Wednesday 24 August 2016

Tanda-tanda Terkena Saka

Tags
Tanda-tanda terkena saka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


***Ganguan ‘saka’ adalah jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan  daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara ke bawah) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dan sebagainya).***

***Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap.  Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus.  Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama.  Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun.  Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang.  Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya.  Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman a.s, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman a.s telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman a.s telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s.  Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah. ***

***Untuk saka yg disedari – biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain. ***

***Untuk saka yang tidak disedari – tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.***

***Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini.  Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab.  Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka.  Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu.  Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.***

***Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal.  Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka.  Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri.  Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.***

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti di bawah:


  • Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.


  • Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.


  • Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.


  • Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.


  • Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit


  • Sesak nafas atau mengah


  • Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.


  • Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.


***Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.***

***Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.  Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.***

Diantaranya lagi :

  1. Kerap bermimpi menyusukan bayi.
  2. Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
  3. Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
  4. Boleh mengubat belajar melalui mimpi.
  5. Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
  6. Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
  7. Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
  8. Nyanyuk ketika usia tua.
  9. Panas baran.
  10. Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
  11. Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
  12. Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
  13. Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
  14. Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.


Wallahu a’lam..

Jom share..
Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita  ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.

Sambal Hitam Pahang

Tags
Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum uollssss..
Tak nak buang masa lagi, jom saya tunjukkan resepi sambal hitam termeloh pahang.


Bahan-Bahannya..


  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak


Cara-cara Menyediakannya..


  • 1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. Saya buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  


***PESANAN PERTAMA: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

***PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..


  • 2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.


  • 3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  


  • 4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap sangat-sangat..


Selamat mencuba..



Resepi Tofu Telur masak sos tiram

Tags

Assalamualaikum guysss...
korang minat tofo telur tak?? kalau minat jom cuba resepi ni..
Bestkan tofu telur..lembut diluar, pecah dimulut..hehehe


***Cara nak masak tofu telur ni mudah dan cepat. Yang lambatnya cuma nak goreng tofu telur tu takut pecah dan meletup-letup minyak dalam kuali. Tapi dah siap goreng, dah tak ingat segala kerumitan tadi ya. Sebab sedap sangat kan. Ok lah meh lah saya share resepi paling mudah tofu telur masak sos tiram ni. Agak-agak kalau dah kelaparan tu, masak menu ni ratah saja2 pun boleh habis semangkuk tau. Tak percaya cuba lah..hehehe***

4 tiub tofu telur (1 pack)
(dipotong tengah, picit hujung tiub dan potong 8 utk 1 tiub tofu. Kemudian, goreng dalam minyak yang sedikit dan balik-balikkan dengan sudu. Kalau guna sudu tak mudah pecah. Setelah agak kekuningan, toskan atas tisu)


  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 4 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 cawan air
  • Tomato ceri
  • Sawi yang siap dipotong
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • 2 biji telur
  • 2 sudu tepung jagung Sedikit lada sulah
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa 

Cara-caranya:

  • (Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris dalam sedikit minyak panas, dah naik bau, masukkan air. 
  • Selepas mengelegak, masukkan kiub pati ayam dan sos tiram.
  • Pecahkan telur dan kacau2 senantiasa agar telur tu masak dan tidak berketul2.
  • Tambahkan perasa lada sulah, garam dan ajinomoto. 
  • Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam kuali/periuk tadi. (Tujuannya adalah utk memekatkan kuah.)
  • Last sekali masukkan tofu telur yang digoreng tadi.Tutup api. Tabur daun sup dan bawang goreng. 

 Siap dihidangkan. Makan panas2 memang best..

P/S : tapi hati-hati) @@@kuantiti air bergantung sejauh mana anda nak ada kuah atau sikit kuahnya.  

Selamat mencuba.. ^_^



KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT

Tags
Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


***Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.***

***Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.***

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT

*1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

*2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

*3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

*4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

*5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

*6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

*7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

*8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

*9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

*10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

*11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

*12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

*13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

*14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

*15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.

Kenapa Kita Menggunakan Perkataan “AKU” Semasa Berdoa?

Tags
Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


KENAPA MANUSIA MENGGUNAKAN PERKATAAN “AKU” SEMASA BERDOAP

**Di awal perkenalan dengan seseorang selalunya kita menggunakan kata ganti diri yang sopan sebagai contoh saya, awak, i, you dan sebagainya. Jarang sekali kita menggunakan perkataan “aku” dan “engkau” bila berkenalan dengan orang baru.

