Thursday 12 May 2016

Resepi Biskut Coklat Zebra Daisy

Tags


Saiz Hidangan 42-50 Keping
Masa penyediaan: 1 Jam

Bahan-bahan A.

(**)60gm Tepung Suji
(**)70gm Gula kastor
(**)120gm Tepung gandum
(**)160gm Tepung Naik Sendiri
(**)1/2 Sudu kecil bikarbonat
(**)1 sudu besar susu tepung

Campur: B

(**)120-130gm Minyak Jagung Daisy
(**)1/2 sudu kecil garam
(**)60gm Badam biji

Hiasan

(**)100gm coklat masakan
(**)100gm coklat putih masakan

Cara-caranya ialah

(**)- Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
(**)- Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1 minit.
(**)- Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya dengan badam biji, kemudian di bentuk menjadi bujur.
(**)- bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c
(**)- Biarkan biskut tadi sejuk.
(**)- Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
(**)- Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
(**)-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
(**)-Siap untuk di hidang