Sunday 15 May 2016

Resepi Blueberry Muffin Lazat

Tags

blueberry-muffins

Resepi Blueberry Muffin Lazat

Bahan-Bahan :

240gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
300gm krim masam
300gm blueberry
1 biji telur
200gm gula halus
4 sudu makan mentega | dicairkan

Cara Membuat :

1. Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan pukul lagi adunan sehingga gebu.

2. Masukkan mentega cair dan krim masam kemudian gaulkan hingga sebati.

3. Kemudian masukkan lueberry bersama campuran tepung gandum, serbuk penaik dan juga garam. Gaulkan adunan rata.

4. Skop adunan ke dalam cawan kertas dan sedia dibakar.

5. Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit.