Friday 13 May 2016

Resepi Kek Belacan Kukus

Tags

kek-belacan-kukus

Resepi Kek Belacan Kukus

Bahan-Bahan:

10 biji telur
1 buku mentega
1 gelas gula
1 tin kecil susu manis
1 tin kecil kaya
100gm serbuk koko
1 paket kecil horlick
1 paket kecil milo
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil browning sugar
1 papan coklat masakan (dicairkan)

Cara Membuat:

1. Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9′ x 9′ yang telah dilapik dengan kertas minyak.

2. Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.

3. Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.

4. Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.

5. Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati.

6. Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama 8 jam atau sehingga masak.