulullah bagitahu kepada kita semua bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa tidur. 

<<>>1. Apabila manusia bangun dan mengingati Allah, maka terlepas satu simpulan.
<<>>2. Apabila manusia berwudhuk, maka terlepas satu simpulan.
<<>>3. Apabila manusia bersolat, maka terlepas satu simpulan.

Dengan itu, sekiranya manusia tidak melakukan 3 perkara di atas, seseorang itu bangun dalam keadaan yang tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani kehidupan sehariannya dengan bahagia & penuh keberkatan.
-: Perkongsian dari tazkirah Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf.

P/S: <<<>>> Ringkas sangat-sangatkan adab Rasulullah bangun dari tidur?  Mustahil la kalau kita semua tak dapat ikut adab Rasulullah ni. Jom mulakan hari kita dengan rasa syukur dan positif, semoga bermanfaat untuk kita semua.  Wassalam  ^_~.

Abang.. tunggu umi di Syurga ya! :'(


Sebuah kisah lama yang menyayat hati melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Umi relakan kau pergi... :'(

***** Umi pandang jenazah abang yang terlantar kaku. Walaupun muka sembap, perut membengkak, tapi umi masih nampak ketenangan pada wajah abang.umi capai pisau. Umi potong baju yang sedia ada pada tubuh abang, baju yang terkahir abang pakai, umi terpaksa potong sebab baju tu tak muat untuk melalui perut abang yang besar(buncit). umi akan simpan baju yang dipotong tu. umi tak akan cuci, sesekali boleh umi cium baju itu, sekadar mengubat rindu dihati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah & umi mendikan jenazah abang. Umi & abah sahaja berdua. Umi tak nak orang lain. Biar tangan abah dan umi yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Umi nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya keluar, mengalir dipipi, tapi cepat2 abah sapu dengan lengan sasanya "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata umi pada abah.Setelah abang dimandikan, umi bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya umi&abah berdua juga. "Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"Itu pesan umi semasa kakak2 mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat2 abah jauh & memalingkan muka. Umi nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, umi usap dahi abang. Umi senyum, lantas kucup dahi abang. Umi berbisik pada abang: "Abang tunggu umi di syurga ya!"Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.Bertalu-talu umi terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada umi. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga umi. Tanya mereka:"Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa umi tidak menangis, sebaliknya bibir umi tidak lekang dengan senyuman. Kenapa umi masih mampu tersenyum disaat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim umi dulu? 4 tahun 2 bulan umi membesarkan Abang. Umi selak sehelaian demi sehelai kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalam diari tu. Bila membacanya bagaikan meruntun jiwa umi kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata umi terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Umi rasa, di sinilah terkandung jawapan yang umi cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa umi kenapa tidak menangis ketika menguruskan jenazah abang? Umi akan bacakan sedikit cacatan dalam diari ini supaya mereka tahu kenapa umi tidak menangis,

*****Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati umi berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

*****26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, umi tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tertawa umi. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas umi dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Umi kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini umi gagal. Umi belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati umi sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

*****7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Umi semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Umi bawak Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Umi mengangguk perlahan-lahan. Umi redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam hati umi juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada umi, macam mana dengan keadaan Abang? umi cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" umi terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab umi tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang umi beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah umi sendiri yang telan.

*****13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Umi minta kebenaran doktor untuk bawak Abang pulang ke rumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu2 terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, umi mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari umi akan tanya, "Abang nak apa harini? "umi masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "umi, Abang nak naik kereta bomba!"umi termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus umi ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? umi jawab, "Balai bomba!"Sampai di situ, umi meminta izin daripada pegawai bomba. umi kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam kereta bomba. Pegawai itu cuma menggaru-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas umi tarik baju Abang ke paras dada. Umi berbisik kepada pegawai bomba itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu kereta bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 20 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu umi palingkan muka selama 10 saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, umi tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" umi dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi tu menjalankan rutinnya mengutip sampah, umi tahan lori itu."Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa bila dengar kata2 umi. Kemudian umi buat benda yang sama masa di balai bomba, umi angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, umi akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, umi akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Umi & abah tidak kisah, mereka silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, umi bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, umi bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya umi tunaikan! Setiap hari juga umi tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

