Thursday 12 May 2016

RESEPI BANGKIT SUSU

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)250gm tepung ubi / tapioca flour
(**)1 helai daun pandan ~ digunting kecil2
(**)2sb gula icing ~ saya letak 1sb je
(**)3sb susu pekat manis ( 60gm)
(**)100gm majerin / mentega ~ saya tambah lagi sikit

Cara-caranya ialah:

(**)1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan hingga ringan dan sejukkan.
(**)2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli hingga sebati.
(**)3. Masukkan mentega sikit2 ( saya tambah mentega lagi sikit) dan uli lagi hingga lembut dan boleh dikepal.
(**)4. Canai doh dan terap guna acuan pilihan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150C selama 12 - 15 minit atau ikut kepanasan oven masimg2.
(**)5. Sejukkan dulu baru disimpan dalam bekas kedap udara.