Thursday 12 May 2016

Resepi Biskut Comot Coklat

Tags


Bahan-bahannya ialah :

(**)2 cawan mentega
(**)2 cawan gula halus
(**)2 biji kuning telur
(**)3 cawan tepung jagung
(**)3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla
(**)cooking chocolate
(**)sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-caranya ialah :

(**)1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
(**)2) Masukkan telur dan kacau rata.
(**)3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
(**)4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
(**)5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' - 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing
(**)6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
(**)7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
(**)8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
(**)9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

Sumber:ResepiBiskut.Blogspot.com