Wednesday 9 December 2015

Resepi Jeruk Pedas Mangga

Tags


Bahan-bahan :


  • 4 biji mempelam muda
  • 2 sudu kecil gula putih
  • 1 cawan air masak
  • 1 senduk kecil garam
  • sedikit belaca (dibakar seketika)
  • 1 sudu besar cili giling/boh
  • 1 sudu besar asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam)


Cara-cara:

Kupas mempelam dan basuh sehingga bersih.

Potong dan direndam seketika di dalam air yang dicampur sesudu kecil garam bertujuan untuk menghilangkan getah pada mempelam tersebut.

Bersihkan kemudian toskan dan ketepikan.

Cara untuk buat kuah :

Satukan kesemua bahan  kecuali mempelam tadi dalam periuk. Masak seketika sehingga semua sebati. Matikan api dan biarkan sejuk.

Masukkan mempelam ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Biarkan semalaman. sedia di makan.

Selamat mencuba