*****27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk ACOM, anak patung kesayangan Abang. Umi segera minta abah bawa Abang ke hospital."Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata umi pada abah sebelum bertolak ke IJN. Umi mahu abah dalam keadaan bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

*****5 April 2011- Umi telefon sekolah asrama Kakak sulung di Negeri Sembilan. Umi minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang."Adiknya sudah tenat sekarang. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat-saat terakhir ni!" Mak minta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adira, doktor yang kerap merawat abang juga datang untuk melawat. Ketika itu umi ceritakan yang umi terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

*****7 April 2011- Pagi ini Dr. Adira datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adira beritahu ada kejutan untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adira datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Umi tak sangka, Dr Adira rajin menulis mengenai kisah abang dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang minta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

*****8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati umi dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati umi. Malam itu, hanya umi berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Umi pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Umi duduk di sebelah Abang, umi peluk dan usap rambut Abang. Umi menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, umi katakan pada Abang, "Umi tahu Abang nak senangkan hati umi. Abang tak perlu buat macam tu. Umi tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Umi dah sedia. Umi akan redha segalanya. Umi puas sekarang sebab dapat tunaikan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Umi juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup umi walaupun sekejap. "Abang hanya diam, memandang Umi dengan pandangan lesu. Dan ketika itu umi menangis sepuas-puasnya. umi juga berjanji bahwa umi tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, umi tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

*****9 April 2011- Pagi itu umi pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah terlalu suntuk. umi lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak kebiru biruwan, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. umi suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. umi suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas umi ajak Abang keluar berjalan-jalan. "Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun ke kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. umi dukung Abang dan kami satu keluarga turun ke kantin. masa tu Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu umi. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" umi tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu umi. Tiba-tiba jantung umi berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! umi terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja. Sampai sahaja di wad, umi terus baringkan Abang di atas katil. Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "umiii..sakit perut..!"Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas umi letak tapak tangan umi atas dahi Abang."Abang, hari ini, waktu ini, umi redhakan Abang pergi. umi halalkan segala makan minum Abang. umi halalkan air susu umi untuk Abang. Pergilah Abang. umi izinkan Abang pergi!" umi ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, umi panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis."Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. umi tak nak Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" umi marah mereka. umi tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. umi tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. umi tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, umi suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. umi tak mahu orang luar lihat. umi tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata umi. Tapi umi masih mampu tersenyum."Pergilah Abang. umi izinkan. umi izinkan.. pergilah.."Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun. umi kucup dahi Abang. umi bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, umi juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu umi di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang umi sudah dapat jawapanya. Mengapa umi tidak menangis?

Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu umi di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah umi tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati umi.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah umi langsaikan semasa hayat Abang. umi telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu.
Kelima, umi rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. umi jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. umi telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. umi telah beri yang terbaik dan umi telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu umi tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup umi dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... umi akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

"Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)."
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.



Wednesday 27 July 2016

15 TIPS UNTUK MENGELAKKAN GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA.

Tags

KETAHUI PUNCA PENTEKARAN DENGAN PASANGAN & 15 TIPS UNTUK MENGELAKKAN GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA.

Selalu bertengkar dengan pasangan? Kadang2 benda yang kecil pun boleh jadi gaduh besarkan!
Pertengkaran ialah suatu pekara yang kita tidak mungkin akan dapat lari dalam setiap hubungan percintaan. kadang2 bertengkar juga dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi oleh pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Tetapi, hati-hati gaduh besar boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini. Jadi, apakah perkara sebenar yang menjadi punca gaduh besar dengan pasangan?

#Jom kita ketahui punca pentekaran dengan pasangan. Antaranya ;

> 1. DUIT..

