Friday 13 May 2016

Resepi Kek Lumut Kukus

Tags

kek-kukus-lumut

Resepi Kek Lumut Kukus

Bahan-bahan : ( loyang 7 ” x 7 “)

1 cawan tepung gandum – diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara Membuat :

1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

4.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.

5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.

7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.

8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering).