Thursday 12 May 2016

Resepi Biskut Dahlia Coklat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(**)300g mentega
(**)220g gula ising
(**)240g tepung gandum*
(**)100g tepung jagung*
(**)160 gram tepung kastard*
(**)35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
(**)Manik gula berwarna untuk hiasan
(**)2 kuning telur
(**)1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya ialah:

(**)Ayak bahan bertanda *
(**)Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
(**)Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
(**)Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
(**)Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips

(**)Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.