Bertengkar kerana duit tidak dialami hanya mereka yang sudah berkahwin. Ketika bercinta pun kita dengan pasangan boleh bertengkar kerana masalah duit. Contohnya, pasangan(lelaki) akan merungut tentang kebiasaan pasangan(wanita) menghabiskan duit belanja, menanyakan gaji di tempat pasangan bekerja atau berapa jumlah duit simpanan diakaun pasangannya. Wang adalah masalah yg sensitif untuk dibincangkan dengan pasangan kekasih, jadi sebaiknya tidak perlu membincangkan perkara itu kecuali kita dan pasangan sudah berniat untuk menikah.


>2. CEMBURU..

Cemburu bukanlah pekara yang pelik, tapi cemburu salah 1 penyebab utama kita bertengkar dengan pasangan. Jika pasangan kekasih kita berjalan dengan orang lain atau bersikap manis dengan rakan yang bukan sejantina, pasti kita akan rasa cemburu. Begitulah juga dengan pasangan kita, dia juga akan rasa cemburu sekiranya melihat kita berkumpul dengan kawan2 yang bukan sejantina. Cemburu itu perlu ada dalam setiap percintaan, namun jangan sampai berterusan cemburu buta  itu, kerana ia boleh merosakkan hubungan kita dengan pasangan.

>3. PERBEZAAN PENDAPAT..

Ada kalanya jika terlalu lama menjalinkan hubungan, kita akan menyedari bahawa ada perbezaan antara kita & pasangan. Tidak kira lah perbezaan hobi, dunia kerja, persahabatan dan gaya hidup. Hubungan percintaan memang boleh menyatukan pelbagai perbezaan, tapi jika itu menyebabkan kita & pasangan berterusan bertengkar. Sebaiknya mula berfikir untuk menilai kembali hubungan yang sedang dijalani dengan pasangan kita.

>4. KEUTAMAAN..

Keutamaan seringkali menimbulkan konflik kita & pasangan, jika keutamaan kita & pasangan berbeza. pasangan kita mengutamakan hubungan, sementara kita menganggap kerja lebih penting. Pasangan kita sangat mementingkan keluarganya, sedangkan kita ingin mendapat perhatian lebih dari apapun. Jika kita ingin hubungan berkekalan, sebaiknya berbincanglah dahulu pekara yang paling utama bagi kita & pasangan.

>5. MASA LALU..

Setiap orang pasti merasa tidak selesa jika hubungan masa lalu selalu diungkit-ungkit, apalagi orang yang mengungkitnya adalah pasangan kita sekarang. Pertengkaran yang kerap berlaku, biasanya disebabkan salah seorang antara pasangan membandingkan kekasih dengan bekas kekasihnya, atau pasangan kita terus menerus bertanya tentang hubungan masa lalu. Seeloknya hubungan masa lalu hanya dilihat sekali sahaja sebagai pengajaran untuk melangkah lebih baik ke hadapan.

>6. TEKANAN..

Siapa di dunia ini yang tidak pernah mengalami stress? Gangguan emosi pun boleh menyebabkan pasangan kekasih bertengkar. Seringkali seseorang antara kita & pasangan akan terkena tempias amarah kerana mendapat tekanan di tempat kerja atau pun mempunyai masalah keluarga. Jika tekanan ini menyebabkan kita tertekan, lebih baik minta pada pasangan kita untuk tidak bertemu buat sementara waktu sehingga fikiran kembali jernih, dan masalah tempat kerja tidak mengganggu hubungan  percintaan.

>7. MENGAJAK KELUAR..

Pencetus pertengkaran yang selalu terjadi adalah apabila kita atau pasangan kita ajak keluar. contohnya pasangan kita ajak kita keluar bersama rakan – rakannya, kita menolaknya, tetapi dia tetap keluar bersama rakannya. Ia boleh menimbulkan perasaan kesal dan tidak dipedulikan. Tidak salah kita menemani pasangan kita untuk berjumpa dengan rakan–rakannya. secara tak langsung kita pun boleh menjalin persahabatan dengan kawan2 pasangan kita.


