Sunday 15 May 2016

5 Tips Penting Membuat Cupcake

Tags

cupcake

Jika anda seseorang yang baru nak belajar membuat cupcake (beginner), pastikan anda baca dan tahu tentang tips ini untuk meningkatkan keyakinan dan keberkesanan dalam menghasilkan cupcake yang sedap, lembut dan gebu.

Tips 1: Timbang bahan-bahan mengikut resepi dengan tepat (pastikan jangan terkurang atau terlebih dari sukatan asal)

  • Bahan-bahan seperti tepung dan gula biasanya ditimbang menggunakan alat penimbang digital/analog ataupun menggunakan cawan.(lazimnya sukatan dalam gram(g/gm) atau cawan(cup))
  • Bahan-bahan cecair seperti susu dan air pula boleh ditimbangkan menggunakan cawan yang mempunyai garis penyukat atau cawan penyukat (lazimnya sukatan dalam cawan(cup) atau mililiter(ml))
  • Bahan-bahan kecil boleh disukat menggunakan sudu penyukat (lazimnya dalam sukatan sudu besar(sb)/tablespoon(tbs), sudu teh (sk)/teaspoon(tsp).

Tips 2: Keluarkan bahan-bahan yang disimpan di dalam peti sejuk seperti telur(eggs) dan mentega(butter) lebih awal dan dibiarkan di dalam suhu bilik selama 30minit. Bagi bahan-bahan yang telah berada di suhu bilik bolehlah menggunakannya terus.

  • Tujuannya untuk mengelakkan bahan-bahan resepi yang anda akan gaulkan dari menjadi berketul-ketul menyebabkan kita sukar untuk mencampurkannya dengan sebati.

Tips 3: Panaskan oven 10-15minit sebelum membakar cupcake

  • Tujuan untuk memastikan pemanasan berlaku sebelum memulakan pembakaran bahan-bahan digaul(batter) supaya mendapat pembakaran yang sekata dan menghasilkan cupcake yang cantik.
  • Semasa pembakaran, jika ia masak terlalu cepat dan bertukar gelap, ini bermaksud suhu ketuhar anda agak tinggi, segera turunkan suhu sebanyak 10-20 darjah Celcius. Jika tidak, cupcake akan masak di bahagian luar tetapi tidak masak di bahagian dalam.
  • Suhu dan masa pembakaran cupcake adalah berbeza mengikut jenis ketuhar (oven). Dapatkan suhu yang tepat untuk membakar cupcake anda. Jadikan arahan resepi seperti panduan.
  • Ada resepi yang menyatakan suhu ketuhar/oven dalam darjah farenheit (F) anda boleh menukarkannya kepada unit darjah celcius(C) dengan merujuk kepada link ini http://www.onlineconversion.com/temperature.htm

Tips 4: Elakkan memukul campuran bahan-bahan cupcakes (batter) terlalu lama

  •  Ini akan menyebabkan hasil cupcakes menjadi liat dan keras. Memadai jika bahan-bahan digaulkan dengan sebati.
  • Cara memukul bahan-bahan mengikut arahan dalam resepi. Jika arahan memukul dengan tangan gunakan “whisk”. Begitu juga jika diarah menggunakan mixer.

Tips 5:  Gunakan penguji kek (cake tester/skewer) untuk menguji jika cupcake dah masak.

  • Setelah masak, cucukkan skewer di tengah-tengah cupcake. Jika ia keluar bersih, segera keluarkan cupcake dari ketuhar/oven. Jika dibiarkan lama-lama ia akan terus dimasak dan ada kemungkinan cupcake akan bertukar lebih gelap atau hangus.
  • Jika skewer keluar dengan kesan cupcake, ini bermaksud ia kurang masak (juga boleh dilihat warna masih kelihatan agak cerah) maka anda perlu tambahkan masa pembakaran dalam 2-5minit.
  • Setelah dikeluarkan dari ketuhar/oven, sejukkan cupcakes di atas rak dawai kek sebelum dihias dengan topping. Jangan deko ketika cupcake masih panas, besar  kemungkinan deko/topping anda akan menurun ke bawah. Cupcake yang disejukkan akan menurun sedikit jika dibandingkan dengan keadaan masih panas.