**Penggunaan kata ganti diri “aku” dan “engkau” dilihat sebagai ayat yang kurang ajar. Jika orang yang baru kita kenal itu sudah biasa menggunakan ayat “aku” dan “engkau” mungkin tidak menjadi masalah tetapi bayangkan jika orang yang baru kita kenal itu tidak biasa dengan perkataan itu sudah pasti membuatnya terkejut.

**Apabila bercakap dengan ibu bapa selalunya kata ganti diri “saya” digunakan. Namun, ada juga sebahagian tempat di Malaysia ini menjadi kebiasaan menggunakan kata ganti diri “aku” apabila bercakap dengan ibu bapa.

**Di dalam perhubungan persahabatan penggunaan “aku” dilihat sebagai rapatnya hubungan seseorang itu dengan sahabatnya. Kita akan lebih mengenalinya. Kita tidak akan kekok dengannya. Kita lebih menjadi diri kita yang sebenar.

**Samalah apabila kita berdoa kepada Allah. Allah mahu hamba-Nya dekat dengan-Nya lalu penggunaan “aku” itu selalu digunakan apabila manusia berdoa.

**Cuba bayangkan jika manusia berdoa menggunakan “saya” dan “awak”.

**Saya memohon kepada awak Ya Allah, limpahkanlah rezeki saya sekeluarga. Saya memohon diampunkan dosa saya kepada awak Ya Allah.

**Agak janggal bukan? Jadi, inilah sebab kenapa manusia menggunakan perkataan “aku” semasa berdoa kepada Allah.


Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

Tags
Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah.

***Solat Sunat ini adalah satu solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada-Nya mengenai sesuatu perkara yang diragui. Solat Sunat Istikharah dilakukan bagi mendapat jawapan atas persoalan yang bermain di minda seorang Muslim. Disaat mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan A dan pilihan B. Oleh itu, Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim itu mendapat jawapan pasti atas persoalan antara dua pilihan itu.

***Memilihan pilihan pertama dan harus melepaskan pilihan kedua. Itulah kehidupan di dunia ini, manusia sering diberi pilihan. Di dalam kita memilih pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya?

***Solat Sunat Istikharah merupakan langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Ini dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.

***Dengan Solat Sunat Istikharah Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik.

Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Istikharah?

Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah:

Lafaz niat
Pertama sekali untuk solat adalah lafaz niat. Lafaz niat adalah
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”.
 (Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)

Rakaat pertama:

Seterusnya baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.

Rakaat kedua:

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Maksudnya:
 “Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

***Kesimpulannya, solat sunat istikharah adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut bagi membantu seseorang muslim dalam membuat sesuatu keputusan di dalam hidup. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan solat sunat Istikharah dengan betul. Kongsikan artikel ini jika ianya membantu anda dan rakan-rakan.***

Tuesday 23 August 2016

Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka

Tags
Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

##  Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

## Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.


***Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka***

## Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

## Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda.

## Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

***Mengapa neraka bagi golongan dayus?***

## Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

## Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

*** Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj ***

Sayidina Ali k.w. berkata:“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.


“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.



Bukti Nabi Musa Membelah Laut

Tags
Kebenaran Nabi Musa Membelah Laut


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


***BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.  ***

***Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. ***


***Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. ***

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. ***

***Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. ***

***Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. ***

***Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. ***

***Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. ***

***Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.

Antara orang yang didoa malaikat

Tags
Antara orang yang didoa malaikat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.

**Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

**Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

**Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

#1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

#2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’“

#3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

#4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

#5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“

#6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

#7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

#8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'”

#9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'”

#10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

#11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.

Doa & Petua Menghindari Mimpi Buruk

Doa & Petua Menghindari Mimpi Buruk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Antara petua2 yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa di bawah.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِوَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku) 

~ Keterangan & Petua Beramal ~


Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud :
 “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

.

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1.  Meludah ke kirinya, tiga kali
  2.  Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3.  Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4.  Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5.  Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

.
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

a) Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
b) Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
c) Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
d) Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
e) Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
f) Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
g) Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.






Antara Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Tags
Antara Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


*Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
 “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

*Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4.  Orang lelaki yang melarikan diri.
  5.  Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8.  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9.  Orang-orang yang suka makan riba’.
  10.  Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”


*Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata :
“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.