DI SINI KAMI KONGSIKAN BEBERAPA TIPS UNTUK KITA ELAK GADUG DENGAN PASANGAN.

>1. Jangan terlampau banyak bercakap.

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing2 mahu menegakkan pendapat masing2. Jika kita mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat kita sendiri. Pekara ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan kita sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan kita. Yang perlu kita lakukan adalah dengan berfikir secara mendalam cara untuk memperbetulkan keadaan.

>2. Jangan menyebut kelemahan pasangan.

Bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, lelaki juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan perempuan, lelaki akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan. Lagi pula, kita tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang kita dahulu supaya apabila giliran kita nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

>3. Jangan balas perbuatannya.

Sebagai contoh, pasangan kita bermesra dengan rakan yang bukan sejantina. kita mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan kita pula bermesra dengan orang lain dihadapannya. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan kita untuk menjauhkan diri dari kita. Akhirnya, kita turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan kita sendiri.

>4. Jangan cuba mengubah pasangan.

kita dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, pasangan kita dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kita. kita harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan kita.

>5. Fokus pada masalah.

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah, akhirnya akan turut menjadi masalah.

>6. Jangan tinggikan suara.

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah ia akan semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga pasangan kita yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

>7. Elakkan terlalu emosional.

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan kita akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

>8. Gunakan perkataan yang baik-baik.

Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh kita gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

>9. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur.

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra bersama pasangan.

>10. Dengar luahan pasangan.

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan kita itu dapat menyelesaikan masalah. Jika kita hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja kita akan kehilangan idea yang baik malah kita menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah kita & pasangan.

>11. Bersabar.

Sekalipun kita lelaki dan kita lebih kuat secara fizikal berbanding dengan pasangan kita, jangan sekali-kali kita cuba untuk mengasari pasangan kita. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain

>12. Say NO to third party.

Selagi terdaya menyelesaikan masalah kita sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah kita. Dalam bercinta atau dalam perkahwinan, always refer pada best friend kita yang kita sangat2 percayai.

>13. Mengalah tidak bererti kalah.

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan kita kalah. kita hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan kita sebenarnya betul.

>14. Luahkan.

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan pasangan, kita turut perlu meluahkan perasaan kita. Tunggu sehingga pasangan kita habis berbicara sebelum kita menyambung pendapat. Sekiranya kita tidak memberitahu keadaan sebenar kita, belum tentu pasangan kita dapat memahami keadaan kita.

>15. Pelukan dan kemaafan.

Inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan kita seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan kita selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Adab-adab & tertip suami isteri bersetubuh menurut Islam

Tags

<@>1.Bertaubat & Memohon Keampunan.

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin.
Oleh itu kita disarankan supaya memohon taubat kepada Allah SWT sama ada dengan sembahyang sunat taubat ataupun beristiqfar kepadanya.
Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

<@>2.Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا
Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.”
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

<@>3.Sembahyang Sunat di Bilik Tidur.

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat.
Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

<@>4.Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.

<@>5.Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri.

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.

(Adab Melakukan Persetubuhan)

  • < Bersedia dan dalam keadaan selesa.>


Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing2 dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa & masa yang sesuai.
Suami isteri juga hendaklah mengambil kira & tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

– Sedang sakit yang memudaratkan
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.

Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.

  • <Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh>


Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.
Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam 1 kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian. Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya. Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.

  • <Bercumbu cumbuan>


Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.
Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud : “Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh” Di dalam riwayat Abu Daud : “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir : “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا 
Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :
لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa”

  • –Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat          kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.
  •  Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan    sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau            pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya.


Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

  • Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana       diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus        saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan    yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).
  • Bersederhana – Hubungan kelamin/jima’ yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan      sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan   ataupun teknik yang digunakan.


Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

  • Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.


Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)

Monday 25 July 2016

Tips Melembutkan Hati Anak.

