Tuesday 27 December 2016

Panduan Merawat Mata Yang Rosak Melalui Perubatan Islam


Panduan Merawat Mata Yang Rosak Melalui Perubatan Islam 

#Assalammualaikum guysss..

#Entri kali ini  sis nak kongsi cara mencerahkan mata menurut Perubatan Islam...

#1. Mula-mula rapatkan kedua-dua ibu jari tangan kita... nampak tak ada macam bentuk bulan separuh dekat jari tu...


#2. Baca surah al Qaf ayat 22...

surah qaf ayat 22, mencerahkan mata, nabi yaacob


#3. Letakkan kedua dua ibu jari (bahagian bulan separa) dihujung lidah...


#4. Akhir sekali sapukan ibu jari (bahagian bulan separa) ke kelopak mata sambil berdoa agar diberikan kecerahan dan penglihatan yang baik...


#P/S : Elok diamalkan untuk orang rabun


#Share sekiranya ia memberi manfaat untuk semua..






[ Wajib Baca!! ] Bintik Putih Bawah Mata Petanda Kolestrol Tinggi

Bintik bawah mata menandakan kandungan kolestrol tinggi di dalam badan seseorang


;;Assalamualaikum w.b.t


;;Hari ini sis nak share satu info mengenai KOLESTROL. Kolestrol ialah kandungan lemak di dalam badan.


;;Satu perkara yang uolsss perlu ketahui ialah orang kurus tidak semestinya tidak mempunyai masalah kolestrol tinggi!


;;Jom periksa sama ada uolsss ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.

#Tanda-tanda Kolestrol Tinggi

  • ;;Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • ;;Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • ;;Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • ;;Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • ;;Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • ;;Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.



6 Petua Untuk Memikat Kasih Sayang En.Suami [ Baca Dan Sebarkan! ]

Gambar sekadar hiasan


Petua dan layanan di bawah ini amat sesuai dipraktikkan untuk uolsss yang pulang bekerja lebih awal dari suami atau pun suri rumah

Cuba perhati, ada tak yang uolsss lakukan.. Hehe..

#1. Memperlihatkan simpati

  • Fahami peranan en.suami yang di bahunya terletak tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Jika semua isteri memahami keadaan e.nsuami yang bekerja keras selama di tempat kerja demi meraih rezeki maka en.suami akan lebih menghargai kepulangannya.
  • Raikan en.suami dan tunjukkan rasa simpati atas kepenatannya bekerja. ‘Abang penat ya, sayang buatkan air ya’ cara ini saja sudah menyejukkan hati suami. Nampak macam scene drama tapi hakikatnya inilah petua yang dipraktikkan mak2 kita dedulu. Jangan sesekali buat tidak endah kepulangan suami kerana ia akan nampak macam uolsss tidak menghormati dirinya.


#2. Senyuman manis

  • Senyuman manis isteri adalah senjata paling berkesan untuk membuat hati en.suami berbunga-bunga. Oleh itu bila en.suami pulang, lemparkan senyuman kepadanya. Jangan tunjukkan wajah yang masam walaupun uolsss sedang kepenatan atau punya masalah besar. Ingat tu!!


#3. Berpenampilan menarik

  • Tip ini memang ramai wanita akan mempertikaikannya terutama yang bekerja. Ya lah mana sempat nak cantik2 kalau balik rumah terus kena buat kerja. Sebenarnya en.suami tak mengharap isteri bersolek mampan untuk menyambutnya pulang.
  • Jika masih berbaju kerja pun tak mengapa, asal rambut jangan kusut masai. Pastikan juga wajah dan pakaian bersih serta badan tidak berbau. En.Suami sendiri pun lebih suka isteri kelihatan natural.
  • Tapi bagi suri rumah pula, tak salah uolsss siapkan diri dengan kesempatan yang ada. Mandi dan ganti kain batik dan baju T yang berbau masakan dengan pakaian bersih. Boleh juga kenakan secalit gincu losyen badan agar berbau wangi dan tampak segar di mata en.suami. Tak perlu berlebih-lebihan sangat.. Hehehe...


#4. Sediakan keperluan en.suami

  • Sebagai contoh jika en.suami pulang naik motor sudah tentu dia akan berasa dahaga menempuh perjalanan yang panas, oleh itu uolsss sebaiknya sediakan air untuk en.suami. Atau jika en.suami biasa makan sebaik tiba di rumah maka sediakan hidangan untuk dieorang. Kebiasaan en.suami ni mungkin tidak sama tapi apapun siapkan keperluan en.suami sebelum dia pulang.


#5. Biarkan en.suami uolsss berehat seketika

  • Apa juga masalah yang berlaku pada uolsss hari itu, jangan sesekali luahkan sebaik suami tiba di rumah. Berikan en.suami tu masa untuk berehat. Jangan juga melontarkan pertanyaan-pertanyaan yang memancing pertengkaran. Luahkan perkara itu selepas dia menjamu selera dan penatnya hilang. Ketika itu fikiran suami lebih tenang dan dia ebih bersedia mendengar masalah uolsss.


#6. Uolsss buat suasana rumah nyaman dan menyenangkan

  • Pastikan suasana rumah kemas, tiada surat khabar, pakaian atau mainan anak berterabur di ruang tamu. Meski sebelum itu rumah tunggang langgang tapi usahakan untuk mengemaskannya sebelum en.suami tiba. Kalau uolsss serabut tengok rumah bersepah, en. sumai apatah lagi.. tak gitu.. Hehehe...