Aiskrim kacang merah

Tags
Aiskrim kacang merah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh guys..

Sekarang di Malaysia cuaca sangat panaskan?. Apa kata jika korang sediakan aiskrim kacang merah ni untuk menyejukkan badan.

Aiskrim kacang merah ni memang sedap. Tetiba teringat nostalgia zaman budak-budak dahulu. 

AISKRIM POTONG- PERASA KACANG MERAH 
BAHAN

  • 200gm gula pasir
  • 3sudu besar susu tepung
  • 350ml air


BAHAN BAHAN

  • 2sb paras tepung ubi
  • 2sb paras tepung jagung
  • 50ml air

~campurkan tepung-tepung dengan air - kacau sampai rata.

BAHAN C

  • 80gm susu pekat
  • 500ml santan pekat
  • 250gm kacang merah dalam tin di lecek
  • sedikit pewarna merah


Cara-caranya :

***1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

***2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

***3. Tuang dalam acuan ais krim atau ice-cube tray.

***4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.


AISKRIM, MINUM PETANG, PENCUCI MULUT
SELAMAT MENCUBA..





Udang Goreng Telur Masin

Tags
Udang Goreng Telur Masin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Dah sediakan udang, dah sediakan telur masin. Jom cuba resepi resepi udang goreng telur masin.

BAHAN-BAHAN

  • – 2 biji telur masin – kacau sebati kuning telur sahaja
  • – 2 biji telur – kuning telur dicampur kuning telur masin
  • – 8 ekor udang – buang kepala & digoreng
  • – 1 kiub pati ayam
  • – 5 gram mentega
  • – 1 sudu gula
  • – minyak masak untuk menggoreng secukupnya




CARA-CARA

~1. Panaskan minyak, goreng udang hingga garing. Ketepikan.
~2. Masukkan mentega ke dalam kuali lain dan kacau hingga cair. Masukkan kuning telur yang telah dikacau sebati.
~3. Kemudian masukkan udang harimau, kiub pati ayam, gula. Kacau hingga sebati.

Sedia untuk dihidangkan. ^_^


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
JOM CUBA & SHARE.

6 Cara Membantu Melegakan Masalah Seseorang

Tags
6 Cara Membantu Melegakan Masalah Seseorang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


~ Masalah ~

***Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah. Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter. Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang. Hanya memendam masalah seorang diri.

***Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.

***Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu. Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri. Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat. Adakalanya kita akan merasa “Down”

***Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain. Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.

***Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.

~ 1. Memberi Perhatian. Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat. Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan. Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.

~ 2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia. Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!

~ 3. Soalan terbuka. Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka. Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”. Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.

~ 4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap seperti gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan. Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”,  “Ya’, “Jadi?”

~ 5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu. Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat. Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA. Juga elakkan menyentuh dibahagian – bahagian yang sensitif. Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.

~ 6. Ajarkan doa ini:

الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ

(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).

@ Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.


Doa Apabila Takut Dizalimi

Doa Apabila Takut Dizalimi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Doa Apabila Takut Dizalimi

اَللَّـهُ أكْبَرُ ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعاً ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَ أَحْذَرُ ، أَعُوذُ بِاللَّـهِ الَّـذِي لا إلَهَ إلاَّ هُوَ ، الـمُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إلاَّ بِإذْنِهِ ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلانٍ ، وَجُنُودِهِ وَ أَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، اللَّـهُمَّ كُنْ لِي جَاراً مِنْ شَرِّهِمْ ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَ لا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksudnya : “Allah maha besar, Allah maha perkasa dari segala makhlukNya.Allah maha perkasa dari apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung padaNya , yang tiada Rabb yang benar selain Dia, yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan izinNya, dari kejahatan hambaMu Fulan sertabala tenteranya, pengikutnya dan pendukungnya, dari jenis jin dan manusia.Ya Allah , jadilah Engkau pelindungku dari kejahatan mereka.Agunglah pujiMu, maka kuat perlindunganMu dan maha suci namaMu, tiada ilah yang berhak disembah melainkan Engkau » ( dibaca sebanyak tiga kali ) .


~ Petua Beramal ~

***Lazimnya manusia akan merasa takut terhadap sesuatu bahaya yang akan menimpanya samada gangguan manusia, atau makhluk yang lain.

***Menerusi doa di atas Nabi s.a.w mengajar umatnya agar kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan-kejahatan pihak yang ditakuti itu.