Tags

>Mengikut sebahagian pendapat, anak-anak perlu dimanjakan & jangan sesekali memukul mereka. Sekiranya anak itu bersikap 'DEGIL' macam mana pun cubalah kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan mereka. Kita semua pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil. Antara kaedah yang boleh kita cuba dan dipraktikkan adalah:

1)Cubalah cara ini:

-Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
-Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
-Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
-Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
-Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.

2)Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak: 

-Membaca surah Thaha ayat 1-5
-Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
-Membaca bismillah 5 (3 kali )

3)Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.

4)Cara ini boleh juga untuk dicuba:

-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
-Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
-baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.

5)Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.


CARA MUDAH BUAT AYAM BAKAR MADU VIRAL.

Tags

CARA MUDAH BUAT AYAM BAKAR MADU VIRAL.

Bahan-bahan yang diperlukan:


  1. 2-Ketul ayam [bahagian dada]
  2. 4-Ulas bawang putih [ditumbuk]
  3. 1-inci halia [ditumbuk]
  4. 4-sudu madu
  5. 3-sudu sos tiram sedikit serbuk cili sedikit serbuk lada hitam Garam secukup rasa


Cara Penyediaan Ayam Bakar Madu.


  • <@>Masukkan bahan perapan iaitu bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam ke dalam bekas. Gaul sampai rata kesemua bahan tersebut. Kemudian sapukan bahan perapan tadi pada ayam dan perap lebih kurang 3jam. lagi lama perapan lagi sedap. Bakar ayam dengan oven dengan suhu 200 darjah selama 30-40 minit atau sehingga betul-betul masak.



  • <@>Sekiranya menggunakan pemanggang ajaib, bakar lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.


Memang mudah dan simple kan? boleh lah cuba...

Jangan lupa LIKE page RESEPI SHEILA RUSLY

RAMAI TIDAK TAHU CARA YANG BETUL MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN!!! - WILADAH & NIFAS

Tags

RAMAI TIDAK TAHU CARA YANG BETUL MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN!!!

:@:Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 10 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

:@:Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada 2 iaitu:

1: WILADAH

Mandi wajib selepas melahirkan bayi secara normal atau pembedahan. Maknanya bila bayi keluar sahaja dari perut ibu, WAJIB terus mandi wajib. Jika bersalin normal pada waktu pagi, petang sudah boleh mandi Wiladah.

Niatnya: "Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala"
Ratakan air keseluruh badan.

2: NIFAS

Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari itu dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.

Jika anda keguguran perlu mandi nifas.

Niat: "Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala"

Ratakan air keseluruhan badan.

Wallahualam.

BENARKAH MANDI MALAM BERBAHAYA?


:@:Ramai daripada kita yang kerap pulang ke rumah pada waktu malam seperti burung hantu atau kelawar yang terang matanya sebaik saja tirai malam berlabuh.Tidak kiralah sama ada kita pulang dari tempat kerja, dari membeli-belah, jumpa kawan atau saudara-mara, pulang ke rumah pada waktu malam memang menjadi perkara biasa. sekitaran di bandar raya memang terang-benderang. Justeru, pulang ke rumah sehingga lewat malam tetap tidak membimbangkan.

:@:Dan apabila pulang ke rumah, takkanlah kita nak terus duduk dekat-dekat dengan anggota keluarga dan makan bersama kan? menonton televisyen atau lebih teruk lagi, terus melompat ke katil dan tidur sebelum mandi?

:@:Tentulah badan berbau busuk, hangat, melekit dan kotor kerana sehari suntuk dihembusi habuk-habuk di sekitaran.

:@:Tetapi, ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.

:@:“Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput,” demikian antara ‘amaran’ mereka.

:@:Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.

:@:Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.

:@:Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan – takut demam, selesema atau badan ‘masuk angin’. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.

:@:Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.

:@:Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.

:@:Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.

:@:Bagaimanapun, kepercayaan mengenai ‘jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)’ walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetulkan, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.

:@:Sehubungan itu, Dr Radiah Salim dari Poliklinik Yishun di Singapura telah memberikan penjelasannya.