Thursday 12 May 2016

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Tags


Bahan-bahannya ialah ( 50-60 biji )

(**)4 cawan Cornflakes
(**)¼ cawan madu
(**)¼ cawan mentega
(**)Papercup secukupnya
(**)Sprinkles sebagai hiasan
(**)Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-caranya ialah

(**)1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
(**)2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
(**)3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
(**)4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
(**)5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.