***Mereka mungkin memiliki pengikut dan penyokong dari jenis manusia ataupun makhluk halus, namun berbekalkan kepada keyakinan terhadap bantuan Allah, maka kita pasti akan diselamatkan.

Firman Allah dalam surah Yunus ayat ke 62 :

Maksudnya : Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Doa Agar Selamat Dari Kemalangan
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Menurut Ibnus Sunni , Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku . Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat , maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.


Monday 22 August 2016

9 PETANDA ANDA TERKENA SANTAU [MESTI BACA]


9 PETANDA ANDA TERKENA SANTAU [MESTI BACA]


  1. .Tapak tangan sentiasa berpeluh -Batuk yang berpanjangan
  2. .Bisa-bisa sendi badan
  3. .Kerap bermimpi seram/menakutkan
  4. .Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
  5. .Kerap muntah semasa makan
  6. .Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
  7. .Badan/dada teras panas menjelang maghrib
  8. .Kerap gatal
  9. .Gatal badan bila waktu malam


**Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti diatas silalah dapatkan rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.

PANTANG LARANG PESAKIT SANTAU


  • .Makanan yang pedas
  • .Makanan yang ada unsur cuka
  • .Segala jenis air limau
  • .Rebung
  • .Keladi
  • .Nenas


****Pesakit perlu berpantang makanan/minuman diatas selama 3 bulan,pesakit juga disyorkan minum 2 sudu madu setiap pagi dalam keadaan perut kosong bagi memulihkan luka-luka dalaman akibat serangan santau.

Dipersilakan SHARE jika bermafaat.

Doa Dan Petua Ketika Belajar

Doa Dan Petua Ketika Study


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


SEBELUM BELAJAR 

*1) Berdoa.

*2) Tarik nafas: (Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.)

*3) Cara duduk: (Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik)

*4) Tentukan tajuk: (Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.)

*5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.

*6) Tentukan tempoh masa  Berapa lama hendak membaca.


SEMASA BELAJAR

*1) Tunjuk dengan jari: 
Seperti mengaji Al-Qur’an.

*2) Fahamkan dan bayangkan 
Otak akan sentiasa aktif.
Contoh: membaca mengenai HAJI.
Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah.
Seolah-olah berbual dengan jemaah.
Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.

*3) Selang-selikan dengan rehat: 
Setiap 30 minit berehat 5 minit.
JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.
Doa Memohon Pertambahan Ilmu
  
اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya :
“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.

***Keterangan & Petua Beramal***

*Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia . Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .

*Menurut Ibnul Jauzi , antara taktik yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut.

*Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.


SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA DI RUANG KOMEN.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI SEKIRANYA ADA KESALAHAN.
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.

Terung Goreng Berlada

Tags
Terung Goreng Berlada


Assalamualaikum uollsss..

Jom kita tengok resepi mudah untuk menyediakan sayur Terung Goreng berlada yang sangat sedap ini.


Terung Goreng Berlada


*Bahan-bahan:
3 biji terung Taiwan - belah 2 dan potong 3 - rendam dalam air untuk elak lebam
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula/perasa pilihan

*Bahan tumbuk kasar:
4 biji cili merah
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang dan toskan (blh ganti dg ikan bilis)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

*Cara-caranya:

1. Tumbuk kasar bahan bahan. Goreng terung hingga masak dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.

3. Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

4. Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba uollsss..

Terung Yang Haram Untuk Dimakan

Tags
Terung Yang Haram Dimakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

*Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.

*Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.

*Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

*Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar.

*Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati.

*Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan?

*Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan.

*Dia memilih untuk mencuri.

*Terung yang haram

*Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.

*Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

*Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.

*Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.

*Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.

*Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.

*Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.

*Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.

*Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

*Dia menjadi sangat menyesal.

*Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

*Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.

*Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

*Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.

*Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.

*Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

*Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”

*Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”

*Ia menjawab, “Ya.”

*Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.

*Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”

* Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik.

*Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.

*Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”

 *Dia menjawab, “Ya.”

*Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

*Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

*Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”

 *Tinggalkan yang Haram

*Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya.

*Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”

*Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

*Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.

*Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini.

*Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak,

”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).

*Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai.

*Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
 “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”

Siti Aisyah berkata,
 “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”

Para ulama berkata,
 “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”

Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata,
 “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

– Kisah ini adalah petikan dari buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlaq Mulia karangan Ust Umar Md Noor.