Wednesday 11 May 2016

Resepi Biskut Coco Crunch Cookies

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(**)250gm mentega
(**)180gm gula perang
(**)2 biji kuning telur
(**)300gm tepung gandum
(**)30gm tepung jagung
(**)1/4 sudu teh baking powder
(**)1/4 sudu teh soda bikabonat
(**)100gm coco crunch - kisar halus
(**)50gm chocolate chips halus


Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara-caranya ialah :

(**)1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.
(**)2. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
(**)3. Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
(**)4. Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.
(**)5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
(**)6. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.

Sumber- Citarasawan.blogspot.com