Friday 13 May 2016

Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Tags

ayam-masak-merah-tomato

Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
1 tin kecil kacang pis
1/2 biji bawang besar, hiris
1 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai, dititik
Bahan untuk dikisar
1 biji tomato saiz besar
10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
2 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar

Cara Membuat:

1. Goreng ayam 3/4 masak.

2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.

4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.

Tips:

Pastikan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk mendapat sambal tumis yang masak sempurna dan lazat.