Jika diperhatikan sebenarnya semua cara ini bukan sukar dan memerlukan usaha yang banyak untuk dilakukan. Antara mahu tak mahu saja, tapi sebaiknya mulakan seawal mendirikan rumah tangga agar ia menjadi kebiasaan. Selamat beramal guysss..

Share sekiranya ia bermanafaat untuk semua.. Thank You..

Subhanallah!! Inilah Manfaat Mendengar Azan Ketika Berkumandang. [ Wajib Baca Dan Sebarkan ]


Apa saja manfaat yang boleh kita dapatkan dengan mendengar suara azan? Berikut rangkuman dari pelbagai sumber,


Pertama : Diam mendengar azan dapat menenangkan pikiran Saat sedang sibuk dengan kerja yang kita lakukan, contohnya pada siang hari kita mengejar semua pekerjaan agar segera beres dengan cepat, dengan diam mendengar azan Zuhur dan Asar menjadi penyejuk bagi tubuh kita.

Percayalah.. Ada hawa yang sejuk dan ada jeda masa buat menenangkan hati serta fikiran saat ketika azan berkumandang, lalu kita diam dan mendengar.


Kedua : Untuk peringatan diri dan semua.. Apapun aktiviti yg sedang kita lakukan atau apapun jua yg sedang kita ceburi, saat diam mendengar azan menjadi detik2 istimewa. Kita jadi mempunyai masa utk mengingat lagi bahawa kita cuma hamba Allah SWT yang hidup kerana Allah SWT dan akan kembali pada-Nya suatu saat nanti.


Ketiga : Membuka peluang terkabulnya doa Daripada berbual, mendingan diam mendengar azan dan memanjatkan doa. Pada masa itu azan berkumandang ketahuilah masa itu adalah salah satu waktu doa jarang ditolak. Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Ada dua yang tidak tertolak dan jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Dawud, Baihaqi, dan Hakim).


Kempat : Balasannya syurga! Orang yg mendengar azan dan meyakini apa yang diucapkannya, maka dia mendapat janji surga dari Rasulullah. Hadits dari Abu Hurairah, ia berkata, “Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah, Bilal bangkit untuk menyerukan adzan. Tatkala Bilal diam, Rasulullah bersabda,
” Siapa yang mengucapkan seperti ucapannya muadzin disertai dengan keyakinan, maka ia pasti masuk syurga. “(HR. an Nasa’i no. 674, dihasankan Al Imam Al Albani dalah shahih sunan an Nasa’i).

Wallahu a’lam. Semoga kita semua tergolong orang yang mendapat hidayah.

Sumber Group Whatsapp

Syatilla & Shaheizy Sam Bakal Menimang Cahaya Mata Lelaki


[:] Sekarang sudah menghampiri 5 bulan usia kandungan, pelakon Syatilla Melvin sudah mula berehat dan tidak melakukan kerja berat2 lagi.

[:] Isteri pelakon porpular ( Shaheizy Sam ) itu juga mengakui tidak berdepan masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam benda-benda yang bukan-bukan.

[:] "Syukur Alhamdulillah, ketika ini, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.. Hehehe... 

[:] "Saya tak suka menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik, rutin hariannya juga tidak banyak berubah sepanjang kehamilan. " kata Syatilla.

[:] "Cuma berat badan saya paling ketara naik sekarang ni. Sebelum ini, memang susah betul nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. Huhuhu..

[:] "Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram," kata Syatilla yang dijangka akan bersalin pada mei depan. 

[:] Mengenai jantina, Syatilla suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki. kata Syatilla.

Sumber BH ONLINE

Anggota tentera maut dirempuh bas ekspres


[:] Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang diniaki bersama saudaranya dilanggar sebuah bas ekspres dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM61 Jalan Kuching/Sri Aman-Serian di sini malam tadi.


[:] Dalam kejadian 11.20pm itu, mangsa Mohammad Haziq Irsyaduddin Ismail,23, yang bertugas di Markas Tentera Darat Kem Kementah, Kuala Lumpur bersama Eirsard Emier Yahya, 20, dalam perjalanan dari arah Pasar Serian menuju ke rumahnya di Kampung Hulu, Serian.


[:] Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Asisten Komisioner Mathew Manggi berkata, mangsa kemudiannya berhenti di tengah jalan untuk membelok masuk ke simpang kampung tersebut sebelum bas ekspres itu melanggar motosikal tersebut dari arah belakang.


[:] "Akibat rempuhan kuat itu Mohammad Haziq menghenbuskan nafas terakhir di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian rusuk sebelah kanan.


[:] "Sepupunya Eirsard Emier yang membonceng belakang motosikal itu juga turut mengalami kecederaan parah pada kepala selepas tercampak ke atas bonet sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Sri Aman,"


Sumber Kosmo Online


Sifat-Sifat Suami Idaman -Dato’ Dr.Fazilah Kamsah


Berikut adalah sifat-sifat suami idaman yang diulas daripada Dato’ Dr.Fazilah Kamsah


#1. Pasang Niat

  • >Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


#2. Bersyukur

  • >Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


#3. Senyum

  • >Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


#4. Jadi Teman Berbual

  • >Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?



#5. Telefon dan Beri Mesej Cinta

  • >Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.



#6. Jadi Pak Lawak

  • >Suami idaman tidak semestinya kelakar, tetapi cuba menghiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.



#7. Cari Peluang Bergurau Manja

  • >Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.



#8. Makan Bersama

  • >Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.



#9. Mandi Bersama

  • >Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.



#10. Bantu Kerja Rumah

  • >Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. Percayalah, walaupun isteri anda tidak meminta tolong, pasti dia akan menghargai pertolongan anda.

Sumber Media Sosial